Design Baju Sanding Bersulam Kerawang Motif Sulam Abstrak Kerawang Pagar.

Baju Sanding Bersulam Kerawang.

Pada kali ini tempahan sulaman kerawang baju kurung moden ini adalah dari Ampang, Selangor. Rekaan baju sanding bersulam kerawang dipadankan dengan motif sulam abstrak dengan kerawang pagar.

Baju Sanding Kurung Moden Bersulam Kerawang

Sulaman Baju Sanding Kurung Moden Fabrik Broket.

Tempahan Sulam Baju Sanding Kurung Moden.

Sulaman kerawang pada kali ini dihasilkan pada baju sanding kurung moden yang dipadankan dengan kain kembang pleated iaitu kain kembang yang berkedut-kedut seragam. Dalam menghasilkan kelainan, fabrik yang digunakan untuk menghasilkan busana kali ini ialah fabrik broket. Ia seakan-akan seperti songket namun sedikit berkilat. Inilah yang membezakan fabrik broket dan juga fabrik songket secara jelas. Apabila bercakap tentang fabrik broket mahupun songket, pastinya busana yang dibuat kerawang pada kali ini ingin disarungkan pada pengantin ataupun raja sehari. Ia akan lebih menyerlah kerana fabrik broket ini berkilat dan menjadikan sulaman yang terhasil lebih timbul.

Motif Sulam Abstrak Dengan Gabungan Budaya Timur Tengah.

Tempahan Sulaman Kerawang Dari Ampang, Selangor.

Pada kali ini, motif yang diketengahkan ialah motif abstrak. Ia merupakan motif yang dimodenkan dengan pengaruh budaya timur tengah. Berbanding dengan motif-motif sulaman sebelum ini yang lebih kepada motif flora dan fauna. Namun, atas permintaan pelanggan yang inginkan design sulaman kerawang yang lebih segar, maka motif abstrak ini telah diketengahkan. Apatah lagi dihasilkan juga unsur-unsur timur tengah yang sedikit unik.

Sulam di Bahagian Hadapan, Tangan dan Belakang Baju.

Tempahan Sulaman Kerawang Dari Ampang, Selangor

Oleh itu, bahagian yang disulam pada kali ini adalah di bahagian hadapan baju dan tangan. Manakala sulam kerawang nipis dihasilkan di bahagian belakang baju. Dengan ini, ketebalan di bahagian hadapan baju dibuat lebih daripada 7 inci yang dihasilkan secara membukit agar ia nampak penuh di bahagian hadapan baju. Begitu juga dengan di bahagian tangan baju, di mana ia disulam setinggi 6 inci juga secara membukit. Hal ini kerana, tangan si pemakai ataupun pengantin akan nampak lebih runcing ataupun tirus kerana corak sulaman kerawang tadi dihasilkan secara membukit.

Motif Sulam Abstrak Dengan Pelepah Palma dan Bulu Burung.

Tempahan Baju Sanding Bersulam Kerawang.

Oleh sebab motif abstrak menjadi pilihan pelanggan kali ini, maka pelepah-pelepah palma dan juga bulu burung ditambah sebagai unsur timur tengah. Kombinasi kedua-dua motif inilah yang menghasilkan corak sulaman kerawang pada kali ini.

Sulam Berbentuk Ukiran Mahkota Di Bahagian Hadapan Baju.

Tempahan Sulam Kerawang Baju Sanding Kurung Moden.

Selain itu juga, walaupun sulaman di bahagian hadapan baju berbentuk seperti bukit, tetapi sebenarnya apa yang ingin diketengahkan bentuknya menyerupai ukiran mahkota. Sebab itulah ruang kosong kelihatan lebih banyak dalam menghiasi motif sulam abstrak pada kali ini.

Sulur Paku Pakis Menjadi Pilihan Motif Biku.

Tempahan Sulam Kerawang Baju Sanding Kurung Moden.

Daripada segi corak sulurnya pula, ia lebih kepada corak paku pakis. Ia nampak lebih harmoni apabila digabungkan sekali dengan motif biku burung unta. Ia dihasilkan bertingkat-tingkat dalam bentuk sebuah mahkota diraja. Ia sangat manis apabila disarungkan oleh raja sehari dengan kurung moden ini.

Motif Kerawang Pagar Memenuhi Ruangan Bertingkat.

Corak Sulaman Kerawang Baju Sanding Kurung Moden.

Dalam pemilihan corak kerawang pada kali ini, kerawang yang dihasilkan adalah kerawang berbentuk pagar yang lebih kemas, teratur dan cantik dipandang mata. Ruang-ruang bertingkat-tingkat dalam motif sulaman kali ini Nampak berseri apabila dipenuhi dengan pagar-pagar yang tersusun kemas.

Bentuk Biku Di Hujung Motif Sulaman.

Bentuk Biku Sulam Baju Sanding Kurung Moden.

Selain daripada kekemasan kerawang, biku pada bahagian hujung motif sulaman pada kali ini juga nampak berbeza daripada hasil sulaman sebelumnya. Ini kerana, biku yang ditampilkan berbentuk spring terbuka membentuk seperti huruf “U”. Malah, hasil kekemasan biku ini seperti bentuk biku Cinderella yang bergerigi. Inilah yang memberi kelainan untuk rekaan motif kerawang kali ini.

Warna Senada Gabungan Benang Perak Berkilat.

Padanan Warna Benang Sulam Yang Digunapakai.

Daripada segi warnanya pula, walaupun ia dihasilkan senada tetapi ia tetap menyerlah dengan gabungan benang perak berkilat. Ia sangat cocok apabila dibuat khas untuk pengantin pada fabrik broket ini. Gabungan warna kilat dan warna satin inilah yang menjadikan sesuatu hasil kerawang itu lebih menyerlah.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Sanding dari Ampang, Selangor.

Jadi, walaupun fabrik polos berwarna putih diberikan, namun apabila dihiasi dengan sulaman yang cantik serta penggunaan warna-warna yang betul menjadikan busana ini lebih menyerlah dan juga lebih eksklusif. Seperti kata pepatah; “alah membeli, menang memakai”.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Baju Sanding Bersulam Kerawang.

Jadi, terdapat pelbagai elemen abstrak dan timur tengah yang disusun secara harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Baju Sanding Kurung Moden Bersulam Kerawang.

Tempahan Sulam Baju Sanding Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar Design Sulaman Baju Sanding Bersulam Kerawang yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam terkini baju sanding kurung moden kami pada kali ini. Jika anda ingin melihat design baju nikah bersulam, jangan lupa ikuti ruangan selepas ini.

Jika anda berminat dengan Design Baju Sanding Bersulam Kerawang yang bermotif sulam abstrak di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Sulaman Kerawang Baju Kurung Riau

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461