Baju Kebaya Nyonya Sulam Kerawang Bunga Magnolia

Baju Kebaya Nyonya.

Baju kebaya nyonya sulam kerawang kali ini menggunakan motif bunga magnolia dan kerawang daun. Ia dihasilkan untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Baju Kebaya Nyonya Sulam Kerawang Bunga Magnolia

Baju Kebaya Nyonya Sulam Kerawang.

Koleksi Kebaya Nyonya.

Sulaman kerawang baju kebaya nyonya kali ini disulam dengan motif bunga magnolia. Jika dilihat sulaman kerawang ini, ia nampak kemas dihasilkan pada bahagian-bahagian tertentu. Iaitu di bahagian lidah baju, di bahagian tangan, keliling bawah baju dan juga di bahagian bucu hadapan baju kebaya nyonya ini. Ingin tahu kaedah yang kami gunakan untuk menyulam kebaya nyonya ini? Jom lanjutkan pembacaan anda.

Bahagian Lidah Baju Kebaya Nyonya.

Koleksi Kebaya Nyonya.

Jika anda lihat di bahagian lidah baju kebaya nyonya ini, telah dihasilkan sulaman kerawang yang coraknya berulang-ulangan pada bahagian kelepek ataupun lidah baju kebaya ini. Walau bagaimanapun, tebal sulaman yang dihasilkan adalah setebal 2 inci. Ia tidak terlalu tebal dan juga tidak terlalu nipis untuk setiap hasil sulaman kerawang ini.

Design Mewah Sulaman Kerawang Baju Kebaya Nyonya.

Design Sulam Kebaya Nyonya.

Hasil design sulaman kerawang baju kebaya nyonya ini benar-benar cocok dengan citarasa pelanggan yang menempah bersama butik sulaman kami. Di mana pelanggan kami pada kali ini, inginkan corak sulam yang nampak mewah walaupun dihasilkan pada fabrik yang polos. Walaupun polos, namun fabrik ini amat sesuai untuk dihasilkan sulaman kerawang.

Bahagian Hujung Hadapan Kebaya Nyonya.

Design Sulam Kebaya Nyonya.

Tahukah anda bahawa bahagian sulam yang paling cantik ialah bahagian hujung bucu hadapan baju kebaya nyonya ini. Di bahagian inilah bahagian yang paling sukar untuk dihasilkan sulam kerawang. Apatah lagi motif yang dihasilkan ini menggunakan motif flora bunga magnolia. Saiznya sederhana besar amat sesuai dengan citarasa pelanggan yang inginkan hasil kebaya nyonyanya nampak elegan apabila dipakainya nanti. Oleh itu, motif bunga magnolia ini telah kami gunapakai sebagai motif sulaman pada kali ini.

Tinggi Sulam Di Bahagian Bucu Kebaya Nyonya.

Corak Sulam Kebaya Nyonya.

Tinggi sulam di bahagian bucu hadapan ini adalah setinggi 16 inci. Di mana sulamnya dihasilkan secara menyerong. Kenapa ia dihasilkan menyerong? Ya, dengan menghasilkan secara menyerong, hasil sulaman kerawang pada bahagain ini akan nampak mewah dan penuh berbanding jika ketebalan sulaman yang dihasilkan ini tidak tebal atau kurang daripada 10 inci. Sebab itulah, ia nampak penuh. Dan apabila design dihasilkan secara meruncing sebegini, ia akan menyerlahkan lagi hasil sulaman kerawang tersebut pada baju kebaya nyonya tempahan butik sulaman kami pada kali ini.

Bahagian Hujung Lengan Baju Kebaya Nyonya.

Corak Sulam Kebaya Nyonya.

Selain itu juga, di bahagian hujung lengan juga dihasilkan sulaman yang sedikit menaik seperti bentuk pucuk rebung. Hal ini menjadikan sulaman pada bahagian tangan seseorang itu akan nampak mewah dengan sulaman kerawang. Malah, tangan baju akan kelihatan lebih lurus berbanding jika corak yang dihasilkan adalah secara melintang.

Motif Sulam Bunga Magnolia.

Sulam Kerawang Kebaya Nyonya.

Oleh yang demikian, pemilihan motif bunga magnolia ini amat tepat untuk rekaan baju kebaya nyonya yang berwarna maroon pada kali ini. Di mana penggunaan motif sulam bunga yang mekar, bunga yang separa kembang dan juga kudup bunga telah digabungkan dengan daun-daun yang sedikit bergerigi dan lebar ini. Ia bertujuan menjadikan hasil corak keseluruhan design sulaman kerawang baba nyonya ini nampak natural.

Motif Sulur Dengan Elemen Semulajadi.

Sulaman Kerawang Kebaya Nyonya.

Elemen-elemen semulajadi inilah yang menjadikan design baju kebaya nyonya bersulam ini lebih menyerlah dan berseri. Jika diperhatikan, sulur yang dihasilkan juga hanya menggunakan batang-batang bunga secara semulajadi dan bukannya dihasilkan sulur yang bergulung-gulung seperti sulur kekacang. Inilah yang menjadikan design sulaman kerawang baju kebaya nyonya pada kali ini sangat unik. Ia berjaya membezakan hasil design sulaman kami dengan design sulaman kerawang yang lain di pasaran.

Penggunaan Waran Komplimentari Untuk Design.

Sulam Kerawang Kebaya Nyonya.

Penggunaan warna-warna yang senada seperti warna komplimentari ini amat menarik. Dan ia menjadikan hasil sulaman kerawang baba nyonya ini nampak lebih timbul. Gabungan warna unggu kemerahan dan juga kuning serta warna hijau lumut, menyerlahkan lagi warna semulajadi motif sulaman kerawang ini.

Tebuk Kerawang Bermotif Daun.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Nyonya.

Malah, penggunaan warna kelabu pada bahagian tebuk kerawang, menjadikan latar belakang bunga magnolia ini lebih menyerlah. Penggunaan warna-warna pilihan seperti inilah sebenarnya yang akan menyerlahkan hasil sesuatu design sulaman baju kebaya nyonya. Selain itu juga, corak tebuk kerawang pada kali ini adalah corak daun yang mempunyai saiz yang sederhana sahaja yang sesuai dengan saiz motif bunga magnolia ini. Motif daun pada kerawang ini berjaya memberikan elemen semulajadi pada sulam kebaya nyonya ini.

Teknik Ayak Sulam Baju Kebaya Nyonya.

Tempahan Sulam Baju Kebaya Nyonya.

Bukan itu sahaja, jika dilihat teknik ayak sulam yang digunakan pula, lebih kepada teknik satin dengan bukaan zig zag pada keseluruhan motif sulaman kerawang baba nyonya kali ini. Dengan penggunaan teknik satin ini, setiap kelopak sulaman kerawang ini lebih timbul apatah lagi jika ia digabungkan dengan teknik layangan cincang untuk memperlihatkan hasil design bunga magnolia yang serasi dan lebih natural. Malahan, jika dilihat, teknik ini juga dipraktikkan pada penghasilan daun. Sebab itulah hasil ayak sulam daunnya nampak lebih timbul berbanding dengan daun yang hanya menggunakan teknik ayak cincang sahaja.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Baju Kebaya Nyonya Sulam.

Ya, secara keseluruhan, hasil sualamn kerawang motif bunga magnolia ini sangat cantik dihasilkan pada baju kebaya nyonya maroon ini. Ia nampak serasi apabila kesemua elemen digabungkan seperti penggunaan warna, penghasilan corak dan juga teknik ayak sulam yang digunakan. Hasilnya, corak sulaman kerawang baju kebaya nyonya ini nampak menarik untuk digayakan. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Baju Kebaya Nyonya Sulam Kerawang.

Koleksi Sulam Baju Kebaya Nyonya Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar baju kebaya nyonya sulam kerawang yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam koleksi baju kebaya nyonya kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan baju kebaya nyonya sulam kerawang yang bermotif bunga magnolia di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Baju Kebaya Nyonya Sulam - Corak Bunga Magnolia

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Penempah Butik Sulaman Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461