Sulam Baju Kurung Kedah Corak Bunga Penaga Lilin.

Berikut adalah hasil rekaan baju kurung kedah corak sulam bunga penaga lilin untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Sulam Baju Kurung Kedah Corak Bunga Penaga Lilin

Corak Sulam Baju Kurung Kedah Bunga Penaga Lilin.

Tempahan Sulam Baju Kurung Kedah.

Pada kali ini rekaan sulaman kerawang dihasilkan pada baju kurung kedah dengan motif bunga penaga lilin. Bunga penaga lilin yang menjadi motif sulaman ini disebabkan ia menyamai motif latar kain baju kurung kedah ini.

Motif Kerawang Buih Besar Kecil.

Tempahan Sulam Baju Kurung Kedah.

Oleh kerana pilihan pelanggan yang inginkan warna sulaman yang senada dan nampak natural, maka kerawang buih besar kecil kali ini diwarnakan dengan warna tona gelap iaitu coklat gelap. Hal ini kerana warna coklat gelap merupakan warna dominan bagi latar corak baju kurung kedah ini. Apabila warna dominan ini dijadikan warna kerawang, maka hasilnya akan nampak senada dan ia mengikut citarasa pelanggan pada kali ini.

3 Inci Ketebalan Saiz Sulam.

Tempahan Sulam Baju Kurung Kedah.

Dari segi ketebalan hasil sulaman kerawang pada kali ini pula, ia dibuat setebal 3 inci. Ia dihasilkan di bahagian hujung tangan baju dan juga di keliling bawah baju kurung kedah. Bentuk sulaman kerawang adalah mendatar dengan susunan motif bunga penaga lilin yang dibuat dengan pelbagai saiz iaitu ada yang bersaiz besar dan ada juga yang bersaiz kecil.

Warna Pastel dan Senada.

Tempahan Sulam Baju Kurung Kedah.

Dari segi pemilihan warna yang senada, ia menjadi pilihan pelanggan pada kali ini yang menginginkan hasil sulaman kerawang yang tidak terlalu menonjol. Ia lebih kepada warna pastel dan senada dengan latar belakang corak pada kain baju kurung kedah ini.

Padanan Dengan Baju Kurung Kedah.

Tempahan Sulam Baju Kurung Kedah.

Walaupun dengan menggunakan warna-warna yang senada, namun corak sulaman kerawang pada baju kurung kedah kali ini tetap menyerlah kerana ia dihasilkan sederhana tebal iaitu 3 inci sahaja. Dengan ini, ia tetap menyerlah kerana dihasilkan pada baju kurung kedah yang mempunyai potongan baju pendek. Sebab itulah, ia nampak menyerlah dek baju kurung kedah yang dibuat pendek berbanding dengan busana tradisional yang lain.

Sesuai Untuk Semua Jenis Majlis.

Tempahan Sulam Baju Kurung Kedah.

Oleh itu, busana ini boleh digayakan di majlis-majlis formal dan juga kasual yang sesuai dipadankan dengan seluar dan juga skirt.

Motif Kerawang Lebih Mewah.

Tempahan Sulam Baju Kurung Kedah.

Motif kerawang yang dihasilkan lebih besar yang sedikit berlainan dengan motif kerawang yang dihasilkan sebelum ini. Di sini, susunan motif kerawang lebih mewah kerana tidak disusun secara berulangan. Inilah yang membantu kepada hasil seni sulaman yang menarik untuk corak sulaman baju kurung kedah pada kali ini.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Tempahan Baju Kurung Kedah Sulam.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaa dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada rekaan corak sulaman kerawang baju kurung kedah Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Sulam Baju Kurung Kedah Corak Bunga Penaga Lilin.

Corak Sulam Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar sulam baju kurung kedah corak bunga penaga lilin yang telah dihasilkan untuk tempahan kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman ayak kerawang pada kali ini.

Jika anda berminat dengan sulam baju kurung kedah corak bunga penaga lilin di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulaman ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Baju Kurung Kedah Sulam Corak Bunga Penaga Lilin

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461