Baju Kurung Malaysia Sulam Mesin Embroidery.

Baju Kurung Malaysia Embroidery.

Baju kurung Malaysia sulam mesin embroidery kali ini dihasilkan dengan corak bunga sakura dan biji padi. Manakala motif kerawang air mata telah dipadankan untuk baju kurung Malaysia kali ini.

Baju Kurung Malaysia Sulam Mesin Embroidery

Sulam Mesin Embroidery Baju Kurung Malaysia.

Baju Kurung Malaysia Embroidery.

Sulam mesin kali ini menggunakan motif bunga sakura dan motif biji padi telah lama butik kami tidak hasilkan. Kali ini, rekaan motif bunga sakura dan biji padi telah dihasilkan pada baju kurung moden. Sebenarnya corak ini adalah untuk memenuhi permintaan pelanggan. Ia dihasilkan dalam 2 versi iaitu versi untuk si ibu dan juga untuk si anak, sedondon.

Design Sulam Mesin Embroidery Kerawang Mengikut Citarasa Pelanggan.

Baju Kurung Malaysia Embroidery.

Jika sebelum ini, pelbagai rekaan sulam mesin embroidery kerawang yang dihasilkan mengikut selera pelanggan, begitu juga dengan rekaan kali ini yang datangnya daripada Kelantan. Di mana pelanggan kami kali ini, inginkan corak sulaman di bahagian badan baju yang disulam secara tabur. Selain itu, beliau inginkan biku di lengkuk-lengkuk di keliling hujung labuh baju. Manakala sulaman kerawangnya pula adalah setebal 3 inci dihasilkan di bahagian hujung tangan.

Motif Sulam Mesin Embroidery Bunga Sakura dan Biji Padi.

Design Sulam Mesin Embroidery.

Dengan motif bunga sakura dan biji padi ini, kami hasilkannya di bahagian hujung lengan. Dan di bahagian badan baju, kami hasilkan sulamnya pula secara tabur. Di tangannya pula, kami hasilkan sulam kerawang setebal 3 inci. Kali ini motif kerawang air mata telah digunakan. Ia disulam di celahan rekaan motif bunga sakura dan biji padi.

Motif Sulam Biji Padi Sebagai Motif Sekunder.

Design Sulam Mesin.

Walaupun rekaan biji padi ini sebenarnya bukan daripada kelompok bunga yang sama dengan bunga sakura, tetapi ia sangat sesuai apabila dijadikan motif sulaman kerawang pada kali ini. Ia boleh menggantikan peranan “baby flower” yang dijadikan sekunder ataupun penyeri dalam menghasilkan satu-satu gubahan mahupun rekaan sulaman.

Corak Biku Di Hujung Labuh Baju.

Design Sulam Mesin Embroidery.

Walaupun di bahagian hujung labuh baju hanya dihasilkan biku sahaja, namun, biku yang dihasilkan pada kali ini adalah biku biji padi yang disusun secara 3 serangkai. Corak sebegini disesuaikan dengan motif sulam mesin embroidery bunga sakura dan biji padi. Inilah corak dan gaya sulam yang membezakan biku-biku sulaman pada baju yang terdahulu dengan rekaan yang dihasilkan pada kali ini.

Rekaan Bunga Sulam Tabur Di Badan Baju.

Design Sulam Mesin Embroidery.

Selain itu, rekaan bunga tabur dihasilkan pada badan baju secara berjambangan, satu kelompok dengan kelompok yang lain. Motif bunga sakura dihasilkan di bahagian tengah, manakala di bahagian sisi atas dan di bahagian bawahnya pula, dihasilkan dengan motif biji padi. Dengan ini, rekaan motif kali ini dihasilkan secara menegak pada badan baju agar penampilan si pemakai akan lebih langsing dengan hasil sulaman yang menegak. Rekaan sama juga dihasilkan pada baju si anak. Cuma dibezakan mengikut saiz bunga yang lebih kecil agar ia sepadan dengan saiz baju si anak yang kecil. Hasilnya, corak sulam mesin embroidery ini sedondon dengan si ibu.

Motif Kerawang Air Mata Di Bahagian Tangan.

Koleksi Sulam Mesin Embroidery.

Atas permintaan pelanggan, kerawang hanya dihasilkan pada bahagian tangan sahaja. Ia disulam setebal 3 inci. Kerawang yang menjadi pilihan pada kali ini ialah kerawang air mata. Kerawang air mata ini dihasilkan di celahan bunga sakura dan daun-daun yang dilihat sebagai pelengkap rekaan sulam mesin embroidery kerawang untuk baju kurung Malaysia kali ini. Bentuk rekaan juga dihasilkan seperti pucuk rebung, iaitu sedikit meruncing ke atas terutamanya di bahagian tengah.

Corak Dedaun dan Batang Pengganti Sulur.

Koleksi Sulam Mesin Embroidery.

Kali ini, dedaun dan batang dihasilkan bagi menggantikan sulur pada rekaan motif bunga sakura dan juga biji padi ini. Daun-daun yang tirus melebar dihasilkan di celahan rekaan sulam mesin ini menjadikan hasil sulaman kerawang nampak penuh. Apatah lagi apabila ia diserikan dengan motif biji padi yang kelihatan seperti bunga-bunga kecil yang tersusun indah dan cantik.

Padanan Warna Sulam Dengan Fabrik.

Koleksi Sulam Mesin Embroidery.

Oleh kerana fabrik ini berwarna hijau emerald gelap, maka pihak pelanggan inginkan hasil sulam yang nampak timbul. Beliau inginkan warna yang terang seperti kekuningan dijadikan sebahagian daripada warna sulaman ini. Jadi, pemilihan warna dipilih adalah kuning cerah, light carmine, warna lavender, willow green, light blue dan putih dalam menyerikan hasil sulam mesin embroidery ini agar ia sesuai dengan latar fabriknya iaitu hijau emerald. Ya, apabila hasil sulam ini siap, ternyata kombinasi warna pilihan ini adalah warna-warna yang harmoni untuk disesuaikan dengan fabrik hijau emerald baju kurung Malaysia ini.

Teknik Ayak Sulam Zig-Zag.

Koleksi Sulam Mesin Embroidery.

Jika dilihat dari segi teknik yang digunakan, teknik sulam zig-zag untuk keseluruhan rekaan motif sulaman ini telah digunakan. Ini bertujuan agar hasil sulam nampak lebih timbul dan cantik dihasilkan pada baju kurung moden ini. Walau bagaimanapun, teknik cincang padu dihasilkan pada bahagian tengah kelopak bunga sakura agar menampakkan hasil rekaan sulam ini lebih natural. Ia berbeza dengan teknik sulam yang dihasilkan pada motif biji padi. Di mana teknik sulam goyang zig zag telah dihasilkan sepenuhnya dengan tona warna yang berbeza agar hasil motif bunga padi ini nampak timbul dan menyerlah walaupun saiznya kecil berbanding dengan saiz motif bunga sakura.

Teknik Ayak Sulam Zig-Zag Cendol.

Baju Kurung Malaysia Embroidery.

Manakala, untuk dahan ataupun batangnya pula, teknik zig zag cendol dihasilkan supaya ia menampakkan sebahagian dahan yang bersaiz lebar dan juga sebahagiannya yang bersaiz kecil. Oleh yang demikian, zig-zag cendol telah digunakan agar hasil sulam baju kurung Malaysia ini nampak lebih cantik dan natural.

Fesyen Baju Kurung Malaysia Sulam Terkini.

Baju Kurung Malaysia Embroidery.

Untuk pengetahuan anda, atas permintaan pelanggan, pelbagai rekaan sulaman kerawang telah dapat dihasilkan agar hasilnya mampu memuaskan hati pelanggan. Hasil sulam pelbagai rupa ini boleh dihasilkan kerana ia dihasilkan secara ayak manual. Dengan ini, ia lebih eksklusif apabila digayakan oleh si pemakainya nanti.

Hasil Sulam Mesin Embroidery Eksklusif.

Baju Kurung Malaysia Sulam.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada fesyen baju kurung Malaysia yang dihasilkan Butik Sulaman Sri2u pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri2u.

Baju Kurung Malaysia Sulam Mesin.

Koleksi Baju Kurung Malaysia Sulam Terkini Butik Sulaman Sri2u.

Demikianlah sahaja sajian foto bergambar baju kurung Malaysia sulam mesin embroidery yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam mesin embroidery pelanggan butik sulaman Sri2u kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam koleksi sulam baju kurung Malaysia kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan design corak sulam mesin embroidery yang bermotif bunga sakura dan biji padi di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Baju Kebaya Tradisional Sulam - Corak Bunga Ros

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Tempahan Sulam Mesin Embroidery Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461