Baju Kurung Malaysia Sulam Goyang Berkerawang.

Baju Kurung Malaysia Sulam.

Berikut adalah hasil sulam goyang baju kurung Malaysia dengan motif atau corak bunga ros dan sakura yang dihiasi dengan kerawang buih dan buah cermai.

Baju Kurung Malaysia Sulam Goyang Berkerawang 2019

Baju Kurung Malaysia Sulam Goyang Berkerawang.

Tempahan Sulam Goyang Baju Kurung Malaysia.

Sulam goyang baju kurung Malaysia kali ini dihasilkan untuk tempahan sulaman goyang pelanggan butik sulaman Sri2u kami. Sulaman goyang dihasilkan pada bahagian depan baju dan juga pada bahagian tangan baju kurung Malaysia. Jika dilihat, ketebalan sulaman goyang di bahagian hadapan ini dihasilkan secara membukit setebal 6 inci. Manakala di bahagian tangannya pula, sulaman goyang berkerawang dihasilkan secara mendatar setebal 1 hingga 2 inci.

Kenali Baju Kurung Malaysia.

Tempahan Sulam Goyang Baju Kurung Malaysia.

Dengan ini, sulaman goyang berkerawang ini cantik dan menarik untuk dihasilkan pada baju kurung Malaysia ini. Mungkin anda tertanya-tanya apakah ia kurung Malaysia? Bagaimana rupanya kurung Malaysia ini? Baju kurung Malaysia adalah nama lain bagi baju kurung moden. Cuma di bahagian leher baju kurung Malaysia ini dibuat seperti leher teluk belanga.

Corak Sulaman Goyang Bunga Ros dan Sakura.

Tempahan Sulam Baju Kurung Malaysia.

Pada kali ini, corak atau motif bunga ini dihasilkan di atas permintaan pelanggan kami yang mahukan corak sulaman goyang berkerawang daripada motif bunga yang terdapat pada fabrik kain sutera baju kurung Malaysia ini. Motif bunga yang digunakan adalah motif bunga ros dan juga bunga sakura. Jika dilihat, gabungan kedua-dua motif atau corak bunga ini berjaya mencantikkan lagi hasil design sulam goyang berkerawang pada baju kurung Malaysia ini.

Saiz Bunga Ros Sulam Goyang Baju Kurung Malaysia.

Tempahan Baju Kurung Malaysia Sulam Goyang.

Untuk menghasilkan design sulaman goyang berkerawang yang nampak mewah dipakai, maka saiz motif bunga ros ini dihasilkan sebesar genggaman tangan sahaja. Malah, penghasilan corak bunga ros ini dibuat dengan saiz yang besar dan coraknya ditumpukan pada bahagian tengah iaitu di bahagian di mana bunga ros ini dihasilkan serangkai menjadi 3 kuntuman sekaligus.

Saiz Bunga Sakura Sulam Goyang Baju Kurung Malaysia.

Tempahan Baju Kurung Malaysia Sulam Goyang.

Adapun, di bahagian hujung tangan ini dibuat ringkas dengan motif bunga sakura yang bersaiz kecil. Ia juga dihasilkan atas permintaan pelanggan yang inginkan tumpuan sulaman diberikan pada bahagian hadapan baju berbanding dengan di bahagian tangan. Namun, penghasilannya perlulah serasi dengan warna latar belakang fabrik kapas sutera ini.

Kombinasi Warna Benang Agara Sepadan Dengan Warna Latar Fabrik.

Tempahan Baju Kurung Malaysia Sulam Goyang.

Oleh kerana latar belakangnya berwarna gelap, maka kombinasi warna seperti peach, unggu kemerahan, hijau lumut, kuning dan juga biru navy muda telah digunakan ketika menghasilkan sulam goyang berkerawang pada baju kurung Malaysia ini. Hal ini kerana, dengan menghasilkan kombinasi warna yang harmoni atau ‘complimentary’, ia dapat memberikan hasil design yang semulajadi dan serasi dengan warna latar fabrik ini.

Daun Pengganti Sulur.

Corak Sulam Goyang Baju Kurung Malaysia.

Kali ini, batang ataupun sulur tidak dihasilkan. Sebaliknya, daun-daun bunga ros yang membentuk sulur secara semulajadi telah dihasilkan. Oleh itu, tiadalah sulur dihasilkan seperti sebelum ini untuk memenuhi ruang sulaman goyang berkerawang ini.

Gabungan 2 Motif Kerawang Buih dan Buah Cermai.

Corak Sulam Goyang Baju Kurung Malaysia.

Kerawang yang dihasilkan pada kali ini adalah gabungan kerawang buih dan juga kerawang berbentuk buah cermai. Dengan menggabungkan 2 kerawang pada keseluruhan motif sulam goyang ini, maka hasil rekaan kerawang kali ini lebih menarik dan eksklusif untuk pelanggan ini.

Teknik Sulam Goyang Yang Digunakan.

Tempahan Sulam Goyang Butik Sulaman Sri2u.

Jika dilihat, hasil keseluruhan sulam goyang kerawang kali ini sangat timbul apabila kami menggunakan teknik sulam bukaan zig zag secara keseluruahnnya. Dengan menggunakan teknik zig zag ini, maka hasil sulaman goyang berkerawang ini akan nampak timbul dan lebih menyerlah. Apatah lagi jika teknik cincang digabungkan dengan teknik zig zag yang menampakkan tona warna semulajadi yang hidup dalam design satu-satu motif sulaman goyang tersebut.

Pemilihan Warna Latar Kerawang.

Tempahan Sulam Goyang Butik Sulaman Sri2u.

Selain itu juga, pemilihan warna juga boleh menghidupkan design sulam goyang berkerawang ini. Hal ini dapat dilihat dengan pemilihan latar belakang kerawang baju kurung Malaysia ini yang menggunakan warna kelabu. Ia nampak lebih menyerlah berbanding dengan warna asal latar belakang fabrik baju kurung Malaysia ini iaitu warna hitam. Di sini, dilihat apa yang disulam pada latar tersebut telah berjaya menyerlahkan rekaan sulaman kerawang.

Hasil Sulaman Goyang Kerawang Eksklusif.

Baju Kurung Malaysia Sulam.

Jadi, satu-satu hasil sulaman goyang berkerawang itu tidak akan sempurna jika tidak digabungkan secara tepat dengan elemen-elemen penting seperti pemilihan warna, teknik yang digunakan serta pemilihan dan motif kerawang. Terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada fesyen baju kurung Malaysia sulam goyang Butik Sulaman Sri2u pada kali ini. Rekaan sulam goyang kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam goyang kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri2u.

Baju Kurung Malaysia Sulam Goyang.

Tempahan Sulam Goyang Terkini Butik Sulaman Sri2u.

Itulah sajian foto bergambar baju kurung Malaysia bersulam yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam goyang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam goyang untuk tempahan pelanggan kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan baju kurung Malaysia sulam mesin embroidery yang bermotif sulam corak bunga ros di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Baju Kurung Malaysia Bersulam - Butik Sulaman Sri2u

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Goyang Berkerawang Butik Sri2u Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Goyang Anda

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Sri2u Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461