Tempahan Kurung Moden Pengantin Sulam Kerawang Motif Ros Kerawang Daun.
Tempahan Kurung Moden Majlis Akad Nikah dan Sanding.
Berikut adalah hasil design Kurung Moden Pengantin Sulam Kerawang Motif Ros dengan kerawang daun untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Batu Pahat, Johor.
Tempahan Kurung Moden Pengantin Sulam Kerawang.
Tempahan Sulam Batu Pahat, Johor.
Upacara akad nikah biasanya diadakan di masjid, surau ataupun di rumah kediaman pengantin masing-masing. Oleh sebab kekangan PKPP, maka majlis akad nikah di kebanyakan negeri hanya boleh dilakukan di masjid sahaja. Oleh sebab itu, pemilihan busana yang menampakkan keayuan seseorang pengantin dan juga kesopanan seseorang pengantin tersebut lebih dititik beratkan. Biasanya rona putih menjadi idaman para pengantin untuk setiap hasil busana yang dipakai sewaktu majlis akad nikah.
Motif Sulam Bunga Ros Menghiasi Busana Kurung Nikah.
Motif Sulam Bunga Ros.
Kali ini, penempah sulam dari Batu Pahat, Johor inginkan busana kurung modennya dihiasi dengan sulaman kerawang yang indah mata memandang. Walau bagaimanapun, penempah sulam ini inginkan busana rona putih krim ini dihiasi dengan sulaman kerawang yang sederhana ketebalannya. Ekoran dari itu, 4 inci sulaman kerawang menjadi pilihan pelanggan dari Batu Pahat, Johor ini. Motif yang menjadi pilihan penempah sulam kali ini adalah motif bunga ros dan kerawang berbentuk daun. Jadi, butik kami hasilkan sulaman kerawang motif bunga ros ini bagi memenuhi permintaan pelanggan.
3 Jenis Motif Sulam Bunga Ros Dihasilkan.
Motif Sulam Kurung Moden Pengantin.
Atas permintaan penempah sulam ini sendiri yang inginkan hanya motif bunga ros sahaja, maka di sini hanya motif bunga ros sahaja digunakan dalam sulaman kerawang baju nikah kurung moden ini. Namun, terdapat pelbagai bentuk dan saiz bunga ros yang berbeza telah dihasilkan bagi mencantikkan corak sulaman kerawang kali ini. Ini kerana, ros mekar disulam dalam 2 hingga 3 jenis rekaan atau rupa bentuk. Begitu juga dengan kudu ros yang turut disulam dalam pelbagai bentuk. Dengan ini, jelas dilihat variasi dalam penggunaan motif ros sehingga menghasilkan hasil sulaman yang sangat cantik.
Ketebalan Saiz Sulam Mengikut Saiz Badan Pengantin.
Kedudukan Saiz Ketebalan Sulaman.
Oleh sebab baju pelanggan yang kami terima bersaiz XS, jadi sulaman kerawang ini hanya disulam setebal 4 inci sahaja. Sebenarnya penempah dari Batu Pahat ini tidak kisah tentang saiz sulamnya, asalkan ia bersesuaian dan Nampak manis bila dipakai pada hari persandingan beliau nanti. Ketebalan 4 inci ini amat sesuai kerana ia tidak terlalu nipis dan juga tidak Nampak terlalu sarat dengan saiz bakal pengantin yang hanya berbadan kecil ini.
Sulur Dahan dan Pucuk Bunga Ros.
Motif Sulur Sulam.
Sebenarnya, sulur yang digunakan hanyalah dahan-dahan ataupun pucuk bunga ros yang sebenar. Jelas dilihat kebiasaan pucuk ros ini akan mempunyai daun-daun halus dan bertangkai. Sebab itulah sulurnya pada rekaan motif bunga ros ini dihasilkan sepertimana pucuk bunga ros yang sebenar.
Motif Kerawang Daun Menghiasi Busana Kurung.
Design Sulaman Kerawang Baju Kurung Moden.
Selain daripada motif bunga ros ini, penempah yang juga merupakan bakal pengantin ini, mahukan kerawang yang dihasilkan berbentuk daun. Baginya, ia akan Nampak lebih natural apabila bunga-bunga ros ini dihiasi dengan timbunan daun-daun kering di kelilingnya. Sebab itulah beliau menginginkan kerawang berbentuk daun dibuat di celahan bunga ros ini.
Warna Senada Dengan Warna Fabrik Baju.
Warna Benang Sulam Baju Kurung Moden.
Daripada segi warna sulamnya pula, apabila berbicara tentang majlis akad nikah, biasanya ia lebih simple kerana hanya dihadiri oleh ahli keluarga terdekat sahaja. Oleh itu, pemakaian pengantin perlulah Nampak sopan dan manis dipandang. Oleh sebab itu, warna yang senada adalah pilihan yang tepat dalam menghasilkan sulaman kerawang pada kurung moden nikah kali ini. Cuma, ia turut dihiasi dengan warna emas berkilat yang hanya digunakan sebagai penyeri kepada keseluruhan hasil sulaman motif bunga ros pada baju kurung moden nikah ini.
Teknik Sulam Ayak Yang Digunakan Ketika Menyulam.
Teknik Sulaman Ayak.
Daripada segi Teknik sulam ayaknya pula, Teknik ayak yang digunakan adalah Teknik bukaan zig zag agar hasil sulaman ini Nampak lebih timbul dan menarik. Sekiranya Teknik-teknik sulam ayak lain yang digunakan, ia akan Nampak padat dan nipis, sedangkan motif bunga ros ini perlu ditimbulkan agar ia sesuai dipakai dalam majlis akad nikah nanti.
Hasil Sulaman Kerawang Secara Manual.
Sulaman Ayak Kerawang Manual.
Justeru, hanya sulaman kerawang yang dihasilkan secara manual sulam ayak ataupun sulam goyang ini sahaja yang mampu memenuhi segala permintaan pelanggan. Ini kerana, jika ia dihasilkan menggunakan sulaman komputer, maka hanya corak yang sedia ada sahaja pada mesin tersebut boleh digunakan dan bukannya corak sulaman yang mengikut cita rasa penempah itu sendiri. Tepuk dada dan tanyalah selera anda.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Baju Kurung Moden Sulam.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Baju Kurung Moden Pengantin.
Tempahan Baju Kurung Pengantin Bersulam Terkini Butik Sulam Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kurung Moden Pengantin Sulam Kerawang Motif Ros dan Kerawang Daun yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga ros dan kerawang daun pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Baju Kurung Moden Pengantin Sulam Kerawang Motif Ros dan Kerawang Daun yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461