Kebaya Riau Pahang Corak Sulam Bunga Ros

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang motif bunga ros Jepun dan sakura untuk kebaya riau pahang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Baju Kebaya Riau Pahang Corak Sulam Bunga Ros Jepun dan Sakura

Kenali Baju Kebaya Riau Pahang.

Tempahan Baju Kebaya Riau.

Kebaya riau pahang ataupun dikenali juga dengan panggilan kebaya pahang ini mempunyai pesak yang kembang di bahagian sisi bajunya. Namun, ia tidak mempunyai kekek. Selain itu juga, leher kebaya ini pastinya berleher cekak musang ataupun berleher cheongsam. Leher baju kebaya ini tinggi dan tidak membulat seperti leher teluk belanga. Inilah ciri-ciri yang dapat anda lihat dengan jelas pada jahitan kebaya riau pahang dengan baju kebaya tradisional yang lain.

Motif Sulaman Bunga Ros Jepun dan Sakura.

Tempahan Baju Kebaya Riau.

Pada kali ini, corak sulaman kerawang telah dihasilkan pada kebaya riau yang dibuat di bahagian hujung lengan baju dan juga di keliling labuh baju. Hal ini kerana labuh baju kebaya riau Pahang adalah rata dan tidak menyerong sebagaimana baju kebaya tradisional yang lain. Oleh kerana itu, rekaan sulaman kerawang ini dihasilkan di keliling labuh baju kebaya riau ini.

8 Inci Ketebalan Sulam Kerawang.

Tempahan Baju Kebaya Riau.

Uniknya, rekaan sulaman kerawang pada kali ini dihasilkan setebal 8 inci pada kedua-dua bahagian baju iaitu di hujung tangan dan juga di bahagian labuh baju. Kesemuanya disulam setebal 8 inci.

Motif Sulam Bunga Ros Jepun dan Bunga Sakura.

Tempahan Baju Kebaya Riau.

Motif sulaman yang digunapakai untuk tempahan baju kebaya riau Pahang pada kali ini ialah motif flora yang menggabungkan 2 jenis bunga iaitu bunga ros Jepun dan juga bunga sakura. Terdapat pelbagai bentuk bunga ros Jepun iaitu samada bentuk bunga yang mempunyai hanya satu lapisan kelopak dan juga ada yang mempunyai lapisan kelopak yang berlapis-lapis tebalnya. Justeru, motif ros Jepun yang menjadi pilihan pada kali ini ialah bunga ros Jepun yang mempunyai 2 lapisan kelopak sahaja. Iaitu tidak sepadat kelopak bunga ros, bunga melur atau bunga peony yang lain.

Motif Bunga Ros Jepun Sebagai Motif Utama Sulaman.

Tempahan Baju Kebaya Riau.

Namun pada kali ini, saiz kuntuman bunga ros Jepun ini dibesar dan dijadikan sebagai motif bunga utama untuk corak sulaman. Ia diserikan dengan motif bunga sakura yang digayakan sebagai penyeri dalam corak sulaman kerawang pada kali ini. Hal ini kerana, bentuk bunga sakura yang kecil berjaya menjadi penyeri kepada gabungan kedua-dua motif sulaman ini.

Ranting Kecil Disulam Pengganti Sulur.

Tempahan Baju Kebaya Riau.

Sulur sulaman tidak digunakan pada hasil corak sulaman kerawang pada baju kebaya riau Pahang ini. Sebaliknya, ia digantikan dengan ranting-ranting kecil yang boleh dilihat pada motif bunga sakura seperti yang anda lihat dalam foto di sebelah. Ia diilhamkan daripada rekaan motif bunga sakura yang sebenar. Di mana bunga ini terletak pada ranting-ranting kecil. Di situlah bunga sakura dilihat berputik dan berbunga mekar di setiap ranting-ranting tersebut. Sebab itulah pada kali ini, sulur sulam digantikan dengan ranting-ranting bunga sakura agar hasil corak sulaman kerawang nampak lebih natural.

Motif Kerawang Buih.

Tempahan Baju Kebaya Riau.

Biasanya, lubang kerawang dilihat dapat menyerikan lagi corak sulaman kerawang yang dihasilkan. Maka, pada kali ini motif kerawang buih dihasilkan pada celahan bunga ros Jepun dan juga bunga sakura. Kali ini motif kerawang buih dihasilkan setebal 5 inci ekoran daripada ketinggian corak sulaman keseluruhannya iaitu 8 inci. Sebab itulah motif kerawang buih ini dapat dilihat di celahan motif sulaman bunga ros Jepun dan juga motif sulaman bunga sakura.

Pemilihan Warna Kerawang Senada Dengan Warna Fabrik.

Tempahan Baju Kebaya Riau.

Malah, pada kali ini, warna motif kerawang telah dihasilkan senada dengan warna fabrik kebaya riau Pahang ini. Di mana, kami menggunakan benang yang berwarna merah gelap untuk menyulam kerawang. Hal ini kerana kami ingin menampakkan impak semulajadi yang dibuat ke atas motif bunga ros Jepun dan juga bunga sakura ini.

Warna Kontra Untuk Corak Sulaman.

Tempahan Baju Kebaya Riau.

Dari segi penggunaan benang pula, benang yang digunakan adalah kombinasi warna-warna kontra seperti biru, unggu, merah jambu dan kuning yang boleh menaikkan seri sulaman kerawang pada kebaya riau ini. Hal ini menjadikan hasil corak sulaman kerawang nampak lebih timbul ekoran penggunaan warna-warna kontra.

Corak Fabrik Berwarna Gelap.

Tempahan Baju Kebaya Riau.

Walau bagaimanapun, warna-warna kontra pilihan ini merupakan penyeri sulaman kerawang yang berlatar belakangkan warna merah. Ia digunakan kerana corak yang sedia ada pada fabrik ini tidak penuh dan mempunyai corak abstrak iaitu corak kulit siput yang dilukis satu persatu dengan ruang jarak yang agak besar. Jadi, penggunaan warna benang sulam pilihan pada kali ini telah berjaya menyerikan lagi hasil corak sulaman kerawang untuk baju kebaya ini.

Teknik Sulaman Ayak Yang Digunakan Untuk Menyulam.

Tempahan Baju Kebaya Riau.

Dari segi teknik sulam ayaknya pula, ia lebih tertumpu kepada teknik bukaan zig zag kerana ingin mendapatkan hasil sulaman yang timbul. Malah, di bahagian ranting-ranting bunga sakura ini, corak sulamnya nampak lebih timbul kerana keseluruhan ranting menggunakan teknik bukaan zig zag. Walaupun begitu, teknik cincang digunakan bagi menampakkan hasil corak yang kontra pada kelopak bunga ros Jepun. Namun, teknik cincang ini dihasilkan padat agar nampak berbeza antara kedua-dua teknik sulaman ini pada kelopak motif bunga ros Jepun. Hasilnya, sulaman kerawang pada kali ini nampak lebih menyerlah dan cantik.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Baju Kebaya Riau.

Penggunaan gabungan motif dan teknik sulaman ayak dalam satu-satu design sulaman kerawang amat perlu untuk menghasilkan corak sulaman kerawang yang eksklusif dan lain daripada yang lain. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Kebaya Riau Pahang Bersulam Bunga Ros Jepun.

Koleksi Baju Kebaya Riau Pahang Terkini.

Itulah sajian foto bergambar baju kebaya riau bersulam corak bunga ros jepun dan sakura yang telah dihasilkan untuk tempahan sulaman kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat koleksi corak sulaman kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan design kebaya riau pahang yang bermotif sulam bunga ros Jepun dan sakura di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Kebaya Riau Pahang Bersulam Corak Bunga Ros Jepun dan Sakura

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461