Koleksi jahitan langsir mungkin tidak sebanyak koleksi pakaian ataupun busana yang dipakai saban hari. Namun, tidak mustahil bagi penggemar dekorasi dalam rumah. Pastinya bagi penggemar ini, koleksi jahitan langsir akan banyak sedikit daripada kebiasaan individu. Ini kerana langsir kediamannya pasti ditukar mengikut tema dekorasi rumah yang sentiasa berubah-ubah saban bulan atau minggu.

 

Koleksi Jahitan Langsir Untuk Tema Dekorasi Dalaman Rumah.

Aneka Koleksi Jahitan Lansgir TerbaruItulah situasi bagi penggemar dekorasi dalaman rumah yang inginkan langsir yang dijahit agar sentiasa bersesuaian dengan tema yang dipilih. Paling tidak pun, mereka ini akan menggunakan langsir pelmet yang menggunakan board. Ia tidak hanya sekadar kain tetapi penambahan board ini akan mencantikkan lagi langsir yang sedia ada.

 

Langsir pelmet boleh dihasilkan menggunakan kain ataupun ditambah secara berasingan menggunakan board. Bagi pelmet yang menggunakan kain, kebiasaannya ia dihasilkan sekali bersama-sama dengan badan langsir. Akan tetapi sekiranya pelmet yang dihasilkan menggunakan board, ia boleh dihasilkan secara berasingan setelah satu-satu langsir itu digunakan. Ia boleh dijadikan corak terbaru bagi menaik tarafkan langsir yang sedia ada.

Tidak Semua Koleksi Jahitan Langsir Perlu Ditukar Baharu.

 

Koleksi Tempahan LangsirWalaupun anda seorang yang menggemari dekorasi dalaman rumah yang sentiasa diubah, ia tidak bermakna segalanya perlu ditukar baharu. Akan tetapi ia boleh diubah-ubah mengikut citarasa anda tanpa mengeluarkan perbelanjaan yang besar. Ini kerana board boleh dihasilkan menggunakan kayu plywood sahaja. Namun begitu, board ini juga bersifat kekal dan ada juga board yang boleh diubah-ubah bentuknya supaya kelihatan lebih menarik.

 

Jika pelmet yang menggunakan kain dihasilkan, maka ia tidak bersifat kekal kerana ia mudah ditanggalkan. Jika anda inginkan hasil sepertimana board anda, maka anda boleh menggunakan Velcro bagi menggantikan fabrik pada board yang telah ditampal pada dinding. Penggunaan velcro ini sebagai penyelamat untuk anda. Agar anda tidak membazir dengan menukar board. Sebab itulah kaedah penggunaan Velcro ini sedikit sebanyak dapat menjimatkan wang dan membuatkan kediaman anda lebih ceria dan cantik.

 

Jadi, pastikan koleksi jahitan langsir idaman anda sentiasa berada dalam budget dan perbelanjaan yang sesuai. Agar anda tidak membayar lebih untuk sesuatu rekaan yang diinginkan. Paling tidak pun, koleksi jahitan langsir anda tetap akan cantik dan menarik.