Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Motif Abstrak Dengan Kerawang Pagar dan Daun.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.
Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung moden untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Gombak, Selangor. Tempahan sulam ini dihasilkan bersama kerawang pagar dan daun.
Sulaman Kerawang Busana Kurung Moden.
Tempahan Kurung Moden, Gombak, Selangor.
Pada kali ini, sulaman kerawang motif abstrak yang dihasilkan pada baju kurung moden pelanggan dari Gombak, Selangor. Motif kali ini adalah sepenuhnya menggunakan design yang ditentukan oleh pelanggan, iaiatu mtif abstrak. Malah, sulaman ini nampak unik kerana keseluruhan motif sulaman pada kurung moden ini dihasilkan kerawang.
Hasil Sulaman Kerawang Setinggi 4 Inci.
Rekaan Kurung Moden Bersulam.
Sulaman kerawang motif abstrak ini dihasilkan setinggi 4 inci dan rekaannya berbentuk pucuk rebung. Bentuk pucuk rebung ini menyerupai bentuk 3 segi seperti gunung ataupun bukit. Dengan bentuk pucuk rebung ini, ia dapar menjadikan tangan si pemakai akan nampak lebih runcing dengan design sulaman yang penuh.
Sulur Bergulung-Gulung.
Motif Sulur Pada Kurung Moden.
Jika dilihat satu persatu design sulaman motif abstrak ini, ia banyak menggunakan sulur yang bergulung-gulung bebentuk paku pakis, dan juga dedaun yang memanjang. Sekali tengok ia dipengaruhi oleh budaya nusantara yang lebih kepada motif alam semulajadi walaupun sulamannya bermotifkan abstrak.
Kerawang Pagar dan Daun Di Setiap Hasil Sulaman.
Motif Corak Kerawang Pada Tempahan.
Malah, sudah dijelaskan tadi bawah kerawangnya bukan setakat dihasilkan di bahagian celah-celah motif tetapi dihasilkan juga dalam setiap urat-urat motif abstrak. Ia melibatkan kerawang pagar dan juga kerawang daun pada keseluruhan sulaman kerawang motif abstrak ini.
Penggunaan 2 Tona Warna.
Penggunaan Warna Sulam.
Selain itu, atas permintaan pelanggan, kami hanya menggunakan 2 warna sahaja untuk menghasilkan design sulaman kerawang ini secara kesleuruhannya. Oleh itu, warna yang dominan digunakan untuk menentukan keseluruhan design sulaman kerawang motif abstrak ini. Hal ini akan menampakkan hasilnya cantiuk dan elegan dalam rekaan abstrak sederhana.
Teknik Menyulam Ayak Yang Diguna Pakai.
Teknik Menyulam Ayak.
Jika kita perhatikan, Teknik sulam yak yang dignakan untuk menghasilkan sulaman kerawang motif abstrak ini, adalah Teknik satin sulam padu. Di mana, Teknik satin sulam padu ini digunakan sepenuhnya dalam menghasilkan design sulaman kerawang ini. Di bahagian celahan kerawang juga turut menggunakan sulam satin agar celahan-celahan kerawang akan nampak timbul, teletak dan juga cantik.
Alah Membeli, Menang Memakai.
Tempahan Sulam Kurung Moden Dari Gombak, Sealngor.
Oleh itu, dapat diperhatikan bahawa sulaman kerawang motif abstrak pada baju kurung moden untuk pelanggan dari Gombak, Selangor ini benar-benar tampak cantik, menarik dan elegan.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Kurung Moden.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Kurung Moden.
Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Motif Abstrak Dengan Kerawang Pagar dan Daun.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Motif Abstrak Dengan Kerawang Pagar dan Daun yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Gombak, Johor pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif abstrak pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Kurung Moden Bersulam Kerawang Motif Abstrak Dengan Kerawang Pagar dan Daun yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461