Baju Kurung Pahang Bersulam Kerawang Motif Bunga Carnation Dengan Kerawang Cakar Ayam.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung Pahang untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini yang berasal dari Bandar Baru Bangi, Selangor. Tempahan sulam ini dihasilkan bersama kerawang cakar ayam.

Sulaman Kerawang Motif Bunga Carnation Dengan Kerawang Cakar Ayam Pada Baju Kurung Pahang
Follow Us On Instagram

Sulaman Kerawang Busana Kurung Pahang.

Tempahan Kurung Pahang Bersulam Bandar Baru Bangi, Selangor.

Pada kali ini, sulaman kerawang bunga carnation dihasilkan untuk tempahan pelanggan kami. Walaupun pada masa kini, motif bunga carnation ini jarang kami hasilkan, namun hasil sulaman motif bunga carnation ini tidak pernah mengecewakan pelanggan dengan reka bentuknya yang pasti menambat hati.

Hasil Sulaman Kerawang Setinggi 3 Inci.

Rekaan Kurung Pahang Bersulam.

Sulaman kerawang motif bunga carnation ini dihasilkan pada baju kurung Pahang. Ia dihasilkan setinggi 3 inci di bahagian tangan dan juga di bawah keliling baju tersebut. 3 inci merupakan ketebalan saiz sulam yang sederhana yang diminiati ramai pelanggan. Ia termasuklah pelanggan kali ini yang datangnya dari Bandar Baru Bangi, Selangor.

Motif Sulur Paku Pakis Bergerigi.

Motif Sulur Pada Kebaya Kurung.

Sulur sulaman pula, hanya menggunakan sulur paku pakis yang tidak bergulung-gulung sepertimana sulur kekacang. Sulur kali ini, lebih kepada paku pakis jenis tanduk rusa yang hanya bergerigi.

Motif Corak Kerawang Cakar Ayam.

Motif Corak Kerawang Cakar Ayam.

Dari segi corak kerawangnya pula, kami menggunakan kerawang jenis cakar ayam. Hal ini kerana, saya inginkan hasil sulamnya nampak lebih klasik walaupun menggunakan motif bunga moden iaitu bunga carnation. Justeru, ia berkait rapat dan nampak klasik apabila menyatukan sulaman motif bunga carnation sulur paku pakis serta kerawang cakar ayam.

Motif Kerawang Klasik.

Motif Kerawang Sulam.

Walaupun penggunaan motif moden dengan kehadiran kerawang cakar ayam ini akan menampilkan ia lebih mekar segar dan sesuai dipakai dalam majlis-majlis formal ataupun majlis-majlis koktail.

Warna Pastel dan Senada.

Gabungan Warna Sulam Senada.

Oleh kerana perwatakan pelanggan kali ini seorang yang sederhana dan lemah lembut, maka warna-warna pastel dan senada adalah warna yang sangat sesuai dengan perwatakan pelanggan kami kali ini. Walaupun penggunaan warna-warna pastel tetapi ia tetap harmoni dengan warna latar baju kurung Pahang ini, iaitu warna mint biru.

Penggunaan Teknik Satin Sulam.

Teknik Ayakan Sulam.

Selain itu, dari segi Teknik sulaman yang digunakan, kami menggunakan Teknik satin sulam timbul, Teknik cincang dan juga Teknik layangan agar ia nampak lebih natural dan timbul. Tidak lupa juga, setiap kelopak-kelopak kecil dihasilkan bingkai agar ia lebih jelas kelopak-kelopak bunga carnation yang dihasilkan. Itulah yang menjadi kelainan dalam tempahan sulaman kerawang pada kali ini.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang Dari Bandar Baru Bangi, Selangor.

Setiap sudut perlu memainkan peranan agar hasil sulaman kerawang yang dihasilkan berjaya menambat hati pelanggan. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Pahang.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Pahang.

Baju Kurung Pahang Bersulam Kerawang Motif Bunga Carnation.

Itulah sajian foto bergambar Design Sulaman Kerawang Motif Bunga Carnation Dengan Kerawang Cakar Ayam Pada Baju Kurung Pahang yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Bandar Baru Bangi, Selangor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga carnation pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Sulaman Kerawang Motif Bunga Carnation Dengan Kerawang Cakar Ayam Pada Baju Kurung Pahang yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461