Project Description

Sulam Goyang Baju Kurung Moden Corak Bunga Ros

Baju Kurung Moden Sulam Goyang.

Berikut adalah hasil rekaan baju kurung moden sulam goyang dengan motif bunga ros dan kerawang buih serta kerawang air mata untuk pelanggan butik sulaman kami dari Bukit Mahkota, Bangi.

Sulam Goyang Motif Bunga Ros dengan Kerawang Buih serta Kerawang Air Mata
Follow Us On Instagram

Sulam Goyang Baju Kurung Moden.

Koleksi Baju Kurung Sulam Goyang.

Pada kali ini, sulaman goyang dihasilkan pada baju kurung moden yang diperbuat daripada fabrik duchess satin. Design kali ini dihasilkan atas permintaan pelanggan dari Bukit Mahkota, Bangi yang hanya inginkan sulaman kerawang goyang yang nampak senada serta mini malis warnanya.

Motif Bunga Ros Sulam Goyang Setebal 3 Inci.

Koleksi Baju Kurung Moden Sulam Goyang.

Selain itu, motif sulam goyang yang diinginkan oleh pelanggan adalah motif bunga ros. Ia dihasilkan setinggi 3 inci di bahagian hujung tangan dan juga di bahagian keliling bawah baju. Kali ini, sulaman goyang yang dihasilkan adalah sekata tebalnya kerana pelanggan inginkan ia nampak cantik dan berulang-ulang. Sebab itulah, pada rekaan sulaman kali ni, sulam tidak menggunakan bentuk turus ataupun bentuk pucuk rebung. Justeru, hasil corak sulam nampak menebal dan sekata.

Sulur Mentimun Menghiasi Segenap Sudut Bunga Sulam.

Koleksi Baju Kurung Moden Sulaman Goyang.

Walaupun menggunakan motif bunga ros, sulur yang dihasilkan adalah sulur mentimun. Sulur ini meliang-liuk dan bergulung-gulung. Sulur mentimun ini dihasilkan untuk menggantikan fungsi dahan dan juga batang bagi motif bunga ros ini. Terdapat sulur yang dihasilkan pada pucuk daun, kudup bunga, bunga kecil dan gabungan bunga ros yang kembang. Sebab itulah, dapat dilihat bahawa sulur mentimun ini menghiasi segenap sudut motif bunga ros pada kali ini.

2 Jenis Kerawang Buih dan Kerawang Air Mata.

Koleksi Baju Sulaman Goyang.

Bagi corak kerawang pula, terdapat 2 jenis kerawang yang dihasilkan pada corak sulaman kali ni. Corak kerawang tersebut adalah kerawang buih dan juga kerawang air mata. Jika dilihat secara teliti, kerawang buih ini dihasilkan mengelilingi kerawang air mata. Bahkan kedudukan kerawang-kerawang ini dihasilkan pada celahan-celahan motif sulaman bunga ros. Di sini, ia memberi sedikit kelainan daripada corak-corak sulaman yang terdahulu kerana lebih menekankan 1 jenis corak kerawang sahaja.

Olahan 3 Jenis Warna Kelabu.

Koleksi Baju Sulaman Goyang.

Oleh sebab atas permintaan pelanggan butik kami yang inginkan hasil nampak senada, maka kami olahkan 3 jenis warna kelabu pada hasil sulaman kerawang goyang kali ini. Ketiga-tiga warna tersebut adalah kelabu kebiruan, kelabu muda dan kelabu tua. Selain itu juga, warna kelabu yang senada dengan fabrik turut digunakan sebagai warna kerawang. Malah, warna yang sama digunakan bagi menghasilkan hasil yang lebih timbul pada kelopak bunga ros.

Teknik Sulam Goyang Yang Digunakan.

Koleksi Baju Sulaman Goyang Berkerawang.

Dari segi teknik sulamannya pula, secara keseluruhan teknik sulam padu zig-zag digunakan dalam keseluruhan motif sulaman bunga ros ini. Hal ini supaya hasil sulaman akan nampak lebih timbul dan cantik. Bukan itu sahaja, teknik layangan turut dibuat pada setiap kelopak bunga ros agar dapat menghasilkan tona yang berbeza untuk menjadikan sesuatu kelopak bunga ros tersebut nampak lebih natural.

Teknik Bukaan Zig-Zag Kecil dan Halus.

Koleksi Baju Kurung Goyang Berkerawang.

Bukaan zig-zag kecil pula digunakan sebagai bordir pada setiap kuntuman bunga ros. Ia berjaya menyerlahkan tekstur bunga ros ini secara semula jadi. Malah, bukaan zig-zag halus ini juga dilakukan pada setiap kelopak daun yang menghiasi sulaman motif bunga ros ini. Dengan gabungan pelbagai teknik sulaman, maka terhasillah sulaman kerawang goyang pada baju kurung moden fabrik duchess satin yang lebih menyerlah walaupun hanya menggunakan warna-warna yang senada dengan warna fabrik.

Kesesuaian Menyulam Goyang Pada Fabrik Duchess Satin

Koleksi Baju Kurung Sulam Goyang Berkerawang.

Untuk pengetahuan anda, fabrik duchess satin ini amat sesuai disulam kerawang kerana struktur tekstur fabriknya yang tidak memeri. Malah, ketebalan fabrik duches satin ini juga tidak menyukarkan kami ketika menyulam ayak kerawang seperti yang diminta oleh pelanggan. Kombinasi warna-warna pastel dan senada ini membuatkan si pemakai nampak manis dalam apa jua majlis yang dihadirinya.

Hasil Sulaman GoyangKerawang Eksklusif.

Baju Kurung Moden Sulam Goyang.