Baju Kurung Moden Batik Bersulam Kerawang Motif Bunga Magnolia serta Kerawang Cakar Ayam.

Tempahan Sulam Baju Kurung Moden Batik.

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung moden batik untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Johor Bharu.

Kurung Moden Batik Bersulam Kerawang Motif Bunga Magnolia

Sulaman Kerawang Baju Kurung Moden Batik.

Tempahan Kurung Moden Bersulam, Johor Bahru.

Pada kali ini, sulaman kerawang diasilkan pada baju kurung moden kain batik cotton milik pelanggan dari Johor Bahru, Johor. Rekaan sulamannya dihasilkan sederhana kerana baju batik tersebut telah sarat dengan corak dan juga kristal-kristal kecil pada permukaan corak baju tersebut.

Hasil Sulaman Motif Flora Bunga Magnolia.

Motif Sulam.

Oleh kerana motif dasarnya adalah bunga magnolia, jadi sulaman kerawang yang dihasilkan turut menggunakan motif yang sama iaitu motif flora bunga magnolia.

Ketebalan Sulam Sederhana dan Minimalis.

Motif Sulam Pada Kurung Moden Batik.

Atas permintaan pelanggan yang merupakan seorang yang simple, beliau inginkan sulaman yang sederhana dan minimalis. Daripada konsep yang diberikan, sulaman kerawang dibuat dalam ketebalan 2 inci sahaja pada hujung bawah baju dan pada hujung tangan pula dihasilkan setinggi 3 inci. Namun, di bahagian lengan baju ini, dihasilkan dalam rekabentuk membukit iaitu bentuk pucuk rebung. Manakala di bahagian hujung baju dihasilkan dalam bentuk mendatar. Ia bersesuaian dengan kesederhanaan yang diminta oleh pelanggan.

Corak Sulam Melengkung Dihasilkan.

Motif Sulur Kurung Moden Batik.

Oleh kerana bunga magnolia tidak mempunyai batang yang lembut, sulur-sulur hanya dibuat secara melengkung yang menggambarkan dahan-dahan bunga magnolia sahaja. Ia nampak seperti adanya sulur bentuk “S” digunakan untuk menampakkan ia lebih cantik rekaan sulamnnya.

Corak Kerawang Cakar Ayam.

Motif Kerawang.

Selain itu, corak kerawang yang menjadi pilihan kali ini adalah kerawang cakar ayam. Ia bersesuaian untuk menambahkan sahaja elemen tradisi dalam motif sulaman kali ini. Ia selaras dengan permintaan pelanggan yang inginkan kerawang yang sesuai dengan kain batik cottonnya.

Penggunaan Warna Sulam Senada Dengan Fabrik Batik.

Warna Sulam.

Dari segi warnanya pula, ia dihasilkan mengikut warna senada dengan fabrik. Fabrik menggunakan warna-warna pastel, jadi hasil sulaman turut menggunakan warna yang sama. Supaya ia nampak harmoni dan cantik dan tidak canggung apabila dihasilkan nanti.

Teknik Sulam Goyang Yang Digunapakai Ketika Menyulam Ayak.

Teknik Sulam Ayak Goyang.

Teknik sulam pula menggunakan Teknik bukaan zig zag satin supaya ia nampak timbul. Dengan ini hasil corak sulamannya tidak tenggelam walaupun warnanya senada dengan fabrik.

Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.

Sedap Mata Memandang.

Jadi, sulaman kerawang ini memenuhi citarasa pelanggan dari Johor Bahru yang inginkan kesederhanaan dan minimalis dalam hasil sulaman kerawangnya.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Kurung Moden Batik, Johor Bahru.

Justeru, design sulaman kerawang ini amat cantik bersama sulur ataupun daun yang sentiasa sinonim dengan bunga. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Batik.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Moden Batik.

Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Motif Bunga Magnolia.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kurung Moden Batik Bersulam Kerawang Motif Bunga Magnolia serta Kerawang Cakar Ayam yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Johor Bahru pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga magnolia serta kerawang cakar ayam pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kurung Moden Batik Bersulam Kerawang Motif Bunga Magnolia serta Kerawang Cakar Ayam yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461