Kurung Tradisi Bersulam Kerawang Motif Bunga Jasmine Dengan Kerawang Pagar.

Tempahan Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisi.

Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada kurung tradisi untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Selayang, Selangor.

Kurung Moden Pendek Bersulam Kerawang

Sulaman Kerawang Busana Kurung Tradisi.

Tempahan Kurung Tradisi Bersulam Selayang.

Bunga jasmine ataupun bunga melur merupakan motif bunga yang idgemari ramai. Namun, agak lama saya tidak menggunakan motif bunga jasmine kerana sering menggunakan motif ros. Jadi motif bunga jasmine ini sekali imbas ia menyerupai motif bunga ros tetapi ia sedikit berlainan. Ini kerana kelopak bunga jasmine ini sedikit membulat berbanding dengan motif bunga ros. Walau bagaimanapun, keunikan bunga jasmine ini dapat membezakan ia dengan bunga-bunga yang lain walaupun mempunyai kelopak yang berlapis-lapis.

Sulam Dihasilkan Pada Hujung Tangan dan Keliling Baju.

Rekaan Kurung Tradisi Bersulam Ayak.

Kali ini, sulaman kerawang motif bunga jasmine ini dihasilkan pada baju kurung tradisi. Ia dihasilkan pada hujung tangan dan keliling labuh baju. Sulaman kerawang motif bunga jasmine ini nampak eksklusif kerana dihasilkan penuh sekeliling. Inilah yang membezakan sulaman kerawang yang dihasilkan secara custom made.

Ketebalan Design Sulam Adalah 4 Inci.

Ketebalan Saiz Sulam Ayak Kerawang.

Atas permintaan pelanggan, design sulaman kerawang bunga jasmine atau melur ini dihasilkan setebal 4 inci di bahagian tangan dan juga 4 inci di bahagian keliling bawah baju. Hal ini disebabkan penempah sulam ini inginkan sulaman yang sederhana tetapi menyerlah. Ini kerana penempah merupakan seorang yang ringkas dan inginkan keselesaan. Oleh kerana itu, ketinggian sulaman 4 inci ini amat sesuai bagi mereka yang tidak mahu terlampau tinggi dan sederhana design sulamannya.

Sulur Penggantin Motif Daun.

Motif Corak Sulam Tradisi.

Oleh kerana daun bunga jasmine merupakan dari jenis flora yang membulat, maka saya gantikan himpunan daun-daun ini pada keliling bunga-bunga jasmine agar ia membentuk sulur yang cantik. Jelas kelihatan di sini, rekaan daun-daun yang merimbun ini berjaya menjadikan hasil sulaman motif bunga jasmine ini lengkap walaupun ketiadaan sulur yang menghubungkannya.

Motif Kerawang Bentuk Pagar.

Motif Kerawang Sulam.

Bagi menampakkan hasil sulaman motif bunga jasmin ini klasik, maka corak kerawang yang digunakan adalah kerawang pagar. Ini kerana kerawang pagar akan menampakkan hasil sulaman ini lebih kalsik. Ia amat sesuai kerana sulaman kerawang motif bunga jasmine ini dihasilkan pada baju kurung tradisi.

Penggunaan Warna Senada Dengan Latar Fabrik.

Warna Benang Sulam.

Jika dilihat dengan teliti, ia menampakkan sulaman kerawang yang dihasilkan lebih menyerlah daripada latar belakang warna fabrik. Namun, sebenarnya warna yang digunakan adalah senada dengan warna-warna fabrik. Cuma, pengolahannya sahaja yang berlainan. Sebab itulah ia nampak lagi menyerlah. Perkara ini juga merupakan permintaan daripada penempah yang inginkan warna pada fabrik digunakan secara total untuk rekaan sulamannya. Jadi, bagi memenuhi permintaan penempah, kami menggunakan warna yang sama dan hanya mengolahkan sahaja dari sudut yang berbeza. Hasilnya, ia menjadi cantik dan menyerlah.

Teknik Sulam Ayak Yang Digunapakai.

Teknik Sulam Ayak Kerawang Mesin.

Teknik sulaman yang betul dan sesuai digunakan merupakan satu perkara yang penting dalam mempercepatkan kerja-kerja penyulaman dan menjadikan hasilnya nampak eksklusif. Bukaan zig zag dengan Teknik satin ini menjadikan sulaman nampak lebih timbul dan diikuti dengan border pada setiap kelopak bunga jasmine. Ini membuahkan hasil rekaanya lebih natural dan hidup. Inilah merupakan salah satu kunci dalam menghasilkan sulaman yang eksklusif dan cantik.

Alah Membeli, Menang Memakai.

Tempahan Sulam Kurung Tradisi Dari Selayang, Selangor.

Jadi, sulaman kerawang motif bunga jasmine ini amat cantik dan menepati citarasa pelanggan. Hasilnya, pelanggan amat berpuashati dengan rekaan dan kualiti sulaman hasil ayak mesin manual ini.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Sulam Baju Kurung Tradisi.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Design Sulam Kerawang Baju Kurung Tradisi.

Tempahan Sulaman Kerawang Baju Kurung Tradisi Motif Bunga Jasmine Dengan Kerawang Pagar.

Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Sulaman Kerawang Baju Kurung Tradisi Motif Bunga Jasmine Dengan Kerawang Pagar yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Selangor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga jasmine pada kali ini.

Jika anda berminat dengan Design Tempahan Sulaman Kerawang Baju Kurung Tradisi Motif Bunga Jasmine Dengan Kerawang Pagar yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

@butik.sriclassic Kurung Tradisi Bersulam Kerawang Motif Bunga Jasmine Dengan Kerawang Pagar #butiksriclassic #sulamkerawanggoyang #sulamgoyang #pengantinviral ? original sound – butiksriclassic

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461