Sulaman tangan kini menjadi daya tarikan untuk anda menghasilkannya. Ini kerana rekaan sulaman tangan cantik dan juga kos upahnya adalah mahal. Justeru, jika anda berkesempatan mempelajarinya, ia adalah satu peluang yang tidak harus dilepaskan. Ini kerana daya tarikan sulaman tangan ini amat kuat kepada penggemar rekaan yang kecil tetapi menarik.
Menghasilkan Rekaan Sulaman Tangan Sendiri
Faktor inilah yang mendorong anda menghasilkannya sendiri kerana kos bahan mentahnya tidaklah semahal berbanding dengan kos sulaman manik dan sulaman riben. Cuma, kos upahnya menjadi mahal disebabkan cara menghasilkannya sedikit rumit dan mengambil masa yang lama untuk menghasilkan biarpun untuk satu-satu teknik sahaja. Adapun kesenian yang terhasil amatlah unik kerana ia dihasilkan dengan hanya menggunakan benang sehingga menjadi bentuk bungaan yang pelbagai dan menarik.
Sulaman Tangan Kemahiran Yang Perlu Dimiliki
Itulah uniknya sulam tangan yang dari dahulu hingga kini menjadi satu kemahiran yang berprestij. Bukan sahaja di negara kita atau di sekitarnya, sulaman tangan in turut diminati dan menjadi satu lambang kemewahan bagi rakyat Eropah.
Bagi mereka sekiranya memiliki hasil sulaman tangan, ia dianggap suatu yang boleh dibanggakan kerana jika zaman dahulu, hasil sulaman sebegini hanya dimiliki oleh golongan bangsawan dan pemerintah sahaja.
Pelbagai Motif Dihasilkan Menggunakan Teknik Sulaman Tangan
Seni sulaman tangan yang unik dan dapat menghasilkan pelbagai motif bermula daripada flora, fauna, abstrak mahupun huruf-huruf dan abjad boleh dihasilkan melalui sulaman tangan itu sendiri. Cuma anda perlu tahu apakah kunci sulaman tangan yang dapat menghasilkan rekaan serta motif yang pelbagai.
Malah, bukan itu sahaja, sulaman tangan ini juga mampu dihasilkan dalam tempoh yang singkat sekiranya anda mengetahui kunci dan rahsia dalam setiap langkah sulaman tersebut. Namun, semua ini boleh anda pelajari dengan mudah secara online bersama saya di Platform Mari Belajar Sulaman Tangan kami yang disediakan di akademi2u.com.
Belajar dan mahir aneka teknik sulaman tangan pelbagai motif bungaan yang menarik. Adapun setiap teknik yang ditunjukkan mudah untuk anda ikuti pada bila-bila masa mengikut kelapangan anda.
Selamat Mencuba!