Sulam Kerawang Kurung Tradisi Motif Bunga Asam Batu Dengan Kerawang Pagar.

Tempahan Sulam Baju Kurung Tradisi.

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung tradisi untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Kayangan Heights, Shah Alam, Selangor.

Baju Kurung Tradisi Bersulam Kerawang Motif Bunga Asam Batu Dengan Kerawang Pagar

Sulaman Kerawang Baju Kurung Tradisi.

Tempahan Kurung Tradisi Bersulam Kayangan Heights, Shah Alam, Selangor.

Bunga asam batu amat sinonim dengan rekaan motif sulaman kerawang, tekat, songket dan juga ukiran-ukiran kayu. Namun, ia diolah mengikut kreativiti pembuatnya samada menghasilkannya sebagai sulaman, tekat, songket ataupun juga ukiran.

Sulam Kerawang Di Bahagian Hujung Tangan dan Keliling Baju.

Rekaan Kurung Tradisi Bersulam.

Pada kali ini, sulaman kerawang dibuat khas untuk pelanggan dari Kayangan Heights, Shah Alam, Selangor. Ia dihasilkan pada baju kurung tradisi. Sulaman kerawang ini disulam pada bahagian hujung tangan dan keliling labuh baju.

Ketebalan Sulam Kerawang Kurung Tradisi.

Saiz dan Ketebalan Sulam.

Sulam kerawang ini dihasilkan setebal 3 inci. Ketebalan 3 inci ini sangat diminati oleh pelanggan ini yang inginkan rekaan sulaman kerawang dengan gaya yang sederhana. Ia tidak terlalu besar dan juga tidak terlalu simple. Malah, boleh digayakan dalam semua jenis majlis samada formal, tidak formal ataupun majlis-majlis koktel. Kerana ia membawa imej sulam yang sederhana.

Corak Sulam Pucuk Daun Yang Lembut.

Motif Sulur Yang Lembut.

Selain itu, dari segi sulurnya pula, ia telah dihasilkan ringkas dengan membentuk pucuk-pucuk daun yang lembut. Ia tidak meliang liuk tetapi sekadar pelengkap sahaja. Dengan gabungan sulur yang lembut ini, design sulam menjadi amat harmoni apabila digabungjalinkan dengan kuntuman bunga asam batu.

Motif Kerawang Pagar.

Motif Kerawang Sulam.

Malah, kerawang juga turut memainkan peranan penting dalam menjadikan hasil sulaman kerawang kali ini nampak sempurna. Kerawang pagar yang kemas telah digunakan. Hasil keseragaman ini menjadikan design sulaman kerawang kali ini nampak lebih klasik yang membolehkan si pemakai kelihatan lebih ayu dan feminin. Kerawang kali ini dihasilkan secara menyeluruh dengan penghasilan di celahan sulaman bunga asam batu.

Warna Pastel Digunapakai Pada Design Sulam.

Pemilihan Warna Sulam Kerawang.

Warna sulam turut memainkan peranan. Ini kerana setiap mata yang melihat pastinya akan terpegun dengan kesederhanaan hasil sulaman kerawang ayak kali ini. Malah, pemilihan warnanya turut selari dengan trend warna yang digemari ramai iaitu warna pastel. Dengan warna pastel ini, ia menjadikan penampilan seseorang itu nampak lebih sopan dan juga lemah lembut. Itulah cir-ciri yang diidamkan setiap insan yang bergelar wanita.

Teknik Sulam Goyang Yang Digunapakai Ketika Menyulam Ayak.

Teknik Sulam Ayak Goyang.

Bukan itu sahaja, pemilihan penggunaan teknik-teknik sulaman ayak yang betul merupakan faktor yang menjadikan hasil sulaman menjadi lebih menarik. Teknik-teknik seperti bukaan zig zag yang menjadikan hasil sulaman motif bunga asam batu ini lebih cantik dan menarik.

Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.

Sedap Mata Memandang.

Jadi, gabungan motif, warna, jenis kerawang dan ketebalan sulam dalam satu-satu busana memainkan peranan yang penting agar sulaman yang dihasilkan tidaklah nampak terlampau berat oleh si pemakai. Biarlah dengan kemewahan sulaman yang dihasilkan, si pemakai tetap nampak manis dan tidak puas mata yang memandangnya.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Kurung Tradisi Dari Kayangan Heights, Shah Alam, Selangor.

4Justeru, design sulaman kerawang ini amat cantik walaupun tidak dihasilkan bersama sulur ataupun daun yang sentiasa sinonim dengan bunga. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Tradisi.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisi.

Baju Kurung Tradisi Bersulam Kerawang Motif Bunga Asam Batu Dengan Kerawang Pagar.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kurung Tradisi Bersulam Kerawang Motif Bunga Asam Batu Dengan Kerawang Pagar yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Kayangan Heights, Shah Alam, Selangor kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga asam batu pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kurung Tradisi Bersulam Kerawang Motif Bunga Asam Batu Dengan Kerawang Pagar yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461