Sulaman Kerawang Baju Kurung Moden Motif Bunga Telang Dengan Kerawang Cakar Ayam dan Pagar.

Tempahan Sulam Baju Kurun Moden

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung moden untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Gombak, Selangor. Tempahan sulam ini dihasilkan bersama motif kerawang cakar ayam dan pagar.

Sulaman Kerawang Baju Kurung Moden Motif Bunga Telang Dengan Kerawang Cakar Ayam dan Pagar

Sulaman Kerawang Busana Kurung Moden.

Tempahan Kurung Moden Dari Gombak, Selangor.

Pada kali ni, sulaman kerawang baju kurung moden ini adalah permintaan pelanggan dari Gombak, Selangor. Walaupun hanya dihasilkan di bahagian tangan, tetapi hasilnya cukup unik kerana semua motif sulaman perlu ditebuk kerawang sepenuhnya. Itulah yang uniknya kerana keseluruhan sulaman ini ditebuk kerawang mengikut motif yang dihasilkan iaitu motif bunga telang.

Ketebalan Sulam 4 Inci.

Saiz Ketebalan Sulam Ayak Kerawang.

Walaupun dihasilkan di bahagian tangan sahaja, tetapi ketebalan 4 inci menjadikan ia disukai ramai pelanggan kami. Hal ini kerana ia tidak terlampau tebal ataupun sarat dan tidak terlampau nipis yang boleh disamakan dengan biku. Itulah yang menyebabkan ketebalan 4 inci ini boleh dibawa dan sesuai diperagakan ke majlis-majlis formal mahupun tidak formal.

Motif Sulur Yang Meliuk dan Melilit.

Motif Sulur Untuk Tempahan Sulam.

Dari segi motif sulurnya pula, memang kita sedia maklum bahawa sifat bunga dan pokok telang ini sepertimana pokok kekacang yang lain, mempunyai sulur yang meliuk ataupun melilit-lilit. Jadi, sulur yang melilit dan meliuk inilah yang menjadi inspirasi untuk saya menghasilkan sulur bagi sulaman kerawang motif bunga telang ini.

2 Jenis Kerawang iaitu Kerawang Cakar Ayam dan Kerawang Pagar.

Gabungan 2 Motif Kerawang Sulam.

Ya, seperti yang kami jelaskan sebelum ini, bahawa sulaman kerawang pada kali ini sedikit unik kerana keseluruhannya, kami menebuk kerawang dengan jenis motif kerawang iaitu kerawang cakar ayam yang dihasilkan di celahan sulaman motif bunga telang. Manakala dalam motif bunga telang itu sendiri, dihasilkan kerawang berbentuk pagar. Uniknya, ia menggabungkan 2 jenis motif kerawang dalam satu design sulaman yang menyeluruh.

Penggunaan 2 Tona Warna Sulam Dalam Design.

Tona Warna Sulam.

Dari segi, warna sulaman dan kerawangnya, kami hany mengikut citarsa pelanggan yang inginkan 2 tona warna sahaja iaitu ia haruslah senada dengan warna fabrik iaitu kain suteranya. Oleh yang demikian kami hanya menggunakan 2 tona warna yang dominan agar sulaman dan kerawang yang dihasilkan akan tampak lebih cantik dan menyerlah.

Teknik Sulam Ayak Yang Digunakan.

Teknik Sulam Ayak Kerawang.

Dari segi teknik sulaman ayak yang digunakan pula, teknik bukaan zig zag satin sepenuhnya telah digunakan. Hal ini, kerana setiap kerawang turut menggunakan teknik tersebut agar ia nampak lebih kukuh.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Kurung Moden Dari Gombak, Selangor.

Jadi, sulaman kerawang motif bunga telang ini amat menjadikan pelanggan kami sangat berpuas hati kerana keseluruhan design sulaman kerawang ini adalah mengikut citarasa beliau.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Moden.

Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Motif Bunga Telang.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Sulaman Kerawang Baju Kurung Moden Motif Bunga Telang Dengan Kerawang Cakar Ayam dan Pagar yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Gombak, Selangor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga telang pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Sulaman Kerawang Baju Kurung Moden Motif Bunga Telang Dengan Kerawang Cakar Ayam dan Pagar yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461