Sulam Kebaya Nyonya Eksklusif.
Koleksi Kebaya Nyonya.
Pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan pada kebaya nyonya yang mempunyai latar belakang warna biru navy. Jika dilihat secara terperinci, kebaya nyonya kali ini dihasilkan pada fabrik kapas dengan terdapat corak batik abstrak. Namun, untuk mendapatkan hasil sulaman baba nyonya, ruang polos telah digunakan sebagai ruangan sulaman agar ia nampak lebih timbul dan menarik.
Kebaya Nyonya Dengan Motif Sulam Bunga Carnation.
Koleksi Kebaya Sulam.
Ya, sulaman kerawang dihasilkan pada tangan kebaya, lidah baju kebaya, keliling kebaya, keliling kain kebaya dan juga di bahagian hadapan bawah kebaya. Di bahagian hadapan bawah baju inilah yang menjadi fokus utama dalam satu-satu rekaan sulaman kerawang untuk kebaya nyonya. Motif yang ditampilkan pada kali ini adalah motif bunga carnation.
Keunikan Motif Bunga Carnation Dalam Rekaan Kebaya Nyonya.
Koleksi Kebaya Sulam.
Bagaimana motif ini berbeza dengan motif bunga seakan-akan dengannya seperti bunga dahlia dan bunga teratai? Ia bergantung kepada kelopak bunga yang dilukis. Samada ia dilukis secara berlapis-lapis dan di hujung kelopak tersebut dilukis berbentuk runcing. Nyata ia dapat dilihat dengan jelas di bahagian hadapan bawah baju yang dilukis dengan motif bunga carnation ini. Motif yang menyamai bunga dahlia pula dilihat di bahagian lidah hadapan kebaya nyonya ini. Selain itu, ia tidak mempunyai lapis kelopak yang banyak seperti yang dapat dilihat di bahagian tangan baju kebaya nyonya ini.
Ketebalan Saiz Sulam Baba Nyonya.
Koleksi Nyonya Kebaya Melaka.
Dari segi ketebalan sulamnya pula, di bahagian lidah kebaya nyonya ini disulam setebal 2 inci iaitu ketebalan yang sesuai untuk satu-satu kebaya nyonya. Ia dihasilkan tidak terlampau tebal dan juga tidak terlampau nipis. Manakala di bahagian hujung tangan bajunya pula, ketebalan sulamnnya adalah dalam 3 inci. Sulamnya dihasilkan dalam bentuk membukit seperti bentuk pucuk rebung.
Ketebalan Saiz Sulam DI Bahagian Hadapan Kebaya.
Koleksi Nyonya Kebaya.
Di bahagian hadapan kebaya nyonya ini pula, dihasilkan sulamnya setinggi 16 inci dan meruncing ke tepi seperti bentuk 3 segi tepat. Dengan jarak tebal di bahagian hujungnya adalah 2.5 inci. Hal ini telah menjadikan hasil rekaan sulaman kebaya nyonya kali ini nampak lebih penuh dan menyerlah kerana ruang yang disulam tersebut adalah besar. Maka, rekaan sulamannya ini dapat dilihat dari jarak jauh jika diperagakan nanti.
Motif Sulur Kekacang Disesuaikan Dengan Saiz Bunga Sulam.
Koleksi Baju Nyonya Kebaya.
Dalam motif bunga carnation ini, sulur kekacang dapat dilihat dilkuis pada bahagian hujung tangan kebaya. Walaupun dedaun kecil telah digunakan untuk motif sulam kali ini, jelas kelihatan sulur kekacang ini menghiasi bunga pada hujung lengan baju. Saiz sulur yang dihasilkan pula, tidaklah tebal dan hanya dalam 1 hingga 3 sentimeter sahaja. Ia dihasilkan berseusaian dengan saiz bunga di bahagian tangan baju kebaya nyonya ini.
Tangkai Berbentuk S dan Daun Berbentuk Air Mata.
Koleksi Baju Nyonya Kebaya.
Manakala di bahagian hadapan baju, daun-daun kecil dihasilkan lebih berbentuk seperti air mata yang sedikit membulat. Reka bentuk setangkai bunga carnation disusun bentuk “S” dan bersambungan antara satu sama lain. Dengan ini ia nampak seperti sulur yang dilukis dalam bentuk “S” dengan kemas.
Kerawang Daun dan Kerawang Buih Sebagai Motif Kerawang Kebaya Nyonya.
Koleksi Baju Kebaya Nyonya.
Corak kerawang yang dihasilkan kali ini adalah jenis kerawang daun dan kerawang buih. Kerawang daun dihasilkan pada keseluruhan motif. Manakala kerawang buih pula dihasilkan pada bahagian motif yang mempunyai ruang yang kecil. Corak kerawang kali ini dihasilkan sesuai dengan keluasan ruang dan motif yang dihasilkan iaitu motif bunga carnation.
Pemilihan 6 Jenis Warna Benang Sulam.
Koleksi Baju Kebaya Nyonya.
Selain itu, dari segi warna benang pula, warna yang digunakan adalah warna senada dengan warna latar belakang fabrik. Cuma warna benang sulam yang gelap sedikit digunakan pada motif sulam kerawang bunga carnation ini. Warna yang digunakan adalah warna pink terang, peach, purple, dan cream keputihan dan maroon yang digunakan untuk menghasilkan bunga carnation. Manakala warna hijau lumut digunakan untuk mewarnai daun dalam motif sulam baba nyonya kali ini. Selain itu, warna biru muda dijadikan warna kerawang daun dan juga kerawang buih.
Warna Biru Menjadi Latar Motif Sulaman Kerawang.
Sulam Baju Kebaya Nyonya.
Dengan ini warna biru muda menjadi latar motif untuk sulaman kerawang. Dengan gabungan warna gelap dan terang pada latar belakang biru muda cair ini, ia menjadikan motif sulaman kerawang baba nyonya kali ini sangat cantik dipandang mata.
Teknik Sulam Ayak Satin dan Layangan.
Sulam Baju Kebaya Nyonya.
Oleh kerana lapisan bunga carnation adalah bertingkat-tingkat, teknik sulaman yang paling sesuai ialah penghasilan bingkai pada setiap kelopak bunga carnation. Seterusnya bukaan teknik satin dan teknik layangan digabungkan untuk menghasilkan sulaman yang cantik dan timbul.
Elemen dan Warna Diadunkan Secara Teliti.
Sulam Nyonya Kebaya.
Sulaman motif bunga carnation sangat cantik apabila dihasilkan pada baju kebaya nyonya ini. Apa yang paling penting ialah setiap elemen seperti motif, teknik yang digunakan, warna serta kerawang yang terhasil perlulah digunakan dengan penuh teliti agar menjadi satu hasil seni yang cantic dan asli. Inilah yang diabadikan pada sulam kebaya nyona kali ini.
Hasil Sulaman Kerawang Nyonya Kebaya Eksklusif.
Sulam Nyonya Kebaya.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada fesyen baju kebaya nyonya sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Sulam Kebaya Nyonya.
Koleksi Kebaya Nyonya Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Inilah sajian foto bergambar baju kebaya nyonya sulam yang telah dihasilkan untuk tempahan kebaya nyonya pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam koleksi baju kebaya kami pada kali ini.
Jika anda berminat dengan baju kebaya nyonya yang bermotif sulam corak bunga carnation di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461