Sulaman Goyang Kebaya Moden Motif Bunga Ros.
Tempahan Kebaya Moden Bersulam Telok Mas, Melaka.
Corak ataupun motif sulaman pada kali ini adalah motif bunga ros yang sememangnya menjadi pilihan pelanggan ini. Baginya, motif bunga ros ini bukan sekadar cantik tetapi bunga ros turut dikenali sebagai raja segala bunga. Jadi, tidak hairanlah ia amat diminati oleh para pelanggan kami supaya motif bunga ros ini disulam pada baju mereka.
Ketebalan Sulam Pada Baju Kebaya Moden.
Rekaan Kebaya Moden Bersulam Goyang.
Dari segi ketebalan sulam pula, di bahagian hujung tangan dihasilkan setebal 4 inci. Namun, ia dihasilkan seperti bentuk pucuk rebung iaitu tiga segi. Manakala di hujung hadapan baju kebaya, dihasilkan sulam setinggi 3 inci kerana pelanggan inginkan sulaman yang tidak sarat dan minimalis.
Corak Sulur Kekacang Bergulung dan Bertaut.
Motif Sulur Pada Kebaya Moden.
Corak sulur pula dihasilkan sulur kekacang yang bergulung-gulung secara membulat dan bertaut. Sulur ini sebagai pemanis agar corak sulaman goyang kali ini nampak sedikit lembut walaupun tidak dihiasi dengan kerawang.
Warna Benang Senada dan Minimalis.
Waran Benang Sulam Yang Digunakan.
Warna benang yang digunakan pula adalah senada dengan latar warna pada kebaya moden ini. Ia satu kombinasi yang harmoni dengan menggunakan latar warna olive sebagai warna utama.
Teknik Sulam Goyang Yang Digunakan.
Teknik Sulam Goyang.
Teknik sulam yang digunakan adalah Teknik satin sulam padu. Hal ini kerana untuk menjadikan sulaman goyang ini nampak timbul dan menarik.
Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.
Sedap Mata Memandang.
Jadi, gabungan motif, warna, jenis sulam dan ketebalan sulam dalam satu-satu busana memainkan peranan yang penting agar sulaman yang dihasilkan tidaklah nampak terlampau berat oleh si pemakai. Biarlah dengan kemewahan sulaman yang dihasilkan, si pemakai tetap nampak manis dan tidak puas mata yang memandangnya.
Alah Membeli, Menang Memakai.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Moden Dari Telok Mas, Melaka.
Justeru, design sulaman goyang ini amat cantik walaupun tidak dihasilkan bersama sulur yang sentiasa sinonim dengan bunga. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman goyang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.
Hasil Sulaman Goyang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Moden.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Goyang Kebaya Moden.
Baju Kebaya Moden Bersulam Goyang Motif Bunga Ros.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Kebaya Moden Sulam Goyang Motif Bunga Ros yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Telok Mas, Melaka pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam goyang terkini yang menggunakan motif bunga ros pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461