Tempahan Sulam Kerawang Kebaya Songket Pengantin Motif Tampuk Manggis dan Kerawang Pagar.
Tempahan Sulam Kebaya Songket Pengantin.
Berikut adalah hasil rekaan Sulam Kerawang Baju Kebaya Songket Pengantin Motif Tampuk Manggis dan Kerawang Pagar untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami dari Selayang, Selangor.
Tema Sulam Baju Majlis Akad Nikah dan Majlis Persandingan.
Tempahan Sulam Selayang, Selangor.
Dalam majlis perkahwinan, ada acara yang dilakukan secara berasingan seperti majlis akad nikah dan juga majlis sanding. Namun, ada juga majlis yang digabungkan sekali dengan satu tema yang sama, sebagai contohnya, tema tradisional moden. Inilah tema perkahwinan untuk pelanggan sulam kami dari Selayang, Selangor. Majlis yang digabungkan serentak ini, memerlukan pakaian yang sesuai supaya sepadan dengan majlis akad nikah dan majlis sanding yang diadakan sekali gus.
Sulam Kerawang Kebaya Pengantin.
Motif Corak Sulaman Kebaya Pengantin.
Oleh itu, gaya kebaya moden kembang dari fabrik songket ini disulam untuk menampakkan gaya pengantin yang sesuai dengan tema pilihan mereka iaitu tema tradisional moden. Ya, sebab itulah baju kebaya moden ini disulam bagi menyerikan bakal pengantin perempuan pada hari tersebut. Apa bezanya kebaya moden kali ini dengan kebaya tradisi?
Corak Kebaya Moden.
Fesyen Kebaya Moden Pengantin.
Ya, perbezaan yang sangat jelas antara kedua-dua kebaya ini terletak pada lidah di bahagian hadapan baju kebaya. Jika baju kebaya tradisi, bajunya mempunyai lidah di hadapan. Namun, untuk kebaya moden ini, tiada lidah baju dihasilkan. Sebaliknya, dihasilkan sahaja butang-butang yang ditampal mati sebagai hiasan.
Tempahan Sulaman Kerawang Baju Pengantin Kebaya Moden.
Tempahan Sulam Baju Pengantin.
Jadi, pada kali ini, tempahan sulaman kerawang pada baju kebaya moden ini hanya boleh dibuat pada bahagian hadapan baju kebaya iaitu di bawah butang yang telah ditampal, di bahagian tangan, keliling baju serta di keliling kain.
Sulaman Dibuat Pada Busana Sahaja.
Sulaman Pada Busana.
Biasanya, untuk pemakaian pengantin sulaman kerawang, kami akan hasilkan sulaman kerawang pada baju dan kainnya sekali. Ia berbeza dengan sulaman kerawang pada baju-baju biasa yang hanya dibuat pada baju sahaja dan tidak dihasilkan pada kain.
Motif Sulam Tampok Manggis.
Design Sulaman Baju Kebaya Songket Pengantin.
Jika dilihat, baju kebaya songket ini sebenarnya adalah fabrik songket bunga tabur. Apa yang menariknya di sini, bunga taburnya adalah bermotifkan tampuk manggis. Justeru, atas permintaan pelanggan, kami menghasilkan sulaman kerawang yang berasaskan motif tampuk manggis ini. Ini disebabkan pelanggan inginkan corak sulaman senada dan selari dengan motif yang menjadi latar belakang fabrik songket ini. Bentuk-bentuk tampuk manggis ini dihasilkan dan diolah supaya menjadi gubahan bunga yang cantik.
3 Jenis Design Motif Bunga Sulam.
Corak Bunga Sulam Baju Kebaya Songket Pengantin.
Hal ini kerana, ia direka seperti menyerupai bunga yang kembang mekar, bunga bersaiz kecil, bunga yang dilihat daripada pandangan sisi serta kudup bunga. Gabungan semua motif bunga ini berjaya menghasilkan hasil rekaan sulaman yang menarik dan cantik.
Ketebalan Saiz Sulam Yang Dihasilkan.
Saiz Ketebalan Sulam Baju Kebaya Songket Pengantin.
Selain daripada itu, ketebalan sulam juga menjadikan corak sulaman kerawang ini amat cantik digayakan. Ini disebabkan ia menjadikan si pengantin lebih kelihatan menyerlah. Jadi, di bahagian tangan kebaya songket moden ini dihasilkan sulamnya setinggi 5 inci. Di bahagian dengan baju kebaya moden ini pula dihasilkan sulamnya setinggi 10 inci. Manakala di bahagian belakang dan keliling kain dihasilkan sulam setinggi 2 inci.
Sulur Membentuk Daun Manggis Muda.
Design Sulur Sulam.
Corak sulurnya pula tidaklah meliang-liuk seperti sulur ubi ataupun sulur kekacang. Ia dibuat seperti mana pucuk-pucuk daun manggis muda sahaja. Ia tidaklah meliuk tetapi hanya lentuk apabila ditiup angin. Itulah yang digambarkan ketika menghasilkan sulur ini.
Motif Kerawang Pagar Menghiasi Baju Kebaya Songket Pengantin.
Corak Kerawang Baju Kebaya Songket.
Apa yang lebih menyerlah dalam rekaan sulaman kerawang baju kebaya moden ini adalah jenis kerawang itu sendiri. Oleh sebab pelanggan inginkan ia nampak tradisional tetapi moden, maka kerawang pagar telah dipilih dan diguna pakai menjadi kerawang yang menghiasi rekaan sulaman motif tampuk manggis ini. Dapat dilihat kerawang pagar ini dihasilkan di setiap ruang kosong yang terdapat dalam keseluruhan motif tampuk manggis ini, sama ada di bahagian depan baju, bahagian tangan, belakang baju dan juga di keliling kain. Nampak jelas kerawang pagar ini disulam kemas menjadi kesinambungan dengan motif tampuk manggis ini.
Penggunaan Warna Emas dan Berkilat.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Songket Pengantin Dari Selayang, Selangor.
Bukan itu sahaja, pemilihan warna benang juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan sulaman kerawang yang cantik. Atas permintaan pelanggan sendiri, maka warna yang senada telah digunakan agar sulaman yang dihasilkan senada dengan fabrik songket ini. Sebab itulah sulaman kerawang pada kali ini menggunakan juga benang emas yang berkilat. Ia selari dengan warna emas yang menjadi latar dalam warna songket ini. Oleh yang demikian, dapat dilihat secara keseluruhannya, warna emas berkilat yang digunakan pada motif sulaman kerawang pada kali ini berjaya menaikkan hasil sulamannya.
Teknik Sulaman Ayak Kerawang Yang Digunakan.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Songket Pengantin Selayang, Selangor.
Tanpa teknik sulam ayak yang betul, hasil sulaman kerawang pastinya tidak akan menjadi cantik dan menarik. Ya, teknik sulaman ayak yang digunakan lebih kepada teknik sulam satin bukaan zig zag pada keseluruhan motif sulam. Dengan ini, hasilnya akan nampak timbul dan menarik. Pastinya ia akan cantik di mata sesiapa sahaja yang memandangnya.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Baju Kebaya Moden Sulam.
Jadi, sulaman kerawang motif tampuk manggis ini amat sesuai pada kedua-dua majlis akad nikah dan persandingan yang dijalankan dalam waktu yang sama pada majlis perkahwinan. Ini kerana ia nampak tradisi dan moden apabila digabung jalinkan motif sulaman kerawang pada baju kebaya moden ini. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Baju Kebaya Songket Pengantin.
Tempahan Sulam Baju Kebaya Songket Pengantin Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar Design Sulam Tempahan Baju Kebaya Songket Pengantin yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif tampuk mangging dengan kerawang pagar pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Sulam Baju Kebaya Songket Pengantin Dengan Motif Tampuk Manggis Dengan Kerawang Pagar yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461