Sulaman reben sebenarnya amat mudah dan tidak perlu penelitian ataupun kesabaran yang tinggi dalam menghasilkannya. Cuma apa yang perlu dititik beratkan dalam setiap rekaan sulaman reben ini adalah motif ataupun design yang ingin dipersembahkan.
Pelbagai Sumber Untuk Mendapatkan Ilham Rekaan Sulaman Reben
Pembelajaran tentang corak yang ingin dihasilkan dalam sulam reben ini boleh didapati daripada pelbagai sumber seperti flora, fauna, dan daripada pembacaan yang boleh dijadikan panduan untuk menghasilkan motif sulam reben sendiri.
Motif Rekaan Reben Yang Diminati
Namun, jika kita lihat motif yang sering menjadi minat individu dalam setiap rekaan sulaman reben ini adalah motif bunga ros. Sama ada ia kecil, besar atau sederhana saiznya bunga ros menjadi motif utama dalam setiap rekaan corak sulam reben. Malahan, pelbagai rekaan sulaman reben seperti kudup bunga, bungaan mekar dan bungaan kembang ditampilkan dengan pelbagai gaya dan corak pada sulaman reben.
Hal ini mungkin dipengaruhi oleh pengaruh Eropah yang menjadikan motif bunga ros sebagai motif utama mereka dalam menghasilkan sulaman reben ini.
Pelajari Kaedah Sulaman Reben Dengan Mudah
Semudah 1,2, dan 3 sulaman reben ini boleh dipelajari oleh mereka yang berminat tanpa mengira had umur. Seawal 7 tahun juga boleh jika anak kecil tersebut minat dalam bidang sulaman reben. Jika kita sebagai orang dewasa tertumpu kepada dekorasi dalam rumah, mungkin penglibatan anak-anak tadi dalam sulaman reben ini lebih tertumpu kepada bingkai-bingkai gambar yang boleh dijadikan hiasan dinding yang cantik.
Pokok pangkalnya walaupun ia sangat mudah dipelajari, namun minat amat penting dalam menghasilkannya. Jika tidak, corak sulaman reban anda tidak dapat dihasilkan dengan cantik.
Selamat Mencuba!
Ikhlas,
Syahida Ramli,
Pengasas Butik Sulaman & Akademi Sri Classic Collection
Moderator Online Courses di akademi2u.com