Kurung Moden Sulaman Kerawang Motif Bunga Matahari Kecil Dengan Kerawang Sarang Labh-Labah.
Tempahan Sulam Kurung Moden
Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada kurung moden untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Tempahan sulam ini dihasilkan mengikut motif bunga yang dikehendaki oleh pelanggan.
Sulaman Kerawang Busana Kurung Moden.
Tempahan Kurung Moden Bersulam.
Bunga matahari kecil sangat jarang dihasilkan pihak kami kerana bentuknya yang sedikit ringkas. Namun, pada kali ini, kami berikan busana yang bermotifkan bunga matahari kecil sebagaimana yang diingini pihak penempah. Uniknya, bunga matahari kecil ini ada kalanya dihasilkan satu tangkai dan ada kalanya ia dihasilkan dalam jambangan kecil.
Motif Sulam Bunga Matahari Kecil.
Rekaan Kurung Moden Bersulam.
Sebab itulah, ia nampak lebih meriah berbanding dengan bunga matahari biasa yang hanya sekuntum sahaja dalam satu-satu tangkai. Jadi, saya gunakan sahaja motif yang sedia ada pada latar busana ini untuk dijadikan motif sulaman kerawang pada kali ini agar rekaan akhirnya nanti nampak lebih sedondon dengan latar fabrik.
4 Inci Saiz Ketebalan Sulam Kerawang.
Saiz Ketebalan Rekaan Sulam.
Ya, pada kali ini, sulaman kerawang telah dihasilkan pada bahagian tangan baju dengan ketebalan setinggi 4 inci. Jika dengan saiz ketebalan tersebut, ia amat sesuai bagi mereka yang ingin nampak lebih elegan dengan ketebalan yang sederhana. Hal ini kerana, kami pernah menghasilkan sulaman kerawang setinggi 10 inci di bahagian tangan baju. Ini disebabkan sulaman kerawang yang dihasilkan secara ayak manual, maka saiz ketebalan rekaan sulam ini boleh dihasilkan dengan pelbagai saiz sepertimana yang diingini oleh pihak penempah.
Aneka Bentuk Motif Sulam Bunga Matahari Kecil.
Motif Corak Bunga Sulam.
Namun, bagi penempah yang inginkan citarasa yang sederhana, ketinggian 4 inci amat sesuai seperti tempahan pelanggan kali ini. Ini kerana dengan rekaan bentuk sulaman kerawang yang membukit, ia menjadikan bahagian tangan baju nampak lebih runcing dan penuh dengan corak sulaman kerawang motif bunga matahari kecil ini. Dan pelbagai bentuk bunga matahari ini telah dihasilkan, samada dengan bentuk dari pandangan atas, sisi dan juga bawah yang menjadikan rekaan sulaman kerawang kali ini nampak lebih cantik dan kreatif.
Sulur Paku Pakis Menghiasi Busana Kurung Moden.
Motif Sulur Sulam Kurung Moden.
Sekiranya, anda lihat corak sulur yang digunakan dalam rekaan sulam kali ini pula, ia berbentuk paku pakis. Dan ia dihasilkan pada motif sulaman kerawang bunga matahari kecil ini. Malah, corak sulur ini turut dihasilkan dengan kudup-kudup bunga yang kecil yang sesuai digabungkan dengan saiz motif bunga matahari kecil ini pada keseluruhan rekaan sulaman kerawang pada baju kurung moden ini.
Kerawang Sarang Labah-Labah Menjadi Motif Pilihan Penempah.
Motif Kerawang Yang Dihasilkan.
Biasanya, kerawang yang dihasilkan mengikut ruang pada celahan-celahan rekaan motif sulaman itu sendiri. Walau bagaimanapun, ia amat berbeza dengan kerawang yang dihasilkan pada sulaman kali ini. Ini kerana atas permintaan pelanggan itu sendiri yang inginkan hanya satu sahaja sarang labah-labah yang berpusat di bahagian tengah. Tidak seperti sebelum ini, di mana kerawang labah-labah ini akan dihasilkan di celahan ruang sulaman yang kecil. Malah, di ruang yang kecil ini jugalah titik pusat bagi kerawang labah-labah dihasilkan menjadikan sarang labah-labah ini bersaiz kecil dan hanya disulam pada ruang di celahan sulaman.
Penggunaan Warna Yang Senada Dengan Warna Fabrik.
Tona Warna Sulam.
Dari segi warna benang sulamnya pula, kami menggunakan warna yang senada dengan warna fabrik. Cuma warna yang diketengahkan berjaya menjadikan rekaan sulam nampak lebih timbul dan menarik. Warna yang digunakan terang dan menyerlah, namun ia tetap harmoni dan sedap mata memandang. Sebab itulah, setiap warna yang digunakan perlulah dibuat secara harmoni.
Teknik Ayak Satin Digunapakai Dalam Mengayak Sulam Ini.
Teknik Menyulam Ayak Mesin Yang Digunapakai.
Selain itu, teknik dalam penghasilan sulaman kerawang motif bunga matahari kecil ini amat penting agar sulaman nampak lebih timbul dan harmoni. Sebab itulah teknik satin sulam padu digunakan untuk menghasilkan sulaman yang timbul. Namun, kombinasi dengan teknik layangan perlu ada agar hasil sulaman menjadi seakan-akan hidup dan mempunyai rekaan 3D sedikit.
Hasil Sulaman Kerawang Lebih Elegan.
Sulam Ayak Kerawang Kurung Moden.
Jadi, sulaman kerawang motif bunga matahari kecil ini sangat sesuai bagi mereka yang inginkan kesederhanaan tetapi elegan. Ini kerana setiap kombinasi seperti warna, ketebalan, Teknik dan motif memainkan peranan penting sekaligus mengeluarkan hasil rekaan sulaman yang menarik dan berbaloi ditempah pelanggan.
Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.
Sedap Mata Memandang.
Jadi, gabungan motif, warna, jenis kerawang dan ketebalan sulam dalam satu-satu busana memainkan peranan yang penting agar sulaman yang dihasilkan tidaklah nampak terlampau berat oleh si pemakai. Biarlah dengan kemewahan sulaman yang dihasilkan, si pemakai tetap nampak manis dan tidak puas mata yang memandangnya.
Alah Membeli, Menang Memakai.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.
Justeru, design sulaman kerawang ini amat cantik walaupun tidak dihasilkan bersama sulur ataupun daun yang sentiasa sinonim dengan bunga. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Baju Kurung Moden.
Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Motif Bunga Matahari Kecil.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kurung Moden Motif Bunga Matahari Kecil dengan Kerawang Sarang Labah-Labah yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga matahari kecil pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kurung Moden Besulam Bunga Matahari Kecil dan Kerawang Labah-Labah yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461