Jika anda menerima tempahan langsir, apa yang perlu anda lakukan? Terus mengukur, terus membeli kain langsir atau terus memikirkan designnya? Jika anda menghadapi jalan buntu untuk memulakan proses menghasilkan tempahan langsir anda, sila ikuti panduan di bawah, di mana saya telah menggariskan 3 faktor penting yang perlu diambil kira sewaktu menerima tempahan langsir.
Faktor Pertama – Mengetahui Kategori Tempahan Langsir
Tempahan jahitan langsir kini bukan lagi menjadi masalah kepada isi rumah. Terdapat pelbagai jenis langsir yang boleh didapati dalam pasaran hari ini. Sama ada ia sudah tersiap sedia ataupun langsir yang ditempah khas bagi memenuhi cita rasa setiap individu. Malah, terdapat juga beberapa jenis langsir yang menjadi minat para pelanggan. Jadi anda perlu mempersiapkan diri dan “up to date” dengan design dalam kategori tempahan langsir yang “hot” dari semasa ke semasa.
Antara jenis langsir yang diminiti, boleh dikategorikan kepada 3 bahagian utama aiitu:-
- Langsir dengan gaya santau / tradisional;
- Langsir dengan gaya moden; dan
- Langsir dengan gaya eksklusif lagi mewah.
Jika pelanggan anda sukakan konsep minimalis, tempahan langsir gaya moden pastinya menjadi pilihan utama anda. Antaranya konsep bidai yang lebih santai tetapi elegan dengan gaya moden seperti langsir roman blind. Persoalannya ialah bagaimana untuk memulakan proses menjahit tempahan langsir ini? Perkara ini akan dibincangkan di bawah.
Faktor Kedua- Mengetahui Citarasa Pelanggan Yang Menempah Langsir.
Terdapat beberapa cara yang boleh anda pilih untuk menyiapkan sebarang tempahan langsir. Secara umumnya, terdapat 3 cara yang boleh dijadikan panduan kepada anda:-
- Pertamanya, anda perlu tahu konsep yang ingin diketengahkan. Sama ada konsep tempahan langsir moden, eksklusif atau tradisional.
- Keduanya, anda ingin menggunakan rod bulat ataupun rod bersegi dalam menghasilkan langsir.
- Ketiganya, bajet yang diperuntukkan oleh pelanggan untuk tempahan langsir mereka.
Jadi, ketiga-tiga perkara di atas perlu diambil kira sebelum anda menerima tempahan langsir daripada pelanggan anda.
Faktor Ketiga – Mengkur Secara Tepat Untuk Setiap Tempahan Langsir Anda.
Ya, selain itu juga, anda perlu mengetahui serba sedikit cara untuk mengukur kain langsir ini. Ini kerana ukuran kain langsir ini perlulah diambil secara tepat bagi mendapatkan ukuran langsir yang cantik.
Antara ukuran langsir yang perlu diambil kira adalah:-
- Ukuran bagi langsir bidai ataupun roman blind.
- Ukuran bagi langsir yang menggunakan rod kayu.
- Ukuran langsir yang tidak mempunyai rod.
- Langsir yang mempunyai banyak layer.
Hal ini kerana, setiap ukuran yang diambil adalah berbeza. Jadi, anda perlu memastikan setiap ukuran yang diambil adalah tepat.
Praktikkan Ketiga-Tiga Faktor Sewaktu Menerima Tempahan Langsir.
Ya, ketiga-tiga faktor di atas merupakan cabang kepada anda sebagai persediaan awal sewaktu menerima tempahan langsir dari pelanggan anda. Ini kerana, sekiranya ketiga-tiga faktor di atas tidak diambil kira dan diabaikan, pastinya anda akan mengeluarkan belanja yang besar dalam menghasilkan tempahan langsir pelanggan anda. Dan adakalanya, upah yang anda terima terpaksa menaggung kesalahan yang anda lakukan hasil daripada kelalaian anda sewaktu mengendalikan ketiga-tiga faktor di atas.
Untuk itu, pastikan anda bijak merancang dalam menerima tempahan langsir pelanggan anda.