Baju Kurung Riau Sulaman Kerawang Bunga Teratai dan Bunga Seri Pagi dengan Kerawang Sarang Tebuan.

Tempahan Sulam Baju Kurung Riau

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung riau untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Johor Bharu.

Baju Kurung Riau Bersulam Kerawang Motif Bunga Teratai dan Bunga Seri Pagi
Follow Us On Instagram

Sulaman Kerawang Busana Kurung Riau.

Tempahan Kurung Riau, Johor Bahru.

Pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan untuk pelanggan dari Johor Bahru. Belia mengkehendaki corak sulam dibuat pada baju kurung Riau milik ibunya. Hal ini kerana mereka sekeluarga akan menghadiri majlis yang besar pada awal Disember ini.

Menyulam Motif Bunga Teratai dan Motif Bunga Seri Pagi.

Rekaan Kurung Riau Bersulam.

Jika dilihat pada latar belakang fabrik kurung riau ini, terdapat pelbagai jenis bunga yang dilukis. Ada yang bersaiz besar, sederhana, dan juga bersaiz kecil. Jadi, motif yang menjadi pilihan kami pada kali ini adalah motif bunga Teratai dan motif bunga seri pagi. Jadi, kami gabungkan 2 jenis motif bunga ini pada rekaan sulam baju kurung riau ini.

Menyempurnakan Ketebalan 4 Inci Sulam.

Ketebalan Motif Sulam Pada Kurung Riau.

Dari segi ketebalan sulamnya pula, kami hasilkan sulam dalam saiz yang sederhana iaitu setebal 4 inci. Ia dihasilkan pada tangan baju dan juga pada keliling labuh baju. Pada bahagian labuh baju, dihasilkan sulam kelilingnya bagi menampakkan hasil rekaan sulam yang eksklusif. Dan faktor inilah yang membezakan setiap hasil sulaman kerawang itu apabila dihasilkan secara custom-made dengan hasil sulam yang dihasilkan secara ready-made pada busana.

Sulur Yang Sedikit Meliuk Dihasilkan Pada Rekaan.

Motif Sulur Sulam Pada Kurung Riau.

Walaupun bunga seri pagi mempunyai sulur yang bergulung-gulung, namun pada kali ini sulur tersebut tidak dihasilkan. Kami hanya menghasilkan sulur yang sedikit meliuk yang menyerupai batang Teratai yang lembut. Sebab itulah untuk rekaan sulur sulam pada kali ini, tidak dihasilkan sulur-sulur yang bergulung-gulung.

Motif Kerawang Sarang Tebuan.

Motif Kerawang Sulam Goyang.

Dari segi tebuk kerawangnya pula, saya menggunakan salah satu kerawang motif klasik iaitu kerawang sarang tebuan. Kerawang sarang tebuan menjadi pilihan pelanggan kerana ia lebih nampak kemas dan teratur. Ia dihasilkan pada celahan-celahan motif sulaman kerawang.

Menggunakan Warna Yang Harmoni dan Senada.

Kombinasi Warna Sulam.

Selain itu, penggunaan warna benang pula adalah warna-warna yang harmoni dan senada dengan latar belakang fabrik. Ia amat sesuai kerawan pelanggan ini merupakan seorang nenek yang ssuai dengan warna yang lebih natural dan tidak berserabut dengan latar fabrik. Sebab itulah, warna-warna ini menjadi pilihan dalam menghasilkan rekaan sulaman kerawang pada baju kurung riau motif bunga Teratai dan seri pagi ini.

Teknik Sulam Goyang Yang Digunapakai Ketika Menyulam Ayak.

Teknik Sulam Ayak Goyang.

Teknik sulaman turut memainkan peranan penting dalam penghasilan sulaman kerawang pada kali ini. Teknik-teknik seperti sulam padu satin dan bukaan zig zag dapat menjadikan sulaman kerawang ini timbul dan juga menarik perhatian.

Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.

Sedap Mata Memandang.

Jadi, setiap design rekaan sulaman kerawang dapat dihasilkan dengan cantik sekiranya elemen-elemen seperti motif, warna dan Teknik digabungjalinkan dengan baik. Ia akan menghasilkan rekaan sulam yang cantik di mata yang melihatnya, apatah lagi yang memakainya.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Kurun Riau, Johor Bahru.

Justeru, design sulaman kerawang ini amat cantik walaupun tidak dihasilkan bersama sulur ataupun daun yang sentiasa sinonim dengan bunga. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Riau.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Riau.

Baju Kurung Riau Bersulam Kerawang Motif Bunga Teratai dan Bunga Seri Pagi.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kurung Riau Bersulam Kerawang Motif Bunga Teratai dan Bunga Seri Pagi yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Johor Bahru pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga teratai dan seri pagi pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kurung Riau Bersulam Kerawang Motif Bunga Teratai dan Bunga Seri Pagi yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulam Goyang Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461