Baju Kebaya Sulam Kerawang Corak Bunga-Bungaan

Berikut adalah hasil rekaan baju kebaya sulam kerawang corak bunga-bungaan untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Baju Kebaya Sulam Kerawang Corak Bunga-Bungaan

Baju Kebaya Sulam Kerawang Corak Bunga-Bungaan.

Tempahan Baju Kebaya Sulam.

Pada kali ini, rekaan sulaman kerawang dihasilkan pada baju kebaya tradisional yang menggunakan pelbagai bentuk motif bungaan yang harmoni. Rekaan baju kebaya sulam kerawang corak bunga-bungaan ini menggunakan motif kudup bunga tulip, kudup bunga keembung, bunga melur cina dan bunga ros kembang.

Corak Sulam Di Bahagian Lidah Baju Kebaya.

Tempahan Baju Kebaya Sulam.

Di bahagian lidah hadapan baju kebaya ini, corak dihasilkan dengan menggunakan kudup bunga tulip dan juga kudup bunga keembung. Kudup bunga tulip ini dilukis sedikit membujur dan mempunyai debunga yang berwarna biru. Manakala kudup bunga keembung dihasilkan dengan sedikit membulat pada kudup bunga di bahagian sulur. Selain itu, sulur yang menjalar seperti pokok manjakani digunakan untuk memberi kelainan pada lidah baju kebaya ini.

Corak Sulam Di Bahagian Bucu Baju Kebaya.

Tempahan Baju Kebaya Sulam.

Di bahagian bucu hadapan baju kebaya ini pula, 2 kuntum bunga dihasilkan secara harmoni iaiatu bunga melur cina dan bunga ros kembang. Walaupun seakan-akan sama jika dilihat di bahagian kelopak ros kembang ini, namun lapisannya tidak banyak berbanding dengan bunga melur cina yang mempunyai banyak kelopak. Malah, bunga ros kembang ini bersaiz kecil manakala bunga melur cina pula bersaiz besar. Ia menampakkan bahagian debunganya.

Corak Sulam Di Bahagian Hujung Tangan Baju Kebaya.

Tempahan Baju Kebaya Sulam.

Manakala di bahagian hujung tangan pula, masih menggunakan gabungan kedua-dua bunga di atas. Namun, ia dihasilkan sedikit tertumpu di bahagian tengah tangan. Malah, coraknya direka sedikit membukit.

Corak Sulam Di Bahagian Hadapan Kain Baju Kebaya.

Tempahan Baju Kebaya Sulam.

Di bahagian hadapan kain pula, corak dihasilkan membentuk seperti huruf ‘L’ iaitu dengan menggunakan rekaan bunga yang sama. Ia tertumpu pada bucu dan di bahagian bawah. Malah, ia dihasilkan sama warna agar dilihat sedondon dengan bahagian baju walaupun kainnya polos. Ia menambah seri corak sulaman kerawang pada baju kebaya kali ini.

Motif Sarang Lebah Untuk Kerawang.

Tempahan Baju Kebaya Sulam.

Selain itu, corak kerawang yang digunakan pada kali ini adalah kerawang sarang lebah yang cantik dan tersusun. Ia juga menjadi corak kerawang yang diminati ramai.

Corak Sulur Manjakani.

Tempahan Baju Kebaya Sulam.

Manakala, sulur manjakani yang digunakan pada keseluruhan rekaan sulam baju kebaya ini, menambahkan lagi seri busana ini. Sulur ini tidak dihasilkan melengkung atau bergulung-gulung sepertimana sulur kekacang. Sebab itulah ia dihasilkan seperti alur sungai yang tidak berliku banyak coraknya.

Pemilihan Warna Kontra dan Harmoni.

Tempahan Baju Kebaya Sulam.

Dari segi pemilihan warna sulaman kerawang pula, kami menggunakan gabungan warna-warna kontra dan juga warna yang minimum pada corak baju itu sendiri. Sebab itulah jika dilihat, warna biru muda, unggu gelap serta hijau pucuk pisang digunakan bagi menampakkan seri sulaman kerawang baju kebaya ini.

Hasil Kerawang Eksklusif.

Tempahan Baju Kebaya Sulam.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaa dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada rekaan corak sulaman kerawang baju kebaya Butik Sulaman Sri Classic  pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Baju Kebaya Sulam Kerawang Corak Bunga-Bungaan.

Corak Sulam Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar baju kebaya sulam kerawang corak bunga-bungaan yang telah dihasilkan untuk tempahan kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam ayak pada kali ini.

Jika anda berminat dengan baju kebaya sulam kerawang corak bunga-bungaan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461