Sulaman Kerawang Busana Kurung Moden.
Tempahan Sulam Seri Kembangan, Selangor.
Pada kali ini, sulaman kerawang pada baju kurung moden dihasilkan untuk pelanggan dari Seri Kembangan, Selangor. Ia dihasilkan pada bahagian tangan dan juga keliling bawah baju. Cabarannya kali ini, corak dasar fabrik kurung moden ini telah padat berwarna-warni. Jadi, bagaimana kami harmonikannya? teruskan membaca.
Motif Sulam Bunga Peony dan Senduduk.
Design Sulam Goyang Kurung Moden.
Kali ini, corak sulam diambil dari motif bungaan yang terdapat pada latar belakang baju kurung moden tersebut iaitu bunga peony dan juga bunga senduduk. Ini kerana latar belakang baju ini telah dipenuhi dengan corak flora yang pelbagai jenis dan saiz. Oleh itu, corak sulaman kerawang ini telah menggunakan bunga peony dan bunga senduduk. Walau bagaimanapun, corak sulaman ini telah mendapat persetujuan daripada pelanggan dari Seri Kembangan ini.
Ketebalan Sulam Setinggi 4 Inci.
Ketebalan Sulam Goyang Kurung Moden.
Selain itu, ketebalan sulamnya pula dihasilkan setinggi 4 inci. Ia merupakan ketinggian yang sederhana yang menjadi kegemaran para pelanggan kami. Hal ini kerana ketinggian yang sederhana ini biasanya boleh dipakai dalam apa jua majlis ataupun ke pejabat sebagai pakaian harian.
Motif Sulur Paku Pakis dan Daun Senduduk.
Motif Sulur Sulam Kurung Moden.
Pada kali ini, sulur yang digunakan adalah sulur paku pakis dan juga daun senduduk. Ia dapat dilihat sulur paku pakis yang sedikit bergulung pada motif sulaman kerawang kali ini. Begitu juga daun-daun senduduk yang berbentuk tirus turut menghiasi sulaman motif peony dan bunga senduduk ini. Selain daripada sulur, terdapat juga biku 5 lekuk yang dibuat sebagai penghujung sulaman kerawang pada kali ini.
Motif Kerawang Sarang Tebuan.
Motif Kerawang Baju Kurung Moden.
Dalam menampilkan nilai tradisi lama, kerawang sarang tebuan telah dihasilkan untuk menampakkan keaslian atau tradisional dalam motif kerawang baju kurung moden ini. Kerawang sarang tebuan dibuat pada celahan dalam keseluruhan hasil sulaman kerawang. Ia nampak tersusun kemas dan cantik.
Pemilihan Warna Sulam Harmoni.
Adaptasi Warna Sulam.
Selain itu, dalam pemilihan warna benang, turut mengambil kira permintaan daripada pelanggan. Hal ini kerana pelanggan kali ini mahukan warna yang senada dengan warna fabrik baju kurung modennya. Walau bagaimanapun pemilihan warna tetap pilihan warna harmoni agar hasil sulaman kerawang ini sedap mata memandang dan juga menonjol. Ia tidak ditenggelami dengan warna dasar ataupun latar belakang fabrik yang tersedia berwarna-warni. Sebab itulah warna yang dominan sahaja digunakan sebagai warna untuk sulaman kerawang agar ia tidak tenggelam.
Teknik Bukaan Zig Zag.
Teknik Sulam Ayak Yang Digunakan.
Jika dilihat Teknik sulaman juga memainkan peranan penting dalam hasil sulaman kerawang pada kali ini. Ia bertujuan untuk menonjolkan sulaman kerawang agar tidak tenggelam oleh kemeriahan warna yang terdapat pada latar belakang fabrik kurung moden ini. Teknik bukaan zig zag satin yang menjadikan sulaman pada kali ini nampak timbul menjadi pilihan kami. Ia digunakan pada keseluruhan proses mengayak sulam kerawang. Apabila hasil sulaman ini timbul, ia akan lebih menyerlah dan menarik.
Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.
Sedap Mata Memandang.
Jadi walaupun mempunyai latar belakang fabrik yang berwarna-warni dan juga bercorak yang padat, namun, fokus kepada pemilihan motif tertentu turut menjadi sebab terhasilnya sulaman kerawang yang cantik dan menarik. Ini kerana setiap hasil sulaman perlulah timbul dan cantik di mata setiap yang memandangnya. Malah, fungsi sulaman itu sendiri adalah sebagai aksesori pada baju untuk menaikkan serinya.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Baju Kurung Moden.
Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bunga Senduduk.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bunga Senduduk yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Seri Kembangan, Selangor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga peony dan bunga senduduk pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bunga Senduduk yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461