Tempahan Sulam Kerawang Busana Kebaya Songket Pengantin.
Busana Kebaya Songket Pengantin.
Pada kali ini, sulam kerawang dihasilkan di atas kain songket untuk pengantin. Busana songket kali ini adalah busana kebaya tradisi yang dimodenkan dengan penggunaan zip di bahagian hadapan lidah baju kebaya songket ini. Dengan rona putih salju, ia amat sinonim dengan majlis akad nikah untuk pengantin.
Motif Sulaman Kerawang Ros Desa Busana Kebaya Songket Pengantin.
Busana Kebaya Songket Pengantin.
Ya, sulaman kerawang motif ros desa ini dihasilkan pada hujung tangan, depan baju kebaya dan belakang baju kebaya. Di bahagian lidah baju kebaya ini pula, ia tidak boleh disulam disebabkan terdapat zip yang telah siap dijahit pada bahagian depan baju kebaya ini. Jika tiada zip, pastinya sulam dapat dihasilkan pada bahagian lidah busana kebaya songket pengantin ini.
Saiz Ketebalan Sulam Kerawang Untuk Kebaya Songket Pengantin.
Busana Kebaya Songket Pengantin.
Manakala di bahagian hujung tangan, sulaman kerawang dihasilkan setebal 7 inci. Dan di bahagian belakang busana kebaya songket ini pula, dihasilkan sulam setebal 6 inci. Serta di bahagian hadapan baju, sulaman dihasilkan secara menyerong setinggi 16 inci. Sebab itulah hasil design tempahan sulaman kerawang pada kali ini nampak mewah dan padat.
Bentuk Kerawang Pucuk Rebung.
Koleksi Busana Kebaya Songket Pengantin.
Jika dilihat pada bahagian tangan, sulam kerawang ini dihasilkan berbentuk pucuk rebung ataupun membukit. Selain ia nampak penuh di bahagian tangan, ia juga akan menampakkan tangan busana tersebut sedikit runcing. Hasilnya nampak lebih mewah dan berseri di bahagian tangan si pengantin nanti. Dengan ketinggian 7 inci di bahagian puncaknya, lebaran sulam ini adalah 4 inci di sebelah kiri dan kanan untuk membentuk segi tiga ini. Jika diamati betul-betul, rekaan pucuk rebung ini dibuat membulat seperti awan larat yang bersambungan antara satu sama lain.
Corak Kerawang Setebal 6 Inci Dihasilkan Mendatar.
Koleksi Busana Kebaya Songket Pengantin.
Di bahagian belakang baju, corak sulaman kerawangnya dihasilkan mendatar setebal 6 inci. Pergerakan sulaman yang dihasilkan adalah selari yang berulang-ulang. Sebab itulah hasil sulaman yang dibuat nampak seragam. Selain itu, di bahagian hadapan busana kebaya songket pengantin ini, sulam dihasilkan secara tebal dengan keduudkan menyerong. Ia membolehkan sulaman kerawang nampak penuh dan mewah apabila dipakai oleh si pengantin nanti.
3 Jenis Design Ros Desa Yang Dipamerkan Pada Busana.
Koleksi Busana Kebaya Songket Pengantin.
Jika dilihat dari segi sulaman kali ini, keseluruhannya mempamerkan bunga ros desa. Terdapat 3 jenis bunga ros desa yang dihasilkan dalam 3 saiz yang berbeza. Antaranya ialah, kudup ros, ros yang sedang mengembang dan ros yang mengembang sepenuhnya. Sebab itulah jika dilihat, terdapat 3 peringkat atau saiz yang berbeza menghiasi sulaman kerawang pada kebaya songket kali ini.
Motif Sulur Kekacang Menghiasi Busana Pengantin.
Koleksi Sulam Busana Pengantin.
Selain motif ros desa, sulur yang digunakan pula dalah sulur kekacang. Namun, sulur kekacang ini hanya dihasilkan di celahan timbunan daun bunga ros desa. Sulur-sulur ini bersaiz sederhana kecil iaitu tidak terlalu kecil apabila dipadankan dengan motif-motif dedaun dan juga bunga ros desa ini. Walaupun penghasilan daunnya adalah padat dan sedikit bergerigi, ia disesuaikan dengan sulur kekacang ini supaya tampak lebih kemas dan menarik.
Motif Kerawang Daun.
Koleksi Sulam Busana Pengantin.
Ya, atas permintaan pelanggan sendiri yang mahukan kerawang berbentuk daun, maka kami tampilkan rekaan kerawang daun kecil dan padat di celahan motif sulaman bunga ros desa ini. Hal ini kerana, ia dibuat khas untuk pelanggan kali ini untuk dipakai di hari pernikahannya nanti. Jika sekali imbas, dilihat bagaikan sekelompok ros desa yang berada di atas rimbunan daun-daun kering. Itulah tercetusnya rekaan sulaman motif bunga ros desa ini kerana pelanggan memberikan ilham mengikut citarasanya yang inginkan kelainan dalam majlis pernikahannya nanti.
Penggunaan Warna Sulaman Senada Dengan Fabrik Songket.
Koleksi Sulam Busana Kebaya Pengantin.
Oleh kerana fabrik songket ini berwarna putih salju dan perak, maka kami hasilkan sulaman yang berwarna kelabu, krim dan putih salju serta hijau epal muda. Ia bertujuan untuk menaikkan seri sulaman ini sendiri walaupun warna sulam dan fabrik dalam keadaan senada. Hasil gabungan warna-warna di atas, ia telah menghasilkan warna sulaman yang cantik dan lebih natural dengan warna fabrik songket kebaya tradisi pengantin ini.
Teknik Sulaman Ayak Yang Digunapakai Untuk Menyulam.
Koleksi Sulam Busana Kebaya Pengantin.
Dari segi teknik sulamannya pula, kami masih menggunakan keseluruhan bingkai kecil di setiap motif sulam dengan zig-zag halus. Apabila dihasilkan bingkai yang membentuk motif-motif sulaman, ia nampak lebih cantik dan kemas. Apatah lagi apabila digabungkan dengan teknik layangan dan cincang padat pada kelopak bunga dan daun.
Fesyen Sulam Baju Kebaya Songket Pengantin 2020.
Baju Kebaya Pengantin 2020.
Jadi, songket yang bersulam ini nampak lebih eksklusif dan sangat cantik dengan nilai-nilai tradisi. Ia menyerlahkan sesaiapa sahaja yang memakainya. Apatah lagi apabila ia dipakai oleh raja sehari. Pengantin akan kelihatan amat cantik dan berseri.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Baju Kebaya Tradisonal Sulam.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada sulam kebaya songket pengantin sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Sulam Baju Kebaya Songket Pengantin.
Koleksi Sulam Baju Kebaya Pengantin Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar baju kebaya songket pengantin bersulam yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam koleksi baju kebaya songket pengantin kami pada kali ini.
Jika anda berminat dengan design sulam baju kebaya songket pengantin yang bermotif sulam corak bunga ros desa dan kerawang daun di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461