Kurung Pahang Bersulam Goyang Corak Bunga Semarak Api dengan Kerawang Pagar.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung pahang untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Bandar Baru Bangi, Selangor. Tempahan sulam goyang ini dihasilkan secara eksklusif untuk ibu pengantin mempelai lelaki.

Kurung Pahang Bersulam Goyang Corak Bunga Semarak Api dengan Kerawang Pagar

Sulaman Goyang Kerawang Pada Baju Kurung Pahang.

Tempahan Kurung Pahang Bersulam Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pada kali ini sulaman kerawang dihasilkan pada baju kurung Pahang. Baju kurung Pahang ini tidak dihasilkan terlampau kembang sebagaimana biasa. Ia dihasilkan sama seperti baju kurung tradisi, namun kekeknya labuh ke paras pinggang seperti mana baju kurung Pahang. Sebab itulah saya katakan sulaman kali ini tetap disulam ada baju kurung Pahang.

Tempahan Sulam Goyang Kerawang Dari Bandar Baru Bangi.

Rekaan Kurung Pahang Bersulam.

Baju kurung Pahang ini dimilki oleh pelanggan dari Bandar Baru Bangi, Selangor. Beliau seorang yang ringkas dan sentiasa bergaya dengan baju polos sahaja. Demi menghadiri majlis perkahwinan anak terunanya, maka beliau meminta pihak kami menghasilkan sulaman goyang kerrawang yang ringkas tetapi cantik dan sesuai untuk digayakan dalam majlis keramaian tersebut nanti.

Motif Sulam Goyang Bunga Semarak Api.

Motif Sulam Goyang Pada Kurung Pahang.

Jadi, terhasillah rekaan sulaman goyang kerawang motif bunga semarak api yang disulam kemas pada hujung tangan dan di keliling bawah baju setinggi 3 inci. Walaupun begitu, di bahagian tangannya dihasilkan sulam goyang berbentuk segit tiga iaitu bentuk pucuk rebung. Manakala di bahagian keliling bawah baju pula dihasilkan sulam secara mendatar.

Motif Bunga Semarak Api Digayakan Meliuk

Gaya Motif Sulam Bunga.

Bunga semarak api ini adalah pokok hutan yang kini menghiasi jalanan sebagai bungaan hiasan. Kita akan dapat lihat di sepanjang lebuhraya utara-selatan yang turut ditanam di sepanjang lebuhraya tersebut. Pokoknya yang besar dan bunganya tumbuh berkelompok atau dalam jambangan. Bunga semarak api ini unik kerana mempunyai sesungut dan kelopaknya berlapis-lapis. Jadi, sesungut itulah yang menjadi ilham kepada saya untuk menghasilkan sulur pada motif sulaman goyang pada kali ini. Ia tidak bergulung-gulung sebaliknya, sulur motif bunga semarak api ini digayakan hanya meliuk lembut sepertimana sesungut yang lembut.

Motif Daun Yang Lebih Besar Untuk Menyeimbangkan Design Sulam

Motif Daun Penggantin Sulur Sulam.

Selain itu, daun bunga semarak api dihasilkan bergerigi dan bersaiz sederhana besar. Walaupun sebenarnya daun aslinya bersaiz kecil, bagi mencatikkan motif ini, saya besarkan saiz daunnya agar lebih harmoni dan seimbang dengan motif bunga sulam.

Motif Kerawang Pagar Menjadi Pilihan.

Motif Kerawang Pilihan Pelanggan.

Pada bahagian kerawang pula, dihasilkan kerrawang dicelah-celah sulaman bunga semarak api. Ia dibuat bagi mencantikkan lagi motif sulam bunga semarak api ini. Justeru, motif kerawang pagar menjadi pilihan kerana ia adalah kerawang klasik yang diminati ramai pelanggan kami pada tahun 2022 ini.

Kombinasi Warna Sulam Yang Harmoni.

Tona Warna Sulam.

Pilihan warna pula dalah kombinasi warna yang harmoni dan senada dengan tona warna fabrik kurung Pahang ini. Hal ini disebabkan pelanggan kami kali ini adalah seorang yang ringkas dan inginkan kelihatan cantik tapi bersederhana. Sebab itulah warna-warna kontra tidak digunakan pada hasil sulaman goyang kali ini.

Teknik Sulam Ayak Yang Digunakan.

Teknik Sulam Goyang.

Dari segi Teknik penghasilan sulaman kerawang, Teknik satin sulam padu dengan bukaan zig zag digunakan secara meluas agar hasil sulaman nampak lebih timbul. Walaupun kelopak-kelopak bunga semarak api ini terhad dan kecil, Teknik satin telah digunakan agar kelopak-kelopak kecil tadi nampak lebih timbul dan besar.

Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.

Sedap Mata Memandang.

Jadi, kombinasi yang harmoni dari segi corak, warna dan juga Teknik sulaman telah menghasilkan sulaman motif bunga semarak api ini cantik apabila dipakai oleh pelanggan. Dan beliau amat berpuashati dengan hasil kreativiti kami pada kali ini.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang Dari Bandar Baru Bangi, Selangor.

Justeru, design sulaman kerawang ini amat cantik walaupun tidak dihasilkan bersama daun yang sentiasa sinonim dengan bunga. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Ibu Pengantin.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Goyang Kerawang Baju Kurung Pahang.

Baju Kurung Pahang Bersulam Motif Bunga Semarak Api Dengan Kerawang Pagar.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Kurung Pahang Bersulam Goyang Corak Bunga Semarak Api dengan Kerawang Pagar yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Bandar Baru Bangi, Selangor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga semarak api dengan kerawang pagar pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Kurung Pahang Bersulam Goyang Corak Bunga Semarak Api dengan Kerawang Pagar yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

@butik.sriclassic Kurung Pahang Bersulam Goyang Corak Bunga Semarak Api dengan Kerawang Pagar #butiksriclassic #sulamgoyang #bajupengantin #bajupengantin2023 ? original sound – butiksriclassic

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461