Rekaan Corak Sulaman Kerawang Terkini Sri Classic

Sulam Ayak Bunga Teratai Dengan Kerawang Lebah Sulur Keladi.

Sulam ayak bunga teratai merupakan hasil corak sulaman ayak kami pada kali ini. Corak sulaman ayak ini menggunakan motif bunga teratai yang digabungkan dengan bunga betik. Bunga betik yang dihasilkan secara berkelompok 3 kuntum disusun secara bentuk tiga segi. Ia menjadi penyeri kepada kelopak bunga teratai yang dilukis pada saiz yang lebih besar. Gabungan corak sebegini tampak lebih unik apabila ia tidak menggunakan daun asal betik yang bergerigi mahupun daun bunga teratai yang membulat. Sebaliknya, daun dan sulur keladi digabungkan bagi menghasilkan corak sulaman yang lebih unik dan menarik.
Sebenarnya, penggabungan motif sulaman boleh dilakukan bagi menghasilkan kesinambungan yang cantik dalam satu-satu design sulam ayak kerawang. Ini kerana jika kita menghasilkan sesuatu jambangan bunga, pastinya kita juga akan menggabungkan pelbagai jenis bunga untuk menghasilkan jambangan yang lebih menarik. Ia boleh disusun mengikut saiz. Gabungan warna turut memainkan peranan agar hasil lebih harmoni.
Di sini, sulur keladi memainkan peranan yang penting dalam menjalinkan motif teratai dan motif bunga betik supaya nampak lebih harmoni. Ia dilukis di celah-celah gabunga bunga dan ditambah juga dengan debunga bunga betik supaya ia nampak lebih natural.
Pilihan warna pastel seperti turquoise muda, coklat muda, unggu biji kundang serta kelabu, sememangnya menjadi pilihan pelanggan kerana inginkan warna-warna pastel pada pakaiannya. Ia agar nampak harmoni dan tidak terlalu menyerlah sesuai dengan usia matang pelanggan kami. Dengan gabungan warna harmoni ini, ia dapat menaikkan lagi seri busana ini. Ini kerana corak busana kali ini sememangnya padat. Untuk lebih bergaya santai, pilihan kerawang lebah melengkapkan lagi design sulam ayak bunga teratai ini. Agar ia lebih natural dan sedap mata memandang.
Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulaman kerawang mesin kami menjanjikan hanya yang eksklusif dan terbaik. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Screenshot Sulam Ayak Bunga Teratai Dengan Kerawang Lebah Sulur Keladi
Screenshot Sulam Ayak Bunga Teratai Dengan Kerawang Lebah Sulur Keladi

Ingin Menempah Sulaman Kerawang?

Hubungi Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

Hubungi Kami Sekarang Di 013-9854461

Tempahan Kerawang Terkini Butik Sri Classic.

Berikut adalah foto bergambar corak sulam ayak bunga teratai dengan kerawang lebah sulur keladi yang dihasilkan pada tempahan busana untuk pelanggan butik sulaman kami. Sila lihat bahagian di bawah untuk melihat corak sulam ayak bunga teratai ini.

Screenshot Sulam Ayak Bunga Teratai Dengan Kerawang Lebah Sulur Keladi
Screenshot Sulam Ayak Bunga Teratai Dengan Kerawang Lebah Sulur Keladi

Jika anda berminat dengan design sulam ayak bunga teratai kerawang lebah sulur keladi yang dihasilkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.