Sulam Goyang Baju Kurung Moden Corak Bunga Jasmine.

Tempahan Sulam Goyang Baju Kurung Moden.

Berikut adalah hasil rekaan Sulam Goyang Baju Kurung Moden Corak Bunga Jasmine untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Klang, Selangor. Tempahan ini dihasilkan pada rekaan scallop baju kurung moden.

Sulam Goyang Baju Kurung Moden Corak Bunga Jasmine

Sulaman Goyang Motif Bunga Jasmine Bju Kurung Moden.

Tempahan Sulam Goyang Kurung Moden dari Klang, Selangor .

Pada kali ini, sulaman goyang dihasilkan pada baju kurung moden yang dihasilkan pada hujung labuh baju dan hujung tangan baju. Namun, pada kali ini, kelainan pada sulaman goyang baju kurung moden adalah pada lengkungan scallopnya. Ini kerana dalam satu lengkung scallop yang besar, tedapat lompatan sulaman yang kecil secara berantai. Gabungan lompatan-lompatan kecil ini dibentuk menjadi satu scallop yang besar. Inilah keunikan design sulaman goyang pada kali ini.

Ketebalan Saiz Sulaman Goyang

Rekaan Baju Kurung Moden Bersulam Goyang.

Sulaman kali ini dihasilkan setebal 2 inci sahaja pada fabrik polos yang dipadankan dengan fabrik songket. Oleh kerana di penghujung sulaman goyang motif bunga jasmine mempunyai biku scallop yang besar, kita dapat lihat sulaman goyang motif bunga jasmine ini tebal sedikit lebih daripad 2 inci.

Motif Sulam Sekunder Baby Flower.

Motif Sulam Goyang Baju Kurung Moden.

Selain motif utama iaitu motif bunga jasmine, terdapat juga motif baby flower yang dibuat agar hasil sulaman keseluruhannya menjadi lebih cantik. Ia dapat dilihat sebagai penyeri ataupun motif sekunder bagi hasil corak sulaman goyang motif bunga jasmine ini. Tanpa adanya motif baby flower ini, keseluruhan design sulaman ini akan nampak sedikit besar. Sebab itulah, motif baby flower ini dijadikan penyeri untuk corak sulaman goyang kali ini.

Motif Kerawang Buih Pelbagai Bentuk.

Motif Kerawang Baju Kurung Moden.

Jika dilihat pada kerawangnya, kali ini dihasilkan kerawang buih. Motif kerawang buih ini dapat dilihat dengan pelbagai jenis saiz iaitu besar, kecil dengan pelbagai bentuk sepertimana buih-buih di pantai. Ini kerana, jika kita lihat buih-buih dipantai, ada yang nampak bersegi-segi dalam pelbagai saiz kerana pukulan ombak yang kuat. Sebab itulah, dilihat pada motif kerawang baju kurung moden ini, ia mengambil inspirasi buih yang mempunyai bentuk dan saiznya yang pelbagai. Itulah keunikan kerawang buih yang dihasilkan pada tempahan sulam kali ini.

Motif Sulur Daun Kecil.

Motif Sulur Sulam.

Sulur pula, jika dilihat pada hasil sulaman goyang motif bunga jasmine ini, tidak menggunakan sulur sepertimana awan larat atau kekacang. Sebaliknya, ia dilihat membentuk seperti pucuk-pucuk dedaun kecil sahaja yang menghiasi motif sulam bunga jasmine ini. Ini selaras dengan saiz bunga jasmine yang sederhana besar yang dihasilkan di tengah-tengah ruang scallop pada hujung tangan dan juga pada labuh baju. Daun-daun muda ataupun pucuk-pucuk kecil dilihat melentik menghala kepada motif utama iaitu bunga jasmine.

Pemilihan Warna Senada Pada Design.

Warna Senada Sulam Goyang.

Selain daripada itu, pemilihan warna senada digunakan. Sekiarnya warna yang digunakan tidak dipadankan dengan kain songket yang berwarna biru kehijauan ini, pastinya pemilihan warna sulam pada kali tidak akan dihasilkan sebegini rupa. Namun, oleh kerana baju kurung moden berwarna coklat ini, maka gabungan warna sulam yang senada dilakukan agar ia nampak lebih harmoni dengan padanan kain songket yang berwarna biru kehijauan. Sebab itulah warna sulaman goyang pada kali ini dilihat menggunakan warna yang terdapat pada warna songket agar sulamannnya akan menjadi lebih natural dan sedondon dengan warna fabrik kain songketnya.

Teknik Sulam Goyang Yang Digunakan.

Teknik Sulam Goyang Kerawang.

Dari segi teknik sulaman goyangnya pula, teknik sulam goyangnya menggunakan teknik satin bukaan zig zag. Hal ini kerana saiz motifnya yang agak kecil, amat sesuai dihasilkan dengan teknik satin bukaan zig zag ini. Dengan penggunaan teknik satin bukaan zig zag ini, ia menjadikan hasil sulaman motif bunga jasmine ini nampak lebih timbul dan menarik. Malahan, penggunaan benang emas kilat juga memberi peranan penting kerana Berjaya menaikkan lagi seri keseluruhan hasil corak sulam goyang motif bunga jasmine ini.

Makluma Balas Positif Penempah Sulam.

Respon Penempah Sulam Goyang.

Selain itu, maklumbalas yang diterima daripada pelanggan yang membuat tempahan ini adalah sangat positif. Baginya, dia amat berpuas hati kerana dapat memiliki busana sulaman goyang yang cantik. Ini kerana sulaman goyang yang dibuat adalah eksklusif untuknya sahaja dari Klang, Selangor.

Teknik Sulam Goyang Yang Digunapakai Ketika Menyulam Ayak.

Teknik Sulam Ayak Goyang.

Sulaman goyang motif bunga jasmine ini amat unik dengan kehadiran scallop yang bersaiz besar di hujung baju tersebut. Namun, pengolahan design, motif dan teknik sulam goyang yang betul, akan menjadikan sulaman goyang motif bunga jasmine ini nampak harmoni dan sedap mata memandang.

Hasil Sulaman Goyang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Moden Klang, Selangor.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam goyang Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Adapun rekaan sulaman goyang kami berbeza, berlainan dan eksklusif darip penyulam-penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam goyang kerawang kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Goyang Kerawang Baju Kurung Moden.

Baju Kurung Moden Bersulam Goyang Kerawang Motif Bunga Jasmine.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Sulam Goyang Baju Kurung Moden Corak Bunga Jasmine dengan Kerawang Buih yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Klang, Selangor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam goyang kerawang terkini yang menggunakan motif bunga jasmine pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan BSulam Goyang Baju Kurung Moden Corak Bunga Jasmine yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam goyang kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Goyang Kerawang Butik Sri Classic Kami.

SDE DECO
Hulu Langat

Cantik dan kemas sulaman. Tq so much.

 
Pelanggan Sulam
Puan Siti Aishah
Shah Alam

Assalamualaikum Syida. Terima kasih untuk sulam kerawang. Cantik sangat.

 
Puan Shiela
Damansara

Assalamualaikum.. Saya sudah terima baju. Cantik kerawang. Terima kasih byk2

 
Default Avatar75
Aizah
Kulim

Terima kasih untuk sulaman daripada puan. Sangat cantik.

 
Fatin Nabila
Banting

Ya Allah loveee sangat sulamnyaaa cantik. Semua kata nampak exclusive dan jarang2 org skrg nak buat sulam lagi utk baju majlis kahwin. Semua tanya buat sulam kat mana sbb skrg susah nak jumpa org mahir buat sulam. Cantik sangat xoxo. Terima kasih Syida jadikan baju saya cantikk. Semoga Allah lapangkan rezeki sentiasa, dipermudahkan urusan dan semoga terus berjaya!

 
Puan Yusrina
Pahang

Suka sangat dengan sulaman untuk tuksedo. Tq syida.

 
Pelanggan Sulam
Nurliza
Mersing

Wah! Cantiknya sulam kerawang saya. Terima kasih Puan Syida!

 
Puan Rodiyah
Kuching, Sarawak

Baru je masuk office and buka parcel baju… cantik… tq very much

 
Pelanggan Sulam
Puan Zaleha
Kluang, Johor

Wah dah siap ke sulam kerawangnya? Kenapa cantik sangat ?? Suka sangat.

 
Rafiz
Shah Alam

Salam syida, baju sulam dah sampai… and cantik sangat. thx so much. colour combinations.. all cantik.

 
Puan Akmar
Kuala Lumpur

Alhamdulillah… dah sampai. Cantik Syida sulamnya xoxo. Terima kasih, ada rezeki boleh buat lagi.

 
Puan Sharifah Fatinah
Cheras

Cantik especially bahagian tangan. Thanks ye Syida. Cantik. next time boleh repeat order lagi.

 
Puan Iffah
Seremban

Alhamdulillah… cantik sulaman. Tak puas mata memandang. Tq yer..

 
Pelanggan Sulam
Tuan Zamri Tuan Hasan
Kelantan

Saya ucapkan ribuan terima kasih atas pertolongan awak menyiapkan sulaman kerawang untuk isteri saya. Saya amat berpuas hati. Cantik!

 
Raja Norhanizah
Shah Alam

Puan, mak saya dah dapat baju sulam tu. Dia cakap sulam kerawang tu cantik sangattttt. Thank you so much. Nanti dia nak hantar lagi.

 
Puan Atikah
Klang
 
Wanoranis
Shah Alam, Selangor

Kak Syida, Anis dah ambik sulam nie. Cantik sangat … anis sukaaa.

 
Puan Anith Elyda
Banting, Selangor

Terima kasih bebanyak. Saya suka sangat especiallay kat tangan. Saya suka kerawang kat tangan.

 
Default Avatar75
Sara
Putrajaya

Terima kasih kerana menyiapkan design sulaman kerawang untuk baju saya. Sangat cantik dan unik.

 
Pelanggan Sulam
En Fauzi
Melaka

Terima kasih untuk design sulaman. Of course OK sangat. Memang saya rekomen kat sedara yang datang untuk buat sulam dgn Syida.

 
Pelanggan Sulam
Norizan
Johor Bahru

Salam Syida. Akak baru terima baju pink yang akak minta Syida sulamkan… Terima kasih Syida, cantiknya Syida buat… Sangat-sangat berpuas hati. :)

 
Pelanggan Sulam
Puan Marayati
Bangi

Wah cantik sulam kerawangnya. Terima kasih Syida!

 
SDE DECO
Hulu Langat

Cantik dan kemas sulaman. Tq so much.

 
Pelanggan Sulam
Puan Siti Aishah
Shah Alam

Assalamualaikum Syida. Terima kasih untuk sulam kerawang. Cantik sangat.

 

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461