Project Description

Sulam Baju Kurung Pahang Motif Bunga Carnation Kerawang Sarang Tebuan.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung Pahang untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Alor Setar, Kedah. Tempahan sulam ini dihasilkan untuk ibu pengantin.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang Motif Bunga Carnation Kerawang Sarang Tebuan
Follow Us On Instagram

Idea Menghasilkan Motif Sulaman Kerawang.

Tempahan Kurung Pahang Bersulam Alor Setar, Kedah.

Pada kebiasaannya, para pelanggan gemar memberikan idea mereka untuk kami hasilkan motif sulaman kerawang untuk busana mereka. Ada yang menginginkan motif bunga ros, sakura, bunga orkid, tampuk manggis dan bunga lily. Jadi, ia memudahkan kami menghasilkan motif sulaman yang bersesuaian dengan permintaan penempah tersebut. Hasilnya, para pelanggan kami sangat berpuas hati dengan setiap hasil sulaman kerawang yang dibuat pada busana mereka. Sebagai pereka design motif sulaman kerawang ini, saya sangat berpuas hati apabila para pelanggan memberikan respon yang sangat positif dengan hasil sulaman kerawang yang dibuat oleh kami.

Sulaman Kerawang Busana Kurung Pahang Polos.

Rekaan Kurung Pahang Bersulam.

Ya, pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan pada baju kurung Pahang / Riau yang polos. Ia sangat sesuai kerana dengan meletakkan design sulaman kerawang, pastinya hasilnya akan menambahkan keceriaan dan seri pada busana yang polos tersebut.

Ketebalan Sulam 4 Inci.

Saiz Ketebalan Motfi Sulam Kurung Pahang.

Kali ini, sulaman kerawang dihasilkan setebal 4 inci. Hal ini adalah kerana, penempah meminta sendiri untuk dihasilkan sulaman kerawang yang sederhana tebal (iaitu tidak terlalu tebal dan tidak terlalu nipis). Ini disebabkan empunya busana ini adalah seorang individu yang ringkas dalam segala hal. Cuma pada kali ini, beliau ingin nampak kelainan sedikit untuk majlis perkahwinan anaknya nanti. Sebab itulah baju kurung Pahang polos ini ditambah aksesori dengan disulam kerawang.

Sulam Motif Bunga Carnation.

Motif Sulam Corak Flora.

Sulam kerawang motif bunga Carnation merupakan rekaan khas dihasilkan untuk pelanggan dari Kedah ini. Berdasarkan karektornya yang ringkas, pemilihan motif bunga carnation adalah pemilihan yang tepat kerana bunga ini bentuknya bukan jenis bunga yang meliuk. Jadi, susunan bunga carnation yang pelbagai saiz dan bentuk menjadi pilihan inspirasi dalam menghasilkan motif sulaman kerawang pada kali ini.

Sulam Dihasilkan Di Hujung Tangan dan Keliling Busana.

Sudut Penghasilan Sulam Goyang Kerawang Pada Busana.

Motif sulam bunga carnation ini dihasilkan di hujung tangan dan di keliling labuh baju. Jika diperhatikan dengan teliti, bentuk sulaman kerawang ini adalah berbentuk pucuk rebung. Namun, ia tidak begitu ketara kerana bahagian tengahnya dihasilkan sedikit landai berbanding dengan bahagian kanan dan kiri baju kurung Pahang ini.

Olahan Corak Motif Bunga Carnation.

Tempahan Sulam Untuk Ibu Pengantin Alor Setar, Kedah.

Walau bagaimanapun, ia tetap cantik kerana pengolahan corak motif bunga carnation ini dapat dilihat seperti berpusat di bahagian tengah sulaman. Itulah yang menjadikan sulaman kerawang bunga carnation ini nampak lebih menarik.

Motif Kerawang Tebuan Yang Seragam.

Motif Kerawang.

Selain itu, dalam pemilihan kerawang, ia lebih kepada kerawang yang seragam dan kemas. Oleh itu, kami menggunakan kerawang sarang tebuan sebagai penyeri sulaman bunga carnation pada kali ini. Kerawang sarang tebuan dilihat seragam dan teratur dan sesuai bagi mereka yang gemar design yang lebih ringkas dan kemas.

Olahan Kerawang Bahagian Bawah Sulaman.

Motif Kerawang Sarang Tebuan.

Malahan, sulaman kerawang sarang tebuan ini dihasilkan pada bahagian bawah sulaman motif bunga carnation. Berbanding sulaman-sulaman kerawang yang kami hasilkan sebelum ini. Di mana, kami lebih menghasilkan kerawang di bahagian celahan sulaman, agar ia nampak lebih meriah dengan motif kerawang. Tetapi bagi mereka yang gemarkan design yang ringkas, maka olahan kerawang yang dihasilkan seperti ini lebih sesuai jika dibandingkan dengan kerawang yang dihasilkan di celahan motif sulaman.

Lengkuk Sulur Yang Digunakan.

Motif Sulur Sulam Goyang.

Sebenarnya, jika dilihat dengan teliti, lengkuk sulurnya tidak bercorak seperti awan larat ataupun kekacang. Ia hanya diibaratkan seperti lengkungan pucuk muda yang meliuk sahaja. Hal ini kerana, bunga carnation itu sendiri bersifat tegak sepertimana bunga tulip. Oleh yang demikian, ia akan nampak lebih natural dengan penggayaan motif sulaman yang tidak menggunakan motif sulur meliuk seperti bentuk awan larat ataupun kekacang ataupun mempulur.

Penggunaan Warna Benang Sulam Senada.

Kombinasi Warna Benang.

Dari segi warna yang digunakan pula, kami menggunakan konsep split complimentary yang berkonsepkan warna harmoni yang senada. Sebab itulah pemilihan warnanya nampak seimbang walaupun ada kalanya menggunakan warna kontra. Sebab itulah pemilihan corak tona warna yang bersesuaian dan tepat adalah penting dalam menghasilkan sulaman kerawang yang baik.

Teknik Sulam Ayak atau Sulam Goyang Yang Digunakan.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang Untuk Pelanggan Alor Setar, Kedah.

Apabila berbicara tentang teknik sulam ayak atau sulam goyang yang digunakan, sudah tentulah Teknik bukaan zig zag. Ia digunakan untuk menghasilkan design sulam kerawang yang lebih nampak timbul. Ia berikutan kerana baju kurung Pahang ini bersifat polos. Jadi, sekiranya Teknik sulaman biasa ataupun Teknik cincang digunakan, pastinya sulaman ini tidak akan timbul dan nampak tidak menarik. Sebab itulah, Teknik satin bukaan zig zag digunakan agar hasil sulaman motif bunga carnation ini terus menjadi tarikan bagi mata yang melihatnya.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang Eksklusif.

Jadi, kami berharap agar ibu pengantin dari Alor Setar ini sangat berpuas hati dengan hasil sulaman kerawang motif bunga carnation yang idbuatkan khas untuknya. Malahan, dengan Teknik goyang, motif serta warna yang digabungjalinkan ini, sekaligus dapat menjadikan busana ini menjadi perhatian ramai dalam majlis perkahwinan anaknya nanti.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Baju Kurung Pahang Motif Bunga Carnation Kerawang Sarang Tebuan.

Tempahan Sulam Goyang Kerawang Terkini Butik Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar Sulam Baju Kurung Pahang Motif Bunga Carnation Kerawang Sarang Tebuan yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Alor Setar, Kedah pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga carnation pada design kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461