Kurung Pahang Tenun Sulam Kerawang Goyang.

Baju Kurung Pahang Tenun Bersulam.

Berikut adalah hasil rekaan baju kurung Pahang tenun yang telah disulam goyang dengan dengan corak bunga mawar dan kerawang pagar bagi memenuhi kehendak pelanggan butik sulam kami pada kali ini.

Sulam Goyang Kurung Pahang Tenun

Koleksi Sulaman Kurung Pahang Tenun.

Pada kali ini, sulaman kerawang goyang dihasilkan pada baju kurung Pahang tenun. Pelanggan dari Kuala Lumpur ini inginkan rekaan sulaman kerawang goyang yang diilhamkan seperti mana busana tenun yang pernah diraungkan oleh cik puan Azrinaz Mazhar Hakim.

Ketebalan Saiz Sulam Di Bahagian Tangan Baju Kurung Pahang Tenun.

Koleksi Sulam Goyang Kurung Pahang Tenun.

Baju kurung Pahang ini telah disulam di bahagian tangan setinggi 5 inci dan biku-biku di keliling baju. Walaupun fabrik yang digunakan kali ini adalah fabrik tenun, namun apabila ia disulam, ia tidak mudah pecah. Malah cantik hasilnya selepas disulam kerawangkan.

Motif Sulam Bunga Mawar Kurung Pahang Tenun.

Koleksi Sulam Goyang Kurung Pahang Tenun.

Sulaman kerawang pada kali ini dihasilkan menggunakan motif bunga mawar. Jika dilihat dengan teliti, terdapat 2 bentuk bunga mawar dalam sulaman goyang kali ini. Pertamanya, ia dilukis seperti bentuk mawar desa iaitu mempunyai kelopak yang padat dan banyak. Dan yang kedua, ia mempunyai kelopak yang lebar dan bersaiz besar. Kedua-dua bentuk motif bunga mawar ini telah digabungkan dalam membentuk hasil corak sulaman goyang pucuk rebung yang membukit ini. Sebab itulah, ia akan nampak penuh dan cantik serta mewah apabila disarungkan ke badan.

Sulur Membentuk Paku Pakis.

Koleksi Sulam Goyang Baju Kurung Pahang Tenun.

Selain itu, daun yang lebar dan membulat juga disulam menghiasi corak sulaman kerawang motif bunga mawar kali ini. Sulaman kerawang goyang kali ini turut dihiasi dengan sulur berbentuk paku pakis. Ia seperti pakis tanduk rusa yang bergerigi ataupun berlekuk-lekuk. Di sini, sulaman kerawang goyang motif bunga mawar kali ini nampak lain daripada sulaman goyang yang pernah kami hasilkan sebelum ini. Itulah uniknya, rekaan sulaman kerawang goyang motif bunga mawar pada baju kurung Pahang tenun ini.

Kerawang Pagar Berselangan Untuk Hasil Sulam Moden.

KBaju Kurung Pahang Tenun Sulam Goyang.

Ya, sulaman goyang tanpa kerawang tidak akan berseri hasilnya. Oleh itu, pada rekaan kali ini, atas permintaan pelanggan yang inginkan nampak lebih moden, maka kerawang motif pagar telah dipilih menghiasi setiap celahan hasil sulaman kerawang pada kurung Pahang tenun ini. Motif kerawang pagar tidak dihasilkan sekadar berpetak-petak sahaja, namun ia dihasilkan juga secara bersilang-silang seperti jaring-jaring kecil. Inilah yang membuatkan hasil motif sulaman kerawang bunga mawar ini kelihatan lebih segar dan juga lain daripada yang lain. Ia nampak lebih moden dan trend.

Biku Berlekuk Kecil Menghiasi Hujung Baju Kurung Pahang Tenun.

Baju Kurung Pahang Tenu Bersulam Goyang.

Selain daripada motif kerawang, pada kali ini juga biku di bahagian hujung baju kurung Pahang tenun turut memainkan peranan. Biku ini telah berjaya menyerikan hasil sulaman kerawang goyang pada kali ini. Biku-biku lekuk yang kecil telah digabungkan menjadi lengkuk biku yang besar. Ia nampak menarik kerana berbeza daripada sulaman goyang terdahulu yang lebih banyak menggunakan biku alur sungai sahaja.

Gabungan Pelbagai Warna Benang Sulam.

Baju Kurung Pahang Tenu Sulam Goyang.

Oleh sebab sulaman goyang ini diilhamkan daripada busana cik Puan Azrinaz, maka penggunaan warna sulamannya lebih menitik beratkan senada dengan warna fabrik iaitu warna hijau emerald dan juga warna hijau lumut. Namun, penggunaan warna kuning dalam motif sulam bunga mawar ini digunakan untuk menampakkan tona gelap dan cerah dalam hasil sulaman pada kali ini. Malah, warna kuning turut digunakan ke atas warna hijau lumut yang membentuk corak daun.

Menampakkan Hasil Sulam Lebih Timbul.

Tempahan Sulam Goyang Kurung Pahang Tenun.

Bagi menampakkan hasil sulaman goyang yang lebih timbul, maka warna kelabu telah digunakan pada motif kerawang pagar yang dihasilkan di setiap celahan bunga mawar, daun dan juga sulur. Ia turut menjadikan latar belakang untuk motif sulaman motif mawar pada kali ini. Sebab itulah hasil sulamannya nampak timbul walaupun senada dengan latar belakang fabrik iaitu hijau. Warna kelabu di sini dilihat menjadi pemisah dalam menimbulkan tona warna yang lebih cantik dan menyerlah.

Teknik Sulam Goyang Yang Diguna Pakai.

Sulam Goyang Baju Kurung Pahang Tenun.

Dari segi teknik sulaman yang digunakan dalam motif pada kali ini adalah teknik ayak bukaan zig zag dan juga teknik cincang padu satin. Walau bagaimanapun, setiap motif sulam yang dihasilkan, bingkai kecil dengan menggunakan teknik bukaan zig zag halus digunakan sebagai border pada setiap motif sulaman. Malah, penggunaan warna berbeza dengan warna motif sulam, berjaya menjadikan setiap rekaan lebih timbul. Sebagai contohnya, pada motif sulam bunga mawar, dihasilkan di bingkai-bingkai yang berwarna kuning. Ia disulam ayak pada setiap kelopak motif mawar. Sedangkan, warna asalnya ialah warna hijau emerald. Di sinilah yang membuatkan motif bunga mawar ini menjadi lebih timbul dan lebih cantik.

Rekaan Baju Kurung Pahang Tenun Menarik dan Menyerlah.

Baju Kurung Pahang Tenun Bersulam.

Jadi, setiap padanan warna, teknik, motif lukisan pada sulaman kerawang goyang telah digabung jalinkan dengan cara yang betul untuk menghasilkan rekaan sulam kerawang goyang baju kurung Pahang tenun pada kali ini.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Baju Kurung Pahang Tenun.

Terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada fesyen baju kurung Pahang tenun sulam goyang Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Sulam Goyang Kurung Pahang Tenun.

Koleksi Sulam Baju Kurung Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar baju kurung Pahang tenun sulam goyang yang telah dihasilkan untuk tempahan sulaman pelanggan butik kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam koleksi baju kurung kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan hasil rekaan kurung Pahang tenun yang telah disulam dengan motif bunga mawar di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Baju Kebaya Tradisional Sulam - Corak Bunga Ros

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Goyang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461