Baju Kurung Moden Sulam.
Koleksi Sulam Kurung Moden.
Baju kurung moden sememangya cantik jika disulam di atasnya. Malah untuk hasil corak sulaman kerawang yang menyerlah pada baju ini, kain polos lebih baik digunakan. Ini kerana design sulam kerawang amat menyerlah pada kain polos berbanding dengan kain bercorak. Hasil design sulam kerawang akan lebih nampak timbul di atasnya. Hal ini disebabkan pelbagai elemen kontra seperti warna dan corak boleh diaplikasikan pada fabrik polos. Berbanding dengan fabrik kain yang bercorak, di mana ia perlu mengambil kira padanan warna yang teliti agar hasil corak sulamnya tidak menjadi janggal ataupun tidak cantik pada mata yang memandang.
Baju Kurung Moden Sulam Motif Bunga Jasmine.
Koleksi Sulam Kurung Moden.
Ya, pada kali ini, sulam kerawang motif bunga jasmine dihasilkan pada kurung moden. Sulaman ini dihasilkan pada bahagian lengan baju dan juga di keliling bawah baju kurung ini. Pada bahagian leher pula, sulam tidak dihasilkan kerana si pemakai adalah individu yang bertudung atau berhijab. Malah, ia tidak dapat dilakukan dek kerana bahagian leher sudah siap ditebuk ketika kurung moden ini dihantar kepada kami.
Menyulam Pada Bahagian Leher Baju.
Koleksi Sulam Kurung Moden.
Jadi, jika bahagian leher baju kurung moden ini ingin disulam, sepatutnya di bahagian leher ini tidak perlu ditebuk terlebih dahulu. Tetapi sekadar menanda sahaja pada ruang leher dan saiznya. Sebab itulah sulaman kerawang tidak dihasilkan pada bahagian leher baju kurung moden pada kali ini.
10 Inci Ketebalan Saiz Sulam.
Koleksi Sulam Kurung Moden.
Dari segi ketebalan saiz sulaman kerawangnya pula, ia disulam setebal 10 inci. Ketebalan sulam 10 inci ini dihasilkan pada bahagian tangan dan juga pada bahagian keliling baju kurung moden ini. Ketebalan kerawangnya pula ialah setebal 8 inci. Sebab itulah hasil sulam kurung moden ini tampak mewah kerana corak sulamannya dihasilkan tebal.
Motif Sulam Bunga Jasmine.
Koleksi Sulam Kurung Moden.
Motif bunga yang digunakan pada kali ini adalah bunga jasmine. Ia telah dilukis dalam pelbagai bentuk. Ada yang dilukis secara kembang mekar, bersaiz kecil dan juga berkudup.
Lenggok Bentuk “S” Motif Sulam.
Koleksi Sulam Kurung Moden.
Lenggok bentuk motif sulam ini pula adalah berbentuk pucuk rebung yang dihasilkan sedikit menyerong yang menyerupai huruf “S”. bentuk “S” ini kelihatan lebih ketara di bahagian tangan baju kurung moden sulam ini kerana puncak motifnya adalah sedikit menyerong.
Daun Sulam Yang Meliang-liuk Pengganti Sulur.
Koleksi Sulam Kurung Moden.
Selain itu, daun-daun yang meliang-liuk menggantikan sulur mencantikkan lagi hasil sulaman pada kali ini. Pelbagai bentuk daun dihasilkan dalam baju kurung moden sulam ini seperti ada yang menyerong, ada yang terbuka dan ada juga yang berlipat-lipat untuk menampakkan gaya semulajadi. Gaya semulajadi ini dapat dilihat dalam pokok-pokok jasmine yang sebenar. Ilham daripada inilah, yang mendorong dedaun bunga jasmine ini dilukis seperti ini pada corak sulaman kerawang kali ini.
Motif Kerawang Buih Besar.
Koleksi Sulam Kurung Moden.
Dari segi motif kerawang baju kurung moden sulam ini pula, ia menggunakan motif kerawang buih yang bersaiz besar. Saiznya dilihat sebesar biji saga. Corak kerawang ini nampak lebih cantik kerana dihasilkan di bahagian celahan bunga dan dedaun jasmine. Sebab itulah hasil corak kerawang buih ini kelihatan seperti berada di bahagian atas ataupun pucuk motif bunga jasmine ini.
Pemilihan Warna Motif Sulaman.
Koleksi Sulam Kurung Moden.
Apabila latar belakang berwarna hitam, ia memberi satu kebebasan dalam mewarnai motif sulaman kerawang pada kali ini. Ini kerana sebarang warna boleh digunakan untuk menaikkan seni sulaman kerawang. Walau bagaimanapun, pemilihan warna biru laut dan juga warna pink digunakan agar motif bunga jasmine ini nampak lebih menyerlah. Selain itu, pada bahagian daunnya pula, warna yang digunakan adalah warna hijau pucuk pisang dan juga warna hijau lumut. Penggunaan kedua-dua warna benang ini menampakkan daun bunga jasmine ini lebih natural.
Teknik Sulam Cincang & Bukaan Zig Zag.
Koleksi Sulam Kurung Moden.
Dari segi penggunaan teknik sulamannya pula, kami masih menggunakan teknik cincang dan teknik bukaan zig zag. Walau bagaimanapun, keseluruhan motif sulam ini menggunakan teknik bukaan zig zag yang halus. Ia dibuat sebagai bingkai. Ini bertujuan agar hasil corak sulaman nampak lebih timbul pada satu-satu kelopak motif bunga jasmine mahupun daunnya. Ia ditambah lagi dengan bukaan zig zag yang besar pada kelopak daun dan bunga yang bersaiz besar. Kesannya, hasil sulaman berjaya nampak lebih timbul.
Teknik Cincang Untuk Warna Kontra.
Koleksi Sulam Kurung Moden.
Lapisan motif bunga yang timbul tadi, diserikan lagi dengan teknik cincang dengan menggunakan warna benang yang sedikit kontra. Ia bertujuan agar urat-urat pada daun mahupun pada kelopak bunga dapat dilihat dengan jelas.
Kombinasi Tepat Dalam Menyulam Baju Kurung Moden.
Koleksi Sulam Kurung Moden.
Baju kurung moden ini nampak mewah dengan motif sulam bunga jasmine kerana kombinasi beberapa yang tepat ketika proses menyulam. Ianya seperti ketebalan sulam, warna benang dan juga gaya lukisan pada motif sulam bunga jasmine ini. Sebab itulah pelanggan baju ini sangat berpuas hati dengan hasil sulaman yang disulamkan pada bajunya ini.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Baju Kurung Moden Sulam.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada corak sulaman baju kurung moden Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Baju Kurung Moden Sulam Corak Bunga Jasmine.
Koleksi Sulam Kurung Moden Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar baju kurung moden sulam yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak koleksi baju kurung moden sulam kami pada kali ini.
Jika anda berminat dengan baju kurung moden bersulam yang bermotif bunga jasmine dan kerawang buih di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461