Corak sulaman benang telah melalui beberapa proses peralihan dari tahun ke tahun. Proses peralihan corak sulaman benang ini sedikit sebanyak telah menyerikan lagi industri seni halus tangan ini. Untuk pengetahuan anda, ketika menyulam hasil rekaan sulaman benang ini, kesabaran yang tinggi dituntut untuk setiap penyulam. Ini berpunca, apabila arah lilitan tidak tersusun atau terbalik, sudah pasti hasil rekaan sulaman benang yang dijahit tidak tersusun.

 

Corak Sulaman Benang Bermotif Bunga Ros

 

Thumbnail Bahan Corak Sulaman BenangSeperti mana sulaman riben, corak sulaman benang yang menjadi tarikan untuk individu untuk mempelajarinya ialah rekaan bunga ros. Hal ini berkemungkinan ia dipengaruhi oleh corak rekaan sulaman tangan klasik Eropah juga Inggeris kerana ia dapat dilihat pada trend pakaian kanak-kanak atau dalam hasil rekaan jahit smoking.

 

Corak Sulaman Benang Menghiasi Kerudung Bawal

 

Adapun, pada sekitar tahun 2009 dan sehingga hari ini, barulah kita didedahkan dengan fesyen kerudung bawal yang mempunyai corak rekaan sulaman benang. Di sini, kita dapati bahawa rekaan sulam benang lebih kepada rekaan tempatan yang mengguna pakai motif sulur kacang serta awan larat sebagai bingkai dalam hasil rekaan sulaman tangan benang tersebut.

 

Sulaman Benang Klasik Dengan Rekaan Bunga

 

Corak flora juga mula diperkenalkan bersama motif bungaan cendawan yang memiliki 5 kelopak serta dijahit secara bertingkat-tingkat bersama warna yang agak kontra untuk menaikkan lagi seri hasil sulaman benang tersebut.

 

Justeru, jikalau anda hendak mempersembahkan rekaan tempatan ataupun corak Inggeris, hasil rekaan sulaman benang ini dapat menaikkan seri pakaian anda yang polos. Malahan, ia tergolong pada suatu seni yang memiliki peminatnya yang tersendiri. Dan inilah keunikan setiap satu hasil rekaan rekaan sulam benang yang mana ia kekal bersama identitinya serta tak lapuk ditelan zaman.

 

Penulis berharap agar industri kerajinan halus tangan ini akan terus berkembang bersama arus fesyen semasa. Ini kerana motif dan corak sulaman benang ini mampu digayakan dalam apa jua jenis busana, kraf mahupun dekorasi dalaman.

 

Selamat Mencuba!

Ikhlas,

Syahida Ramli,

Pengasas Butik Sulaman & Akademi Sri Classic Collection

Jom Belajar Sulaman Benang Bersama Kami!