Kebaya Tradisional Corak Sulaman Kerawang Bunga Teratai2018-11-05T14:54:40+00:00

Project Description

Kebaya Tradisional Corak Sulaman Kerawang Bunga Teratai.

Kebaya Tradisional Sulam.

Kali ini kebaya tradisional sulam yang dihasilkan mengetengahkan motif sulaman kerawang bunga teratai dengan kerawang 3 segi. Ia dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini.

Kebaya Tradisional Corak Sulaman Kerawang Bunga Teratai
Follow Us On Instagram

Kebaya Tradisional Bercorak Batik Abstrak.

Corak Sulam Kerawang Tradisional.

Pada kali ini sulam kerawang dihasilkan pada baju kebaya tradisional yang bercorak batik abstrak. Oleh kerana corak fabriknya abstrak dan mempunyai banyak jalur-jalur berbentuk “S”, ia memberi ilham supaya motif bunga teratai dihasilkan pada kali ini.

Motif Sulaman Bunga Teratai.

Corak Sulam Kerawang Tradisional.

Walaupun motif bunga teratai dipilih, kali ini tiada bunga teratai daripada pandangan atas dihasilkan. Jadi, tiada motif bunga teratai mekar yang dihasilkan. Sebaliknya, motif bunga teratai dilukis pada pandangan sisi. Hal ini kerana motif bunga teratai daripada pandangan sisi ini selari dengan corak abstrak pada fabrik batik ini. Ia berjaya menjadikan motif bunga teratai ini nampak harmoni apabila dihasilkan pada baju kebaya tradisional fabrik batik ini.

Ketebalan Sulaman Kerawang Pada Lidah Hadapan Kebaya Tradisional.

Corak Sulam Kerawang Tradisional.

Selain itu juga, dari segi ketebalan sulaman kerawang pada kali ini, ia nampak sederhana terutama di bahagian hadapan lidah baju. Hal ini kerana setiap sisi lidah baju tersebut dihasilkan setebal 1.5 inci sulaman kerawang sahaja. Berbanding kebiasaannya, ia akan dihasilkan setebal 2 inci pada setiap sisi lidah baju kebaya tersebut. Walaupun begitu, jika dipadankan dengan keseluruhan baju kebaya tradisional ini, ia masih relevan iaitu tidak terllampau kecil.

Ketebalan Sulaman Kerawang Pada Hujung Tangan Kebaya Tradisional.

Corak Sulam Kerawang Tradisional.

Begitu juga dengan ketebalan sulaman kerawang di bahagian hujung tangan baju. Ia dihasilkan setebal 4 inci. Ketebalan ini adalah sederhana tebal dan ia tidak terlalu sarat dan tidak terlalu simple. Ia sesuai digayakan pada majlis-majlis rasmi ataupun separa kasual. Nampak anggun bagi si pemakai apabila dipakai dalam apa jua majlis yang dihadirinya.

Corak Sulaman Pada Bahagian Hadapan Kebaya.

Corak Sulam Kerawang Tradisional.

Bagi sulaman kerawang di bahagian hadapan baju kebaya tradisional ini pula, ia dihasilkan secara meruncing setinggi 16 inci tebalnya. Ia dihasilkan tirus ke tepi pada bahagian baju kebaya yang menjadikan sulaman kerawang pada kali ini sangat cantik dan sederhana.

Motif Sulur Petola dan Mentimun.

Corak Sulam Kerawang Tradisional.

Dari segi penggunaan sulur sulaman kerawang, motif bunga teratai ini pula dihasilkan menggunakan sulur yang bergulung-gulung seperti sulur petola ataupun sulur mentimun. Sulur pada kali ini dihasilkan secara membulat dengan daun yang dilukis kecil seperti mana pucuk mentimun dan petola. Kombinasi sulur dan juga bunga teratai yang dilukis secara sisi ini menjadikan ia sangat harmoni. Itulah keunikan sulur serta daun yang menjadikan hasil sulaman kerawang lebih cantik dan berseri.

Kerawang Dengan Motif Tiga Segi.

Corak Sulaman Kerawang Tradisional.

Bukan itu sahaja, uniknya pada kali ini, kerawang yang dihasilkan adalah berbentuk 3 segi. Ia berjaya memberik impak yang menarik pada hasil sulaman kerawang motif bunga teratai ini. Malah, penggunaan warna kuning muda pada kerawang, menjadikan corak sulaman kerawang motif bunga teratai ini nampak lebih timbul.

Penggunaan Warna Benang Yang Natural.

Corak Sulam Kerawang Tradisional.

Dari segi penggunaan warna benang pula, pada kali ini warna-warna natural digunakan. Warna natural ini hampir sama dengan warna yang sedia ada pada corak batik fabrik ini. Warna seperti pink, maroon, hijau lumut dan kuning muda dijadikan warna utama pada rekaan sulam kerawang kali ini. Penggunaan warna sebegini dilakukan agar hasil corak sulaman kerawang akan lebih harmoni. Sebab itulah ditegaskan daripada awal bahawa keseluruhan sulaman kerawang motif bunga teratai pada kali ini adalah sederhana. Ia tidak terlampau berat dan tidak terlampau simple.

Teknik Sulam Ayak Satin Dengan Bukaan Zig Zag.

Corak Sulam Kerawang Tradisional.

Dari segi teknik sulaman ayaknya pula, penggunaan teknik satin dengan bukaan zig zag pada bingkai bunga, sulur dan daun menjadikan motif sulaman kerawang pada kali ini lebih timbul dan cantik. Malah, teknik cincang di bahagian kelopak bunga teratai yang dibuat secara padu dan kemas menjadikan hasil sulaman kerawang kali ini lebih nampak natural. Namun, hasil corak sulam kerawang pada kali ini tetap jelas kelihatan biarpun dipandang dari jauh. Ini kerana teknik satin bukaan zig zag ini berjaya menjadikan hasil corak sulaman lebih jelas dan menarik. Itulah uniknya teknik sulaman ayak ini.

Sesuai Digayakan Untuk Semua Peringkat Umur.

Corak Sulam Kerawang Tradisional.

Secara keseluruhan, sulaman kerawang motif bunga teratai ini sesuai digayakan bagi mereka yang berumur, dan juga bagi golongan muda. Hal ini kerana, motifnya tidak sarat dan sederhana, dapat menjadikan ia sesuai dipakai untuk setiap golongan. Malah ia juga boleh digayakan dalam apa jua manjlis samada formal mahupun kasual.

Fesyen Kebaya Tradisional Sulam Terkini.

Corak Sulam Kerawang Tradisional.

Hasil rekaan baju kebaya tradisional sulam ini nampak lebih kontemporari kerana penggunaan warna dan teknik yang berlainan dengan hasil corak sulaman kerawang yang banyak berada dalam pasaran terkini.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Corak Sulam Kerawang Tradisonal.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada kebaya tradisional sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Kebaya Tradisional Corak Sulaman Kerawang Bunga Teratai.

Corak Sulam Kerawang Eksklusif Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar kebaya tradisional sulam yang telah dihasilkan untuk tempahan sulaman kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulaman koleksi baju kebaya kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan hasil corak kebaya tradisional corak sulaman kerawang bunga teratai di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461