Baju Kurung Moden Sulam Corak Bunga Ros.
Koleksi Sulam Kurung Moden Terkini.
Pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan pada baju kurung moden. Ia dibuat di bahagian hujung lengan dan juga di keliling labuh baju. Walaupun tangan baju ini berzip, sulaman masih boleh dihasilkan di bahagiannya dengan membuka keseluruhan zip di tangan. Zip ini akan disambung semula selepas proses menyulam kerawang selesai dilakukan.
Corak Sulam Setebal 3 Inci.
Koleksi Sulam Kurung Moden Terkini.
Sulaman kerawang pada kali ini dihasilkan setebal 3 inci pada hujung lengan dan juga pada keliling labuh baju. Bentuk sulamannya pula dihasilkan seperti bentuk pucuk rebung yang kecil-kecil sepanjang sulaman kerawang tersebut. Jika diperhatikan susunan bunga-bunga ros ini, ia disusun agar membentuk seperti segitiga dengan ketinggian 3 inci.
Motif Daun Kekacang pada Sulur.
Koleksi Sulam Kurung Moden Terkini.
Selain itu, pada corak sulur pula, motif daun kekacang digunakan untuk memberi kelainan pada corak sulaman kerawang. Hal ini kerana pada kebiasaan sulaman yang dihasilkan dengan motif bunga ros, motif daun yang lebar serta bergerigi akan dipadankan padanya. Ia menyamai bentuk asal bunga ros tersebut yang mempunyai daun yang lebar serta bergerigi. Akan tetapi, pada motif sulaman kerawang kali ini, gandingan sulur dan daun kekacang berjaya memberi kelainan pada hasil sulaman baju kurung moden corak sulam kerawang motif bunga ros ini.
Motif Bunga Ros Dilukis Berlainan.
Koleksi Sulam Kurung Moden Terkini.
Bahkan bukan itu sahaja, motif bunga ros yang dilukis berasingan pada setiap kelopak bunga turut memberi kelainan pada lukisan motif ros ini. Ini kerana bingkai yang memecahkan satu kelopak dengan kelopak yang lain telah menyerlahkan lagi seni hasil sulaman kerawang pada baju kurung moden kali ini.
Bukaan Zig Zag Pada Kelopak Ros.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.
Bukaan zig zag pada setiap kelopak bunga ros ini juga telah berjaya menampakkan hasil sulaman baju kurung moden ini nampak lebih timbul. Ia juga diserikan lagi dengan kaedah cincang pada setiap kelopak bunga ros. Dan ia berjaya menjadikannya kelihatan lebih timbul seperti 3D.
Warna Kontra Pada Kelopak Ros.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.
Kombinasi warna yang kontra pada kelopak bunga ros ini juga memberikan hasil sulaman lebih hidup dan semulajadi. Ini kerana, ia timbul dan nampak lebih kemas.
Gabungan Teknik Ayak Sulam.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.
Oleh itu, setiap sulaman yang dicampur-adukkan dengan teknik ayak cincang dan zig zag akan mampu menghasilkan corak sulaman kerawang yang lebih cantik dan timbul. Malah, ia kelihatan lebih eksklusif kerana motif sulamannya adalah motif bunga yang seakan sama dengan latar corak baju kurung moden terkini yang diberikan oleh pelanggan.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaa dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada rekaan corak sulaman kerawang baju kurung moden Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Baju Kurung Moden Sulam Corak Bunga Ros.
Koleksi Kurung Moden Sulam Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar tempahan sulam baju kurung moden corak sulam kerawang motif bunga ros yang telah dihasilkan untuk tempahan kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam ayak kerawang pada kali ini.
Jika anda berminat dengan design baju kurung moden sulam di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461