Baju Kurung Bermanik Corak Manik Crumble & Putik Bunga

Berikut adalah rekaan baju kurung bermanik dengan corak manik crumble dan putik bunga untuk pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Rekaan manik ini dihasilkan pada fabrik songket tenun.

Baju Kurung Bermanik Corak Manik Crumble

Baju Kurung Manik.

Kurung Manik Terkini.

Baju kurung bermanik kali ini menampilkan rekaan jahit manik terkini dari Butik Sulaman Sri Classic. Pada kali ini, beads baju kurung bermanik ini menggabungkan manik putik bunga dan manik crumble yang dihasilkan pada baju kurung manik pelanggan kami yang ditenun songket.

Jahit Manik Pada Fabrik Songket Tenun.

Kurung Manik Terkini.

Baju kurung bermanik ini perlu dijahit dengan teliti agar fabrik songket tenunnya tidak pecah. Jika tidak dijahit dengan teliti, ira kain songket tenun ini akan pecah kerana struktur kain tenun songket ini tidak dijahit menyilang sepertimana fabrik-fabrik biasa di pasaran. Justeru, penelitian dalam menyempurnakan beads baju kurung ini amat penting ketika proses menjahit manik dilakukan.

Penggunaan Pelbagai Material Manik.

Kurung Manik Terkini.

Beads baju kurung ini menggunakan material manik putik bunga. Di mana, manik putik bunga merupakan corak utama dalam penghasilan baju kurung manik kali ini. Dengan penggunaan manik putik bunga ini, ia dapat memberikan kesan 3D dalam penghasilan corak manik. Ini kerana manik putik bunga ini bersifat timbul dan boleh disentuh kelopaknya satu demi satu kelopaknya. Malah, apabila manik putik bunga ini digunakan sebagai asas beads baju kurung ini, ia akan terletak cantik pada fabrik baju kurung bermanik ini.

Gabungan 2 Teknik Jahit Beads.

Kurung Manik Terkini.

Apabila manik putik bunga dan manik crumble yang merupakan jahit manik terkini digabungkan dalam sesuatu rekaan baju kurung manik, maka terhasillah corak manik yang cantik sebagaimana beads baju kurung fabrik songket tenun ini. Ia dapat memberikan hasil corak manik yang mewah dan sangat menarik.

Pemilihan Beads Baju Kurung.

Kurung Manik Terkini.

Pemilihan material yang berkualiti juga mempengaruhi corak manik itu sendiri. Hal ini kerana manik yang berkualiti akan kelihatan berkilat dan warnanya tahan lama berbanding dengan manik yang tidak berkualiti. Di mana material manik yang tidak berkualiti ini akan pudar dengan cepat. Pada kali ini, manik biji padi, manik putik bunga, labuci pelbagai saiz, mutiara yang pelbagai saiz, manik bulat kecil dan juga hotfix yang bersaiz 12 telah digunakan dalam menghasilkan jahit beads kali yang diserasikan dengan baju kurung songket tenun ini.

Pelbagai Material Beads Baju Kurung.

Kurung Manik Terkini.

Gabungan pelbagai material serta saiz material yang berbeza pada baju kurung bermanik ini, telah dapat menghasilkan satu corak manik yang amat cantik dan menarik sekali. Ia menyerlahkan penampilan si pemakai dalam menggayakan hasil beads baju kurung ini.

Ketebalan Saiz Beads Baju Kurung Bahagian Leher.

Kurung Manik Terkini.

Jika dilihat, jahit beads ini dilakukan pada bahagian leher dan di hadapan baju. Tebal keliling leher baju kurung manik ini adalah setebal 2 inci. Manakala jarak corak manik daripada bukaan leher adalah 8 inci. Ia bertujuan menghasilkan corak manik yang seragam dan membentuk seperti gelombang. Sebab itulah, hasil corak manik kali ini dilihat berada sehingga ke bawah dada baju kurung ini.

Ketebalan Saiz Beads Baju Kurung Bahagian Tangan.

Kurung Manik Terkini.

Selain itu juga, di bahagian tangannya pula, corak manik telah dijahit setebal 2 inci untuk menyerlahkan lagi hasil jahit beads pada baju kurung manik yang bertenun songket ini. Ia tetap dijahit secara padat bagi mendapatkan hasil corak manik yang seragam dengan corak di bahagian leher baju.

Manik Aksesori Kegemaran Wanita.

Kurung Manik Terkini.

Kesimpulannnya, jahit beads yang cantik akan menjadi aksesori yang digemari oleh para pelanggan dan peminat manik. Ini kerana ia akan menyerlahkan lagi penampilan seseorang agar nampak lebih yakin, ditambah dengan design corak manik yang tampak lebih mewah serta bergaya.

Sesuai Untuk Apa Jua Majlis.

Baju Kurung Bermanik.

Corak manik crumble dan manik putik bunga yang dihasilkan pada baju kurung ini, amat sesuai untuk digayakan pada apa jua majlis keramaian, rasmi mahupun santai. Ini kerana pemilihan warna material manik crumble dan putik bunga untuk baju kurung bermanik ini telah diselaraskan dengan warna fabrik songket tenun. Ia bertujuan menjadikan hasil corak manik lebih harmonis tetapi bergaya.

Hasil Corak Manik Terkini.

Baju Kurung Bermanik.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada jahit beads Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Corak manik kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam-penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan jahit beads kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja.

Baju Kurung Bermanik.

Koleksi Jahit Manik Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar baju kurung manik yang telah dihasilkan pada fabrik songket tenun untuk tempahan jahit manik terkini pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak manik kami pada kali ini. Dan jangan lupa untuk like serta follow instagram kami untuk paparan lebih banyak lagi corak manik terkini dari semasa ke semasa yang dibuatkan terus ke dalam akaun instagram kami.

Jika anda berminat dengan baju kurung bermanik yang dipaparkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan serta sahabat handai anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda di dalam ruangan di bawah untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak manik yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana melawat laman web kami dan kehadiran anda di sini amat bermakna buat kami.

Baju Kurung Bermanik Corak Manik Crumble dan Putik Bunga

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Jahit Beads Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Jahit Beads Anda!

Lakukan Tempahan Manik Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461