Baju Kebaya Tradisi Bersulam Kerawang Motif Bunga Cempaka dan Bunga Tanjong.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Tradisi

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kebaya tradisi untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Putrajaya. Tempahan sulam ini dihasilkan berpandukan pantun yang diberikan pelanggan.

Lebat daun bunga tanjong,
Berbau harum bunga cempaka;
Adat dijaga pusaka dijunjung,
Baru terpelihara adat pusaka.

Baju Kebaya Tradisi Bersulam Kerawang Motif Bunga Cempaka dan Bunga Tanjong

Sulaman Kerawang Busana Kebaya Tradisi Berpandukan Pantun.

Tempahan Kebaya Bersulam Putrajaya.

Pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan pada baju kebaya tradisi yang dimiliki oleh pelanggan dari Putrajaya. Uniknya, pada kali ini, sulaman ini dihasilkan berdasarkan pantun yang diberi oleh pelanggan sepertimana pantun yang dituliskan di atas tadi. Pelanggan kali ini, sangat teruja kerana permintaannya dapat ditunaikan dengan menginspirasikan pantun tersebut ke dalam design sulaman baju kebaya tradisinya.

Hasil Sulaman Motif Bunga Cempaka dan Bunga Tanjong.

Motif Rekaan Kebaya Tradisi Bersulam.

Dari pantun di atas, motif sulaman yang dihasilkan adalah motif bunga tanjong dan bunga cempaka. Jadi, motif bungaan ini digabungkan menjadi motif sulaman yang cantik pada bahagian hujung tangan baju, kelepet depan baju kebaya, bawah hadapan baju kebaya dan hujung belakang kebaya.

Ketebalan Sulam Pada Kebaya Tradisi.

Tebal Sulam Kebaya.

Walau bagaimanapun, dari segi ketebalan sulaman pula, ia dihasilkan tidak tebal iaitu sekadar ¾ inci di bahagian kelepet lidah baju kebaya dan juga hujung belakang baju kebaya. Manakala di bahagian tangan pula, dihasilkan sulam setinggi 3 inci sahaja namun ia nampak tebal dan penuh. Ini kerana bentuk sulaman yang dihasilkan menggunakan bentuk pucuk rebung. Pada bahagian hadapan baju pula dihasilkan sulam setinggi 6 inci secara menyerong. Ia dilakukan hasil perbincangan yang telah dipersetujui oleh pelanggan dari Putrajaya ini bersama pihak kami.

Menghasilkan Sulur Awan Larat Untuk Menterjemahkan Pantun.

Motif Corak Sulur Pada Kebaya Tradisi.

Oleh kerana bait-bait pantun ditulis “adat dijaga pusaka dijunjung”; maka corak sulur yang dihasilkan adalah sulur awan larat yang merupakan corak sulur tradisional. Hal ini dapat dilihat pada hasil ukiran-ukiran di negara ini yang menggunakan awan larat sebagai bentuk rekaannya. Ia menunjukkan masyarakat Melayu dahulu, memang terkenal dengan adat dan budaya yang masih lagi diamalkan sehingga kini. Sebab itulah, sulur pada rekaan sulaman kerawang ini menggunakan motif awan larat.

Motif Kerawang Daun.

Motif Kerawang Sulam.

Bagi menggambarkan pepohon bunga tanjong yang berdaun lebat, corak kerawang yang dihasilkan adalah kerawang daun. Ia merupakan kerawang yang diminati oleh pelanggan ini. Sebab itulah beliau sangat teruja dan suka apabila kerawang daun dapat dihasilkan pada keseluruhan celahan motif bunga tanjong dan cempaka ini.

Penggunaan Warna Benang Komplimentari Yang Menarik.

Warna Benang Sulaman Kerawang Baju Kebaya Tradisi.

Dari segi pemilihan benangnya pula, kami masih menggunakan warna-warna benang komplimentari yang harmoni dengan warna latar kebaya iaitu warna hijau epal muda. Walaupun terdapat sedikit perubahan pada warna bunga cempaka, namun, ia tidak mengganggu hasil rekaan sulaman ini. Malah ia semakin cantik dan menarik dipandang.

Teknik Sulam Mempulur Yang Digunapakai Ketika Menyulam Ayak.

Teknik Sulam Ayak Goyang.

Pada keseluruhannya, Teknik satin telah digunakan agar ia nampak timbul. Malah, Teknik penggunaan mempulur turut digunakan pada kelopak-kelopak cempaka bagi menampakkan ia lebih 3D. Walau bagaimanapun, Teknik layangan turut digunakan pada bahagian dedaun dan pada bahagian dalam sulur untuk menampakkan efek timbul dan mendatar dalam hasil sulaman pada kali ini.

Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.

Sedap Mata Memandang.

Jadi, hasil sulaman kerawang motif berdasarkan pantun ini sangat menepati 100% citarasa pelanggan. Baginya, setiap apa yang diinginkan dalam sulaman ini, berjaya diolah dengan sangat baik dengan perincian yang teliti. Beliau sangat teruja dan gembira mendapatkan hasil sulaman pada baju kebayanya ini.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Tradisi Dari Putrajaya.

Jadi, design sulaman kerawang ini amat cantik apabial dihasilkan dengan gabungan elemen tradisi dalam rekaan kebaya tradisi ini. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Tradisi.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kebaya Tradisi.

Baju Kebaya Tradisi Bersulam Kerawang Motif Bunga Cempaka dan Bunga Tanjong.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kebaya Tradisi Bersulam Kerawang Motif Bunga Cempaka dan Bunga Tanjong dengan Kerawang Daun yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Putrajaya pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga cempaka dan bunga tanjong pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kebaya Tradisi Bersulam Kerawang Motif Bunga Cempaka dan Bunga Tanjong yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

@butik.sriclassic Sulam Kerawang Baju Kebaya Tradisi dengan Motif Bunga dan Bunga Tanjong #butiksriclassic #kebayapengantin #kebayamoden #bajupengantin ? original sound – butiksriclassic

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461