Project Description

Sulaman Kerawang Motif Bunga Jasmine Pada Baju Kurung Moden Dengan Kerawang Pagar.

Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung moden untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Kuching, Sarawak.

Sulaman Kerawang Motif Bunga Jasmine Pada Baju Kurung Moden Dengan Kerawang Pagar
Follow Us On Instagram

Sulaman Kerawang Kurung Moden.

Tempahan Sulam Kerawang Kurung Moden dari Kuching, Sarawak.

Sulaman kerawang merupakan aksesori pada busana yang menjadikan ia nampak elegan dan mewah. Ya, pada kali ini, butik sulam kami tampilkan rekaan sulaman kerawang motif bunga jasmine yang dihasilkan pada baju kurung moden.

Sulaman Kerawang Di Keliling Bawah Baju Kurung Moden.

Rekaan Baju Kurung Moden Bersulam.

Kebiasaannya, untuk rekaan baju kurung moden sulaman kerawang ini, ia akan dihasilkan pada hujung tangan dan juga pada hujung labuh baju. Jadi, untuk menampakkan ia ditempah khas, sulaman kerawang yang dihasilkan akan dibuat penuh keliling bawah baju. Bukan sekadar sulam di bahagian hadapan baju sahaja. Itulah antara ciri penting yang menunjukkan sulaman tersebut dihasilkan secara custom-made dan eksklusif untuk pelanggan.

Sulaman Kerawang Setinggi 8 Inci.

Motif Tempahan Sulam Pada Kurung Moden.

Rekaan sulaman kerawang ini adalah dibuat khas untuk pelanggan yang berada jauh di Kuching, Sarawak. Beliau meminta agar design sulaman kerawang dihasilkan setinggi 8 inci pada bahagian tangan dan juga di bahagian bawah baju. Ketinggian 8 inci ini akan menampakkan sulaman kerawang ini kelihatan mewah apabila siap disulam nanti.

Motif Sulam Bunga Jasmine.

Motif Sulam Bunga Jasmine dan Peony.

Oleh kerana pelanggan tersebut tidak mempunyai motif pilihannya sendiri, maka motif bunga jasmine menjadi pilihan kerana ia mempunyai kelopak yang banyak dan sangat cantik apabila disulam. Namun, kelopak bunga jasmine ini tidaklah sebanyak kelopak bunga ros ataupun peony yang juga mempunyai kelopak yang banyak dalam satu-satu kuntum bunga tersebut. Motif bunga jasmine ini sangat menarik kerana ia setanding dengan bunga ros dan peony yang mempunyai banyak kelopak serta mempunyai peminatnya yang tersendiri.

Sambungan Dedaun dan Kuntuman Bunga Sebagai Sulur.

Motif Sulur Sulam.

Maka, pada kali ini sulur yang digunakan hanyalah dengan menyambung dedaun dan kuntuman-kuntuman bunga jasmine sahaja. Ia tidaklah meliang-liuk sebagaimana sulur-sulur yang lembut. Ia sekadar seperti batang-batang sebenar bunga jasmine yang direka bersambungan antara satu sama lain.

Motif Corak Kerawang Pagar.

Kerawang Pagar Menjadi Pilihan.

Ya, kerawang yang digunakan adalah kerawang pagar agar hasil rekaan sulaman kerawang ini nampak lebih klasik. Ini kerana, bentuk pagar adalah antara motif kerawang tradisi yang menjadi pilihan ramai pelanggan sepanjang zaman. Sebab itulah, jika kerawang pagar ini dihasilkan, sulaman pada baju tersebut akan nampak klasik.

Pemilihan Warna Coklat dan Senada.

Tona Warna Sulam.

Oleh kerana latar fabrik bagi kurung moden ini adalah coklat,dan menjadi permintaan pelanggan yang inginkan warna-warna yang sekata, maka pilihan warna sulaman yang senada dan harmoni telah menjadi pilihan dalam rekaan sulaman kerawang pada kali ini. Sebab itulah warna coklat tetap menjadi warna dasar di samping warna-warna yang lembut lain, yang menampakkan hasil rekaan sulaman ini menjadi pastel. Inilah yang menjadi permintaan pelanggan dari Kuching, Sarawak ini.

Teknik Sulam Goyang Ayak Yang Digunakan.

Teknik Sulam Goyang Kerawang.

Selain itu, dari segi teknik yang digunakan pula, ia lebih kepada teknik bukaan zig zag ataupun teknik satin kerana ia akan menjadikan hasil sulaman ini nampak timbul dan menyerlah.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Kurung Moden Dari Kuching, Sarawak.

Jadi, rekaan sulaman kali ini amat memberi kepuasan kepada pelanggan butik sulam kami yang berada jauh di Kuching, Sarawak.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Moden.

Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Motif Bunga Jasmine dan Peony.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Sulaman Kerawang Motif Bunga Jasmine Pada Baju Kurung Moden Dengan Kerawang Pagar yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Kuching, Sarawak pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga jasmine dan peony pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Sulaman Kerawang Motif Bunga Jasmine Pada Baju Kurung Moden Dengan Kerawang Pagar yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Goyang Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461