Baju Kurung Pahang Bermanik – Fashion Muslimah2018-08-25T13:01:08+00:00

Project Description

Baju Kurung Pahang Bermanik Corak Manik Crumble & Shimmering Flora

Berikut adalah design baju kurung pahang bermanik dengan corak manik crumble dan shimmering flora untuk pelanggan butik sulaman kami terkini. Rekaan manik dihasilkan pada fabrik songket tenun.

Baju Kurung Pahang Bermanik Corak Manik Crumble & Shimmering Flora
Follow Us On Instagram

Baju Kurung Pahang Bermanik.

Baju Kurung Manik.

Baju kurung Pahang bermanik? Ya! Fabrik songket bunga tabur kali ini menjadi pilihan baju kurung Pahang bermanik. Songket bunga tabur ini menjadi kegemaran kepada mereka yang gemar dengan fabrik songket untuk menghasilkan busana. Ini kerana corak bunga tabur ini mampu memberi kebebasan kepada penjahit dan pereka fesyen untuk menghasilkan apa jua jenis busana. Hal ini kerana, corak songket ini sekata dan tidak mengelirukan berbanding dengan corak songket yang berkaki. Oleh itu, pada kali ini corak jahitan manik yang menarik telah dihasilkan pada baju kurung Pahang bermanik ini.

Corak Manik Baju Kurung Pahang.

Baju Kurung Manik.

Jahitan manik kali ini telah dihasilkan di bahagian leher baju hingga ke hadapan baju kurung Pahang ini. Malah, manik turut dijahit di bahagian tangan bajunya. Kali ini, terdapat beberapa gabungan teknik jahitan manik yang digunakan untuk menghasilkan corak jahitan manik yang menarik pada baju kurung Pahang ini. Kami telah menggabungkan jahitan manik crumble dan juga shimmering flora. Perkara ini dapat dilihat bagaimana Mutiara yang pelbagai saiz telah disusun secara rapat dan menghasilkan corak untuk baju kurung Pahang bermanik ini. Manakala, bunga-bunga labuci pula dihasilkan berlapis-lapis membentuk bunga-bungaan yang cantik. Malahan, jika diperhatikan, setiap kepingan lapisan labuci tersebut telah disusun dengan pelbagai saiz labuci. Ini bagi menghasilkan kelopak bunga yang nampak timbul dan 3D.

Tebal Corak Jahitan Manik.

Baju Kurung Manik.

Pada bahagian keliling leher baju kurung Pahang bermanik ini, dihasilkan pula corak jahitan manik setebal 2 inci. Manakala di bahagian bawah belahan leher baju kurung Pahang ini pula, corak manik dihasilkan sepanjang 9 inci yang mana jaraknya menghampiri pusat iaitu menghampiri paras pinggang baju. Begitu juga dengan di bahagian tangan baju kurung pahang ini, corak manik dihasilkan setebal 2 inci.

Batuan Arqualate Sebagai Asas Jahitan.

Baju Kurung Manik.

Uniknya pada kali ini ialah penggunaan batu arqualate. Batu arqualate ini bercorak sebesar 3 inci persegi. Coraknya pula kelihatan berbelah-belah seperti batuan yang pecah. Dari atas baju kurung Pahang bermanik ini, ia nampak jelas betapa cantiknya batuan arqualate tersebut setelah dilekatkan.

Melekatkan Batuan Arqualate.

Baju Kurung Manik.

Walau bagaimanapun, batuan arqualate ini tidak dijahit sebagaimana batuan-batuan yang lain. Hal ini kerana batuan arqualate ini tidak mempunyai lubang. Sebab itulah ia digam sepenuhnya. Namun, ia digam dengan teliti dan kemas agar betul-betul berada di atas fabrik. Ia digam kemas supaya batu ini tidak tercabut. Ini kerana batuan arqualate ini sedikit berat. Sekiranya ia tidak digam dengan teliti dan sempurna, ia akan mudah tertanggal dari fabrik baju kurung Pahang ini nanti.

Menjahit Labuci Di Keliling Batuan.

Baju Kurung Manik.

Jika dilihat dengan teliti, batuan arqualate ini dijahit di sekelilingnya dengan menggunakan labuci yang berlapis-lapis. Ia bertujuan agar hasil corak manik yang dihasilkan akan nampak lebih cantik dan juga natural. Selain itu juga, kelopak bunga labuci yang dihasilkan pula adalah dalam bilangan yang banyak agar ia sepadan dengan penggunaan batuan arqualate yang bersaiz besar.

Bunga Labuci Menjadi Penyokong Design Manik.

Baju Kurung Manik.

Bukan itu sahaja, bunga-bungaan yang terhasil daripada labuci yang dijahit secara berkelompok telah berjaya menjadi penyokong kepada hasil jahitan manik pada kali ini. Ia ditambah pula dengan daun yang dihasilkan daripada manik bulat kecil. Daun-daun yang dihasilkan dengan teknik jahitan manik selari di tepi-tepi bungaan kecil berjaya menjadikan corak jahitan manik crumble dan shimmering flora lebih menyerlah.

Teknik Jahitan Manik Mutiara Crumble.

Baju Kurung Manik.

Bukan itu sahaja, teknik jahitan manik mutiara crumble digunakan pada baju kurung Pahang bermanik kali ini. Terutamanya di celahan bunga labuci. Ia bertujuan menjadikan hasil corak jahitan manik pada kali ini padat dan timbul. Malah, ia nampak lebih mewah dengan kombinasi yang mampu menyerlahkan lagi latar corak fabrik baju kurung Pahang bermanik yang berwarna kuning diraja sebagaimana yang anda lihat di dalam foto di atas.

Corak Berakar Di Tepi Design Manik.

Baju Kurung Manik.

Di atas permintaan pelanggan yang inginkan corak seperti akar di tepi-tepi jahitan manik bajunya, maka ia menjadi satu daya tarikan yang meliputi ruang yang luas tidak sekadar tertumpu kepada ketebalan asasnya iaitu 2 inci. Sebab itulah design jahitan manik crumble dan shimmering flora agak nampak mewah dan elegan. Apatah lagi dengan adanya lengkungan di tepi corak manik crumble seperti akar-akar yang menjalar. Begitu juga di bahagian tangan baju, ia ditambah juga dengan mutiara yang membentuk seperti menjalar.

Hotfix Pelangi Sebagai Penyeri dan Pelengkap.

Baju Kurung Manik.

Selain itu, penggunaan hotfix yang berwarna pelangi berjaya menaikkan seri keseluruhan corak jahitan manik pada baju kurung Pahang kali ini. Ia menjadikan hasil corak manik ini lebih berkilat terutamanya apabila terkena pancaran cahaya samada lampu mahupun matahari.

Warna Harmoni Pada Corak Manik.

Baju Kurung Manik.

Bahkan, warna yang harmoni juga berjaya memberikan impak yang sangat positif kepada hasil corak jahitan manik pada baju kurung Pahang bermanik pada kali ini. Penggunaan warna kontra seperti hijau, striking pink, biru, merah dan sebagainya yang menjadi kombinasi warna triadic begitu menyerlah pada rekaan corak manik baju kurung Pahang ini. Walau bagaimanapun, ia tetap harmoni dengan adanya penggunaan warna yang kontra tadi dalam design manik kali ini.

Design Baju Kurung Pahang Bermanik.

Baju Kurung Manik.

Apa-apapun, design manik yang dihasilkan sentiasa perlu diharmonikan dengan design serta warna yang digunakan. Gabungan elemen-elemen amat penting serta diperlukan bagi menghasilkan corak jahitan manik yang memenuhi citarasa pelanggan.

Hasil Corak Baju Kurung Pahang Bermanik Terkini.

Baju Kurung Manik.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada jahit beads Butik Sulaman Sri Classic. Corak manik kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam-penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan jahit beads kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja.

Baju Kurung Pahang Bermanik.

Koleksi Jahit Manik Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar baju kurung pahang bermanik yang telah dihasilkan pada fabrik songket tenun untuk tempahan jahit manik terkini pelanggan butik sulaman kami. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak manik crumble dan shimmering flora kami. Jangan lupa untuk like serta follow instagram kami bagi melihat lebih banyak lagi paparan corak baju kurung bermanik terkini dari semasa ke semasa yang dibuatkan terus ke dalam akaun instagram kami.

Jika anda berminat dengan baju kurung pahang bermanik yang dipaparkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan serta sahabat handai anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda di dalam ruangan di bawah untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak manik yang telah kami hasilkan. Terima kasih kerana melawat laman web kami dan kehadiran anda di sini amat bermakna buat kami.

Baju Kurung Pahang Bermanik Corak Manik Crumble dan Shimmering Flora

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Jahit Beads Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Jahit Beads Anda!

Lakukan Tempahan Manik Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461