Rekaan Sulam Kerawang Kurung Tradisi Motif Bunga Magnolia Dengan 2 Corak Kerawang.

Tempahan Sulam Baju Kurung Tradisi

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung tradisi untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Ampang, Selangor.

Rekaan Sulam Kerawang Kurung Tradisi Motif Bunga Magnolia Dengan 2 Corak Kerawang

Sulaman Kerawang Baju Kurung Tradisi.

Tempahan Kurung Tradisi Bersulam Ampang, Selangor.

Dengan kemeriahan aidilfitri 2021 norma baharu, persiapan untuk hari raya tetap dibuat walaupun bersederhana. Pada kali ini, tempahan sulaman kerawang diterima daripada pelanggan yang berada di Ampang, Selangor. Pelanggan ini menginginkan sulaman yang cantik tetapi tidak terlampau tebal ataupun nipis coraknya. Justeru, terhasillah rekaan sulaman kerawang motif bunga magnolia pada baju kurung tradisi pelanggan ini.

Pemilihan Motif Magnolia Kurung Tradisi.

Motif Rekaan Sulam.

Mengapa motif magnolia menjadi pilihan kami? Motif magnolia menjadi pilihan kami kerana motif magnolia ini merupakan motif bunga pada dasar fabrik kurung tradisi ini. Sebab itulah, motif bunga ini diambil agar ia lebih menarik. Sulam kerawang penuh ini dihasilkan setebal 4 inci. Ia dihasilkan pada hujung tangan dan juga keliling labuh baju. Ia dihasilkan dengan ketebalan yang sekata berbentuk melintang di bahagian hujung tangan dan juga di keliling labuh baju.

Corak Sulur Berbentuk Ranting Bunga.

Motif Sulur Kurung Tradisi.

Jika dilihat dengan teliti, corak sulur seperti sulur kekacang, awan larat, paku pakis dan lain-lain tidak digunakan dalam motif sulaman kerawang pada tempahan kali ini. Sebaliknya, hanya bentuk-bentuk ranting bunga magnolia sahaja digunakan dalam menghasilkan tempahan sulaman kerawang ini.

Design Sulaman Kerawang Pada Keseluruhan Corak.

Rekaan Bersulam Kerawang.

Sebenarnya, hasil sulaman kerawang pada kali ini amat berlainan daripada yang dihasilkan pada kebiasaannya. Kadang-kadang sahaja pelanggan inginkan kerawang untuk keseluruhan corak sulaman pada fabriknya. Waluapun motif bunga dihasilkan, ia hanyalah bingkai-bingkai sahaja. Hal ini kerana keseluruhan motifnya dipenuhi dengan kerawang. Oleh kerana sulaman yang kami hasilkan adalah custom made, jadi permintaan design daripada pelanggan Ampang ini, dapat kami penuhi.

Motif Kerawang Pagar dan Kerawang Daun.

2 Motif Kerawang Sulam.

Jika anda lihat, kerawang yang dihasilkan adalah kerawang pagar dan juga kerawang daun. Kerawang pagar dihasilkan pada ruang kosong keseluruhan motif bunga magnolia ini. Sebaliknya, kerawang daun pula dihasilkan pada bahagian dalam sulaman bunga magnolia ini sendiri iaitu samada di dalam kelopak bunga, daun mahupun batang-batang yang berongga. Ia dihasilkan dengan penggunaan kerawang daun.

Penggunaan Warna Benang Sulam.

Pemilihan Warna Sulam Kurung Tradisi.

Dari segi penggunaan warnanya pula, pelanggan ini meminta kami menghasilkan warna-warna yang senada dan juga pastel. Ini kerana, citarasanya adalah warna-warna yang lembut. Jadi, warna yang digunakan adalah warna-warna lembut seperti yang diminta pelanggan. Oleh kerana warna hijau adalah warna yang paling sedikit pada latar belakang fabrik, maka kami menggunakan warna tersebut sebagai warna yang dominan pada hasil rekaan sulaman kerawang ini.

Padanan Warna Hijau Yang Berlainan Tona.

Tona Warna Sulam.

Oleh kerana semua motif sulaman perlu ditebuk kerawang, maka penggunaan warna hijau yang berbeza digunakan untuk bingkai sulaman dan juga warna kerawang pada bahagian dalam bunga magnolia. Ia bertujuan untuk menjadikan warna ini timbul dan cantik seleras dengan permintaan pelanggan yang inginkan warna pastel. Begitu juga warna kerawang yang dihasilkan di celahan sulaman motif bunga magnolia ini. Di mana warna kelabu menjadi pilihan kerana warna tersebut juga terdapat pada latar belakang fabrik.

Hasil Sulaman Lebih Natural dan Hidup.

Menyulam Mengikut Citarasa Penempah.

Dengan penggunaan warna-warna ini, ia menjadikkan hasil sulaman motif bunga magnolia ini nampak lebih natural dan hidup. Ia sesuai dengan citarasa pelanggan yang lebih bersederhana dalam pemilihan warna pakaiannya.

Teknik Bukaan Zig Zag Digunapakai Dalam Menghasilkan Sulaman.

Teknik Sulam Ayak Goyang.

Selain itu, Teknik yang digunakan adalah Teknik bukaan zig zag yang halus. Ini kerana keseluruhan motifnya perlu ditebuk kerawang. Mengapa kami tidak menggunakan Teknik layangan yang lebih halus penghasilannya? Hal ini disebabkan Teknik layangan akan mudah putus kerana hanya menggunakan ayakan jelujur dalam setiap pergerakannya. Sebab itulah teknk bukaan zig zag halus digunakan agar hasilnya nampak lebih kemas dan kukuh aiitu tidak mudah putus kerawangnya. Dengan ini, hasilnya akan nampak lebih cantik apabila menggunakan Teknik sulaman yang betul. Malahan, kerja menyulam ini akan nampak lebih cepat dengan penggunaan Teknik yang betul.

Kepelbagaian Hasil Corak Sulaman Mengikut Permintaan Pelanggan.

Sedap Mata Memandang.

Jadi, terdapat pelbagai jenis hasil sulaman kerawang yang menjadi minat para pelanggan kami. Apapun permintaan mereka tetap kami tunaikan sebaik mungkin kerana dihasilkan secara ayak manual. Itulah kelebihan perkhidmatan sulam yang kami sediakan yang menjadi nilai ekslusif kepada para pelanggan kami di luar sana. Kepelbagaian hasil sulaman ini menjadikan nilai tambah dalam hasil sulaman kerawang.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Tradisi.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisi.

Baju Kurung Tradisi Bersulam Kerawang Motif Bunga Magnolia.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kurung Tradisi Bersulam Motif Bunga Magnolia dengan Gabungan Kerawang Pagar dan Kerawang Daun yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Ampang, Selangor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga magnolia pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kurung Tradisi Bersulam Motif Bunga Magnolia dengan Gabungan Kerawang Pagar dan Kerawang Daun yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461