Tempahan Baju Kurung Sulam Kerawang Motif Bunga Orkid Kerawang Daun.
Tempahan Baju Kurung Sulam.
Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang baju kurung dengan kerawang daun untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Kayangan Heights, Shah Alam, Selangor.
Tempahan Baju Kurung Sulam Kerawang.
Tempahan Sulam Shah Alam.
Pada kali ini, sulaman yang dihasilkan adalah khas untuk pelanggan dari Kayangan Heights, Shah Alam Selangor. Sebenarnya, saya agak teruja kerana dapat menghasilkan sulaman pada kali ini disebabkan motif yang dihasilkan merupakan motif yang ada pada latar belakang baju kurung moden ini.
2 Jenis Bunga Orkid Untuk Motif Sulaman.
Motif Corak Sulaman.
Sebenarnya,terdapat 2 bentuk ataupun 2 jenis bunga orkid yang menjadi dasar utama sulaman kerawang kali ini. Salah satunya dibentuk membulat dan sedikit lebar kelopaknya. Dan yang satu lagi, ia seakan-akan seperti motif bunga magnolia ataupun bunga kenanga. Ini kerana, kelopaknya yang sedikit tertutup. Oleh yang demikian, jika dilihat pada keseluruhan motif bunga orkid ini, terdapat ranting dan debunga orkid yang dilukis bagi memenuhi ruangan sulaman pada baju kurung moden ini.
Ketebalan Sulaman Adalah 4 Inci.
Saiz Ketebalan Sulaman.
Selain daripada itu, sulaman kerawang motif bunga orkid ini dihasilkan seperti mana permintaan pelanggan iaitu setebal 4 inci. Di sini, dilihat, ketebalannya sekata melintang yang menampakkan keseluruhannya tebal dan mewah.
Ketebalan Sulaman Dihasilkan Melintang dan Sekata.
Kedudukan Saiz Ketebalan Sulaman.
Mengapa ia dihasilkan melintang dan sekata? Hal ini disebabkan rupa orkid ini secara semula jadinya tidak mempunyai batang ataupun sulur yang meliang-liuk. Justeru, sulaman kali ini lebih natural dengan hanya melukis bunga orkid yang mekar bersama dengan kudupnya sahaja.
Gabungan Motif Sulam Bunga Orkid.
Motif Sulam Flora.
Gabungan bunga-bunga orkid ini, berjaya menjadikan sulaman kali ini sedap pada mata sesiapa yang memandang. Ia tidak terlampau mewah dan juga tidak terlampau simple. Malah, jika ia dipakai dalam sebarang majlis pun sama ada majlis formal, tidak formal, santai atau sebagainya, ia tetap manis dipandang mata.
Sesuai Diperagakan Dalam Apa Jua Majlis.
Design Sulaman Kerawang Baju Kurung.
Dari segi ketebalan sulamnya pula, ia tergolong daripada sulam yang sederhana tebalnya. Iaitu tidak terlampau tebal dan tidak terlampau nipis. Ketebalan untuk sulaman kali ini adalah 4 inci. Sebab itulah, ia sesuai dipakai dalam apa jua majlis ataupun keadaan sekalipun.
Sulur Berbentuk Abstrak Pada Celahan Motif Sulam Orkid.
Corak Sulur Sulam.
Oleh sebab tiada sulur semula jadi dihasilkan, hanya sulur berbentuk abstrak sahaja digabungkan agar hasil sulaman motif bunga orkid ini lebih harmoni. Ia diletakkan di bahagian celahan-celahan orkid yang menyambungkan antar satu kelopak bunga orkid dengan kelopak bunga orkid yang lain.
Pemilihan Motif Kerawang Daun.
Motif Corak Kerawang.
Selain itu, pemilihan kerawang berbentuk daun adalah tepat disebabkan dalaman motif orkid ini dibuat tanpa sehelai daun. Jadi, eloklah kiranya kerawang daun dihasilkan dengan menampakkan motif bunga orkid seolah-olah diletakkan atas himpunan daun-daun kering. Ia sangat harmoni. Sebab itulah pemilihan motif atau corak kerawang juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan sulaman kerawang pada keseluruhannya.
Pemilihan Warna Terang Yang Harmoni.
Warna Benang Sulam Yang Digunakan.
Jika dilihat pada latar fabrik ini adalah warna gelap. Sekali dipandang, ia nampak hijau lumut gelap dan apabila dipandang untuk kedua kalinya ia adalah warna hitam. Oleh itu, pemilihan warna yang sesuai perlu diambil kira agar hasil sulaman motif bunga orkid ini tidak kusam. Sebab itulah, warna yang ditampilkan adalah warna-warna terang yang harmoni agar ia menyerlahkan hasil sulaman dan tetap nampak manis apabila dipakai oleh pelanggan. Malahan, warna-warna yang digunakan adalah daripada latar belakang warna fabrik itu sendiri. Sebab itulah hasilnya nampak harmoni dan cantik.
Teknik Sulam Ayak Yang Diguna pakai.
Kaedah Menyulam Ayak Kerawang.
Dari segi teknik yang digunakan adalah bukaan zig zag sepenuhnya. Walaupun menggunakan tona warna yang berbeza, ia tetap menggunakan teknik sulaman ayak yang sama iaitu teknik bukaan zig zag. Dengan ini, hasil rekaan sulamannya akan nampak lebih timbul dan menarik.
Alah Membeli, Menang Memakai.
Tempahan Sulam Baju Kurung Dari Kayangan Heights, Shah Alam.
Justeru, design sulaman kerawang ini amat cantik walaupun tidak dihasilkan bersama sulur ataupun daun yang sentiasa sinonim dengan bunga. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Baju Kurung Sulam.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Baju Kurung.
Tempahan Baju Kurung Sulam Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kurung Sulam yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga orkid dan kerawang daun pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kurung Sulam Motif Bunga Orkid Kerawang Daun yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461