Project Description

Baju Kurung Teluk Belanga Bersulam Kerawang Bunga Sakura dan Bunga Pecah Lima.

Koleksi Sulam Terkini Butik Sri Classic.

Inilah rekaan baju kurung teluk belanga bersulam untuk tempahan sulam pelanggan kami dari Singapura. Rekaan baju kurung teluk belanga ini menampilkan bunga sakura dan bunga pecah lima dengan saiz sederhana.

Baju Kurung Teluk Belanga Bersulam Kerawang Bunga Sakura dan Bunga Pecah Lima
Follow Us On Instagram

Baju Kurung Teluk Belanga Bersulam Kerawang.

Koleksi Sulam Terkini Butik Sri Classic.

Pada kali ini, sulaman kerawang dihasilkan pada baju tradisional iaitu baju kurung teluk belanga tradisional atau baju kurung Johor atau dikenali juga dengan baju kurung tradisional. Sulaman kerawang dihasilkan di hujung tangan dan juga di keliling labuh baju kurung teluk belanga ini. Manakala ketebalan sulam kerawangnya adalah 8 inci.

Rekaan Sulam Motif Bunga Pecah 5 dan Sakura Dalam Saiz Sederhana Kecil.

Koleksi Sulam Terkini Butik Sri Classic.

Pada kali ini juga, di atas permintaan pelanggan butik sulam kami, walaupun sulaman kerawangya dihasilkan agak tebal, beliau meminta agar saiz rekaan motif bunga pecah 5 dan bunga sakura ini direka dalam saiz dan bentuk yang sederhana kecil. Di mana bentuknya tidak terlampau besar dan juga tidak terlampau kecil. Oleh yang demikian, saiz rekaan bunga kali ini dihasilkan sebesar saiz duit syiling 20 sen.

Rekaan Sulaman Baju Kurung Teluk Belanga Tampak Sederhana.

Koleksi Sulam Terkini Butik Sri Classic.

Sebab itulah, rekaan sulaman kerawang baju kurung teluk belanga pada kali ini, nampak lebih sederhana walaupun ia dihasilkan setebal 8 inci. Di sinilah, hasilnya akan menyerlahkan lagi apabila diperagakan oleh si pemakai dengan berada di zon yang tersendiri apabila mengenakan busana tradisi ini. Malah, ia boleh digayakan di majlis-majlis formal ataupun semi formal yang dihadiri.

Rekaan Corak Sulam Menegak dan Pengulangan.

Koleksi Sulam Terkini Butik Sri Classic.

Selain itu, atas permintaan pelanggan daripada Singapura ini, beliau juga inginkan rekaan sulaman yang berbentuk menegak. Ia bertujuan untuk menampakkan si pemakai lebih kurus dan berada di zon sederhana dan tersendiri. Hal ini dapat dilihat dengan penyusunan bunga-bunga sakura dan bunga pecah 5 yang dilukis menegak ke atas dan dihasilkan secara berulangan.

Penggunaan 2 Jenis Sulur Dalam Rekaan Sulam.

Koleksi Sulam Terkini Butik Sri Classic.

Jika dilihat dalam rekaan sulam baju kurung teluk belanga kali ini, 2 sulur telah digunakan oleh pihak kami. Iaitu sulur kekacang dan juga sulur biji padi. Walaupun warna yang dihasilkan pada kedua-dua sulur ini sama iaitu warna hijau emerald, namun pada sulur biji padi ditambahkan dengan warna putih agar rekaan sulaman bahagian sulur tersebut nampak lebih menarik. Sulur kekacang pula dihasilkan dalam bentuk menegak agar ia dapat memberikan impak yang lebih langsing kepada si pemakai semasa menggayakan busana tradisi ini.

Penggunaan 2 Jenis Motif Kerawang Dalam Rekaan Sulam.

Koleksi Sulam Terkini Butik Sri Classic.

Oleh kerana corak sulaman yang dihasilkan agak tebal, ia memberi kelebihan ketika kami menghasilkan kerawang pada rekaan baju tradisi kali ini. Pemilihan 2 corak kerawang iaitu kerawang buih dan juga kerawang berbentuk daun telah menjadikan hasil rekaan sulaman kerawang nampak lebih eksklusif.

Kerawang Tebuk Di Celahan Motif Bunga, Daun dan Sulur.

Koleksi Sulam Terkini Butik Sri Classic.

Kerawang-kerawang ini dihasilkan di celahan motif bunga, daun dan sulur. Setiap ruang yang besar pula akan dihiasi dengan kerawang berbentuk daun. Manakala ruang yang kecil pula, akan dihasilkan dengan corak kerawang berbentuk buih. Dengan ini, ia nampak lebih menarik dan harmoni.

Pemilihan Warna Untuk Latar Fabrik Berhijau Lumut.

Koleksi Sulam Terkini Butik Sri Classic.

Latar belakang fabrik baju kurung tradisi yang berwarna hijau lumut ini membuatkan pemilihan warna amat memainkan peranan yang penting. Jika tersalah, ia akan mencacatkan hasil sulaman dan menjadikannya tidak menarik. Dengan itu, pemilihan warna yang tepat amat penting dalam menghasilkan sulaman kerawang yang mampu menambat hati setiap pelanggan.

Warna Komplimentari Menjadi Pilihan Penyulam.

Koleksi Sulam Terkini Butik Sri Classic.

Pemilihan warna kali ini adalah waran komplimentari. Di mana warnanya tidak terlampau kontra dan juga tidak terlampau senada. Jika senada, pastinya hanya warna latar iaiatu warna hijau lumut sahaja yang digunakan. Hasilnya, sudah pasti tidak menarik dan akan kelihatan kusam jika diperagakan oleh si pemakai.

Gabungan Warna Merah Hati, Ungu dan Kuning Muda Dalam Segenap Rekaan Sulam.

Koleksi Sulam Terkini Butik Sri Classic.

Sebab itulah, warna merah hati, ungu biji kundang, dan kuning muda telah digunakan untuk warna di bahagian bunga sakura dan juga bunga pecah 5. Jika dilihat secara terperinci, kudup bunga menggunakan warna ungu dan juga merah hati. Manakala bunga kembangnya pula menggunakan warna kuning muda dan juga warna merah hati.

Warna Tebuk Kerawang Baju Kurung Teluk Belanga.

Koleksi Sulam Terkini Butik Sri Classic.

Selain itu, warna hijau epal mudah pula digunakan untuk lubang kerawang buih dan kerawang daun. Kombinasi warna-warna inilah yang membuatkan hasil sulaman busana tradisi kali ini nampak lebih eksklusif.

Teknik Sulam Ayak Yang Digunapakai Ketika Menyulam.

Koleksi Sulam Terkini Butik Sri Classic.

Jika dilihat dari segi teknik sulaman ayaknya pula, pastinya teknik bukaan zig zag satin telah digunakan agar ia nampak lebih timbul. Ia dapat dilihat pada sulur, sulur biji padi, kudup bunga dan juga bingkai rekaan bunga pecah 5. Selain itu, untuk menghidupkan rekaan sulaman kerawang agar nampak semulajadi, teknik layangan dan juga teknik cincang telah digunakan Bersama-sama dengan teknik zig zag agar hasil sulaman nampak lebih natural.

Elemen-Elemen Penting Menghasilkan Rekaan Sulam Yang Menarik.

Koleksi Sulam Terkini Butik Sri Classic.

Justeru, pemilihan warna, corak, teknik yang tepat amat dititikberatkan pihak kami semasa menghasilkan rekaan sulaman kerawang untuk busana tradisi ini. Namun, sekiranya salah satu elemen-elemen yang disebutkan di atas tidak dihasilkan dengan teliti dan betul, pastinya hasil rekaan sulaman kerawang akan nampak biasa dan tidak menarik. Sebab itulah kami di Butik Sulam Sri Classic amat menitik beratkan penggunaan elemen-elemen di atas untuk menjadikan hasil sulaman kerawang yang cantik dan menyerlah buat pelanggan kami.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Baju Kurung Teluk Belanga Bersulam Kerawang.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat dalam rekaan sulam baju kurung teluk belanga tradisional Butik Sulam Sri Classic pada kali ini. Hasil rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Baju Kurung Teluk Belanga Bersulam.

Koleksi Sulam Terkini Butik Sri Classic.

Ya! Itulah sajian foto bergambar baju kurung teluk belanga bersulam bunga pecah lima dan bunga sakura yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami yang bersala daripada Singapura. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat koleksi corak sulam baju tradisi hasil rekaan butik sulaman kami pada kali ini.

Jika anda teruja dan berminat dengan hasil rekaan baju kurung teluk belangan bersulam kerawang di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Baju Kurung Teluk Belanga Bersulam - Corak Bunga Sakura & Bunga Pecah Lima

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulam Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461