Baju Kebaya Tradisional Corak Sulam Bunga Matahari.

Baju kebaya tradisional kali ini disulam dengan motif corak bunga matahari dan kerawang buih.

Baju Kebaya Tradisional Corak Sulam Bunga Matahari

Baju Kebaya Tradisional Corak Sulam Bunga Matahari.

Baju Kebaya Malaysia.

Baju kebaya tradisional pada kali ini telah disulam dengan motif bunga matahari. Bunga matahri merupakan bunga yang berstruktur tegak kerana ia tidak mempunyai ranting ataupun sulur. Corak sulaman kali ini merupakan cabaran untuk merekacipta motif bunga matahari ini menjadi motif sulaman. Hal ini kerana, rekaan sulaman biasanya mempunyai sulur yang meliang-liuk, awan larat dan juga akar-akar banir yang menarik. Namun, apabila menggunakan bunga matahari sebagai motif sulaman, ia menjadi satu rekaan yang sukar.

Corak Sulaman Baju Kebaya Tradisional.

Baju Kebaya Malaysia.

Sulaman kerawang kali ini dihasilkan pada lidah baju kebaya tradisional, keliling baju, bucu hadapan baju dan juga di bawah belahan kain. Oleh kerana corak pada fabrik ini adalah geometri, bagi kami motif bunga matahari amat sesuai digunakan kerana ia mempunyai kesinambungan dengan motif yang sedia ada pada fabrik tersebut.

Tebal Corak Sulaman Bahagian Lidah Hadapan Baju Kebaya.

Baju Kebaya Malaysia.

Di bahagian lidah hadapan baju, dihasilkan sulamannya setebal 1 ¾ inci. Ia menjadikan bahagian hadapan baju kelihatan setebal 3.5 inci. Corak sulam tidak terlampau besar dan juga tidak terlampau kecil saiznya. Ia amat bersesuaian dengan corak yang dihasilkan pada bahagian lidah baju iaitu corak bunga matahari sekuntum dan di kelilingi dengan sulur serta daun.

Tebal Corak Sulaman Bahagian Bucu Hadapan Baju Kebaya.

Baju Kebaya Tradisional Online.

Selain itu, di bahagian bucu hadapan baju kebaya tradisional ini, coraknya dihasilkan setinggi 16 inci dan sedikit runcing ke sisi setinggi 3 inci. Sebab itulah coraknya nampak kelihatan penuh kerana bukaan bucu yang dihasilkan adalah tebal.

Corak Daun Bersaiz Besar.

Baju Kebaya Tradisional Online.

Motif bunga matahari pula dihasilkan dengan pelbagai rupa dan saiz yang memenuhi ruang bucu hadapan baju kebaya tradisional ini. Turut menyerikan motif sulaman ini adalah lakaran daun bunga matahari yang membulat dan bersaiz besar. Ia menyamai saiz bunga matahari yang sebenar.

Tebal Corak Sulaman Pada Bahagian Tangan Baju Kebaya.

Baju Kebaya Tradisional Online.

Pada bahagian tangannya pula, sulaman telah dihasilkan tidak terlalu tebal iaitu sekitar 3 – 4 inci sahaja. Corak sulaman dihasilkan secara mendatar. Begitu juga dengan bahagian belahan hadapan baju kebaya tradisional ini. Sulaman kerawang dihasilkan seperti bentuk huruf “L” iaitu hanya di hujung bucu bawah kain sahaja. Corak sulaman yang dihasilkan pula tidaklah terlalu banyak. Memadai dengan beberapa kuntuman bunga matahari sahaja.

Motif Kerawang Buih Bersaiz Besar.

Baju Kebaya Tradisional Online.

Pada kali ini, motif kerawang buih masih digunakan sebagai penyeri sulaman kerawang. Namun, motif kerawang buih yang dihasilkan adalah lebih besar dan sama besar saiz setiap kerawangnya. Saiz motif kerawang buih ini juga dibesarkan agar lubang-lubang kerawang nampak dengan lebih jelas. Hal ini kerana, ramai pelanggan kami kebelakangan ini mahukan saiz kerawang yang lebih besar. Ia bertujuan supaya corak kerawangnya dapat dilihat dan menjadi bayangan yang cantik apabila terkena pancaran cahaya. Oleh yang demikian, lubang kerawang buih ini dibesarkan sedikit mengikut citarasa pelanggan kami.

Penggunaan Warna Terang Untuk Benang Sulam.

Baju Kebaya Tradisional Online.

Oleh kerana latar warna fabriknya adalah gelap aiatu seakan-akan hitam, maka penggunaan warna-warna terang seperti kuning, oren, merah dan hijau pucuk pisang dijadikan warna sulaman. Jika ia menggunakan warna yang pudar ataupun lembut, pastinya warna corak sulaman tersebut tidak dapat menaikkan seri hasil sulaman kerawang pada baju kebaya tradisional ini. Sebab itulah, penggunaan warna benang yang terang menjadi asas kepada kami untuk menghasilkan corak sulaman kerawang yang lebih menyerlah.

Teknik Sulaman Ayak Yang Digunakan Untuk Motif Bungaan.

Koleksi Baju Kebaya Tradisional.

Teknik sulaman ayak yang digunakan pada permulaannya adalah teknik bukaan zig-zag yang kecil sebagai border keseluruhan motif sulaman iaiatu motif bunga matahari. Bagi debunga bunga matahari, teknik sulam padu digunakan agar debunga  bunga matahari tersebut menjadi timbul. Selain itu juga, bukaan zig-zag di setiap kelopak bunga matahari dapat dilihat. Manakala teknik layangan juga dilakukan untuk membentuk urat supaya kelopak bunga matahari nampak lebih natural. Hasilnya nampak lebih timbul dan cantik.

Teknik Sulaman Ayak Yang Digunakan Untuk Motif Daun.

Baju Kebaya Malaysia.

Teknik sulam padu zig zag dan teknik cincang pula digunakan ketika menghasilkan daun. Teknik cincang ini telah dilakukan secara padat agar tona warna daun tersebut kelihatan lebih natural. Sebab itulah gabungan teknik cincang dan zig zag ini perlu ketika menghasilkan satu-satu motif sulaman kerawang. Hasilnya, motif sulam bunga matahari ni nampak cantik dan sesuai dengan latar fabrik baju kebaya tradisional ini.

Aneka Gaya Kreatif dan Berseni.

Baju Kebaya Malaysia.

Justeru, terdapat pelbagai gaya yang boleh diketengahkan oleh para penyulam dalam menghasilkan sulaman kerawang yang eksklusif. Ini kerana gaya olahan satu-satu motif adalah hasil kreatif dan berseni yang digabung jalinkan dengan warna benang yang harmoni.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Baju Kebaya Malaysia.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada fesyen baju kebaya Malaysia Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Baju Kebaya Tradisional Corak Sulam Bunga Matahari.

Koleksi Baju Kebaya Malaysia Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar baju kebaya tradisional yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam koleksi baju kebaya Malaysia kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan baju kebaya tradisional sulam yang bermotif bunga matahari di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461