Baju Kurung Pahang Sulaman Kerawang Motif Bunga Leletup dan Bunga Pecah Lima Dengan Kerawang Cakar Ayam.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung Pahang untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Putrajaya. Tempahan sulam ini dihasilkan setinggi 3 inci sahaja.

Kurung Pahang Sulaman Kerawang Motif Bunga Leletup dan Bunga Pecah Lima Dengan Kerawang Cakar Ayam

Sulaman Kerawang Busana Kurung Pahang.

Tempahan Kurung Pahang Bersulam Putrajaya, Selangor.

Pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan pada baju kurung Pahang. Walaupun kita mengetahui potongannya telah dimodenkan, namun ciri utamanya yang mempunyai lebar pada bahagian baju tersebut kembang pada bahagian bawah baju. Baju kurung Pahang ini adalah daripada seorang pelanggan dari Putrajaya yang inginkan sulaman kerawang yang cantik dan tidak sarat.

Pemilihan Motif Bunga Leletup dan Bunga Pecah Lima.

Rekaan Kurung Pahang Bersulam.

Oleh itu, pemilihan motif bunga leletup dan juga bunga pecah lima menjadi pilihan dalam menghiasi baju kurung Pahang yang diperbuat daripada fabrik moise crepe. Motif bunga leletup ini dihasilkan dalam pelbagai rupa iaitu leletup yang biasa yang kelihatan seperti corak-corak Morocco. Itulah uniknya dalam rekaan sulaman pada kali ini yang dihasilkan agar lebih nampak natural dan juga memberi kelainan pada keseluruhan rekaan sulaman kerawang.

Ketebalan Sulam Setinggi 3 Inci.

Ketebalan Sulam Kerawang.

Oleh sebab pelanggan mahukan hasil sulaman yang tidak sarat, maka ketebalan sulam yang sederhana iaitu setebal 3 inci menjadi pilihan untuk menghasilkan sulaman kerawang pada kali ini. Ia dihasilkan pada bahagian tangan dan juga pada bahagian bawah baju.

Sulur Paku Pakis Menjadi Pilihan Rekaan.

Motif Sulur Kurung Pahang.

Selain itu, sulur yang menjadi pilihan pada rekaan sulaman kali ini ialah sulur paku pakis. Ia dihasilkan agar rekaan sulaman ini kelihatan seperti mempunyai unsur-unsur timur tengah. Ia cantik dan kelihatan jelas berlainan daripada rekaan yang mempunyai unsur Nusantara.

Kerawang Cakar Ayam Menghiasi Rekaan Sulaman.

Motif Kerawang.

Kerawang cakar ayam yang dihasilkan pula akan menampakkan lagi tradisi rekaan kerana kerawang cakar ayam ini adalah salah satu daripada motif kerawang tradisional. Sebab itulah kerawang cakar ayam ini sering digunakan oleh netizen-netizen dalam menghasilkan corak yang cantik.

Warna Yang Senada dan Komplimentari Digunakan.

Pemilihan Tona Warna Sulam.

Oleh sebab pelanggan ini seorang yang inginkan kesederhanaan warna. Maka pemilihan warna yang senada dan komplimentari menjadi pilihan agar hasil sulaman kerawang ini nampak cantik walaupun menggunakan warna-warna yang senada.

Teknik Ayak Sulam Yang Digunakan.

Teknik Sulam Ayak.

Selain pemilihan warna, Teknik sulam ayak yang betul juga akan membuatkan hasil sulaman kerawang menjadi lebih cantik dan timbul. Teknik-teknik seperti bukaan zig zag dan juga cincang satin digunakan sepenuhnya dalam motif sulam kali ini agar ia lebih menarik.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang dari Putrajaya, Selangor.

Jadi, setiap inci ciri-ciri yang terhasil daripada sulaman kerawang akan diperhatikan terutamanya pada meraka yang berminat dengan sulaman ini. Walaupun hasil yang dinginkan adalah sederhana, tetapi ia akan menjadikan ia nampak mewah dan juga menarik bagi setiap mata yang memandangnya.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Pahang.

Kurung Pahang Sulaman Kerawang Motif Bunga Leletup dan Bunga Pecah Lima Dengan Kerawang Cakar Ayam.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Kurung Pahang Sulaman Kerawang Motif Bunga Leletup dan Bunga Pecah Lima Dengan Kerawang Cakar Ayam yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Kulai, Johor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga leletup dan bunga pecah lima pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Kurung Pahang Sulaman Kerawang Motif Bunga Leletup dan Bunga Pecah Lima Dengan Kerawang Cakar Ayam yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461