Sulaman Kerawang Busana Kurung Moden Pendek.
Tempahan Kurung Moden Bersulam Pulau Pinang.
Pada kali ini, kami menampilkan sulaman kerawang yang dihasilkan pada baju kurung moden dengan kain lipat batik. Ya, kebiasaannya di bahagian kain lipat batik ini hanya disulam pada bahagian keliling bawah kain sahaja. Ini kerana, kain lipat batik ini tidak berbelah.
Mengapa Sulam Tebu dan Bukannya Kerawang.
Rekaan Kurung Moden Pendek Bersulam.
Namun, pada kali ini, ia agak berlainan sedikit kerana di bahagian hadapan lipat batik ini dihasilkan sulam tebu bermotifkan bunga ceri yang dihasilkan secara menegak naik ke atas. Mengapa dihasilkan sulam tebu dan bukannya kerawang? Hal ini disebabkan gaya potongan kain ini adalah potongan lipat batik.
Rekaan Sulam Motif Bunga Ceri.
Motif Sulam Pada Kurung Moden Pendek.
Itulah keunikan sulaman kerawang pada kali ini yang menampilkan motif bunga ceri sebagai motif sulaman kerawang. Sulaman motif bunga ceri ini dihasilkan setinggi 6 inci di bahagian tangan baju dan hujung labuh baju. Manakala, sulam tebu pula dihasilkan setebal 1 inci di bahagian hadapan kain dengan biku buih berscallop yang memenuhi keliling kain tersebut.
Rekaan Sulam Tampak Tradisi.
Motif Corak Sulam Tradisi.
Malahan, jika dilihat dengan teliti, gaya rekaan sulam bunga ceri ini lebih nampak tradisi kerana bahagian bunga berada di atas. Manakala kerawang pula dihasilkan pada bahagian bawah. Jika anda lihat, rekaan sulaman kerawang yang moden, pastinya anda akan mendapati di mana kerawang akan dihasilkan di cleahan sulaman sahaja. Sebab itulah, rekaan atau gaya sulaman kerawang motif bunga ceri ini lebih tradisi.
Sulur Berbentuk Paku Pakis.
Motif Sulur Sulam.
Selain menggunakan motif bunga ceri, hasil sulaman kerawang pada kali ini, turut menggunakan sulur yang berbentuk paku pakis, iaitu sulur yang bergulung-gulung. Ia dilihat menghiasi pada bahagian tepi motif bunga ceri ini. Dengan adanya sulur paku pakis ini, ia telah menjadikan rekaan sulaman kerawang motif bunga ceri ini lebih cantik dan menarik.
Motif Kerawang Pagar.
Motif Kerawang Kurung Moden Pendek.
Oleh kerana penghasilan sulaman kami adalah eksklusif dan customade, maka pihak pelanggan telah meminta agar corak kerawangnya dihasilkan membentuk kerawang pagar. Ya, kerawang pagar yang tersusun cantik ini telah dihasilkan di bahagian hujung baju dengan rekaan sulaman tradisi.
Warna Lembut dan Pastel Digunakan.
Tona Warna Sulam.
Oleh kerana pelanggan yang menempah ini seorang yang simple, lemah lembut orangnya, maka beliau inginkan warna yang lembut dan senada digunakan. Dengan menggunakan warna-warna lembut dan pastel, rekaan sulaman motif bunga ceri ini berjaya memenuhi segala permintaan dan kehendak pelanggan daripada Pulau Pinang ini. Apa yang penting adalah, kepuasan pelanggan adalah kepuasan bagi kami.
Penggunaan Teknik Sulam Dengan Bukaan Zig Zag.
Teknik Sulam Ayak Yang Digunakan.
Ya, sulaman kerawang kali ini, nampak timbul disebabkan kami menggunakan teknik sulaman dengan bukaan zig zag pada keseluruhan rekaan sulaman. Teknik sulaman ini turut dinamakan sebagai tekanik satin sulam padu yang berjaya menjadikan hasil sulaman kerawang ini nampak timbul dan menyerlah. Malahan, biku di bahagian hujung baju juga turut menggunakan Teknik yang sama agar bulatan beruntai yang membentuk scallop tersebut nampak lebih cantik dan berseri.
Memperlihatkan Keunikan Sulam Tebu Pada Bahagian Kain Lipat Batik
Teknik Sulam Ayak Goyang.
Kesimpulannya, sulaman kerawang motif bunga ceri ini memperlihatkan keunikan sulaman tebu apabila ia dihasilkan di bahagian kain lipat batik ini. Ternyata, rekaan sulaman tebu yang jarang diperkenalkan dek kerana ia bukanlah satu trend yang diniginkan oleh para pelanggan, namun sesekali jika terdapat pelanggan yang inginkan kelainan dan lebih eksklusif, maka penghasilan sulaman tebu ini amat dialu-alukan. Ia akan lebih eksklusif apabila menjadilkan sulaman tebu ini untuk rekaan busana penempah. Apa yang penting adalah rekaan sulam kali ini menjadikan pelanggan kami amat berpuas hati dengan hasilnya.
Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.
Sedap Mata Memandang.
Jadi, gabungan motif, warna, jenis kerawang dan ketebalan sulam dalam satu-satu busana memainkan peranan yang penting agar sulaman yang dihasilkan tidaklah nampak terlampau berat oleh si pemakai. Biarlah dengan kemewahan sulaman yang dihasilkan, si pemakai tetap nampak manis dan tidak puas mata yang memandangnya.
Alah Membeli, Menang Memakai.
Tempahan Sulam Kurung Moden Pendek Dari Pulau Pinang.
Jadi, design sulaman kerawang ini amat cantik walaupun tidak dihasilkan bersama sulur ataupun motif ceri yang sentiasa sinonim dengan bunga. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden Pendek.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Baju Kurung Moden Pendek.
Kurung Moden Pendek Bersulam Kerawang Motif Bunga Ceri dan Biku Berscallop Dengan Kerawang Pagar.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Kurung Moden Pendek Bersulam Kerawang Motif Bunga Ceri dan Biku Berscallop Dengan Kerawang Pagar yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Pulau Pinang pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga ceri pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Sulaman Ayak Kerawang yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461