Baju Kurung Riau Batik Sutera Bersulam Kerawang Corak Bunga Daisy dan Tembikai.

Tempahan Sulam Baju Kurung Riau Batik Sutera

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung riau batik sutera untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Negeri Sembilan.

Baju Kurung Riau Batik Sutera Bersulam Kerawang Motif Bunga Dahlia dan Tembikai

Sulam Kerawang Baju Kurung Riau Batik Sutera.

Tempahan Kurung Riau, Negeri Sembilan.

Sulam kerawang pada kali ini dihasilkan pada fabrik sutera batik baju kurung riau. Ia ditempah oleh pelanggan dari Negeri Sembilan. Oleh kerana motif corak pada latar belakang corak batik ini mengandungi pelbagai jenis bunga, maka kami mengambil ilham daripada 2 jenis bunga sahaja yang menjadi corak batik tersebut.

Menghasilkan 2 Motif Bunga Sulam – Dahlia dan Tembikai.

Rekaan Kurung Riau Batik Sutera.

Bunga yang menjadi pilihan adalah bunga dahlia dan bunga tembikai. Walaupun terdapat beberapa lagi motif gabungan bunga, kami hanya menggunakan 2 jenis bunga ini sahaja sebagai motif sulaman pada baju kurung Riau ini. Jadi, motif sulaman kerawang kali ini menggabungkan motif bunga dahlia dan juga bunga tembikai.

3 Inci Ketebalan Sulam Goyang.

Tebal Sulam Goyang.

Dari segi ketebalan sulam goyangnya pula, kami hasilkan sulam sederhana tebalnya iaitu setebal 3 inci sahaja. Ia dihasilkan secara mendatar pada bahagian tangan dan juga pada keliling bawah baju. Atas permintaan pelanggan yang sememangnya seorang yang sukakan kesederhanaan dalam bergaya. Di mana beliau sukakan imej minimalis namun tetap anggun. Sebab itulah sulaman goyang kerawang pada kali ini dihasilkan sebegitu bagi memeunhi citarasa pelanggan dari Negeri Sembilan ini.

Sulur Tembikai Yang Menggulung.

Motif Sulur Kurung Riau.

Corak sulurnya pula sepertimana sulur tembikai yang sedikit bergulung. Ditambah dengan daun-daun yang bergerigi sepertimana daun tembikai. Daun dan sulur ini dapat dilihat jelas pada keseluruhan sulaman kerawang di bahagian tangan mahupun di bahagian bawah baju.

Motif Kerawang Cakar Ayam.

Motif Kerawang Sulam.

Selain itu, corak kerawang pada kali ini adalah kerawang cakar ayam. Kerawang cakar ayam ini merupakan kerawang tradisi yang menjadi kegemaran para pelanggan butik sulam kami. Sebab itulah pada kali ini juga, kerawang cakar ayam menjadi pilihan pada baju batik sutera ini.

Penggunaan Warna Yang Senada dan Harmoni.

Pemilihan Warna Benang Sulam.

Dalam pemilihan warna, pihak pelanggan inginkan warna yang senada dan harmoni digunakan agar ia sedap apabila dipandang. Jadi, warna yang dipillih adalah kombinasi warna komplimentari yang senada dan harmoni. Ia menjadikan keseluruhan baju batik sutera ini nampak cantik dan berseri.

Teknik Sulam Goyang Yang Digunapakai Ketika Menyulam Ayak.

Teknik Sulam Ayak Goyang.

Dari segi pemilihan Teknik sulamannya pula, Teknik sulam padu cincang lebih banyak digunakan berbanding dengan Teknik bukaan zig zag. Ini kerana ruang ataupun saiz motif adalah kecil yang menjadikan ia sukar jika Teknik bukaan zig zag digunakan. Namun, Teknik bukaan zig zag lebih kepada penghasilan border bagi keseluruhan motif sulaman pada kali ini.

Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.

Sedap Mata Memandang.

Jadi, gabungan motif, warna, jenis kerawang dan ketebalan sulam dalam satu-satu busana memainkan peranan yang penting agar sulaman yang dihasilkan tidaklah nampak terlampau berat oleh si pemakai. Biarlah dengan kemewahan sulaman yang dihasilkan, si pemakai tetap nampak manis dan tidak puas mata yang memandangnya.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Baju Kurung Riau Batik Sutera Dari Negeri Sembilan.

Justeru, design sulaman kerawang ini amat cantik walaupun tidak dihasilkan bersama sulur ataupun daun yang sentiasa sinonim dengan bunga. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural. Setiap Teknik, corak mahupun motif sulam dan juga warna benang perlu memainkan peranan masing-masing dan seimbang agar penghasilan sulaman kerawang nampak kemas, cantik dan menarik pada mata yang memandangnya.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Riau.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Riau Batik Sutera.

Baju Kurung Riau Batik Sutera Bersulam Kerawang Motif Bunga Dahlia dan Tembikai.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kurung Riau Batik Sutera Bersulam Kerawang Motif Bunga Dahlia dan Tembikai dengan Kerawang Cakar Ayam yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Negeri Sembilan pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga dahlia dan tembikai pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kurung Riau Batik Sutera Bersulam Kerawang Motif Bunga Dahlia dan Tembikai yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Design Baju Kebaya Fish Tail Bersulam Kerawang Motif Bunga Peony dan Bakawali

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461