Baju Kurung Teluk Belanga Tradisional Sulam Kerawang Bunga Sakura.

Baju Kurung Teluk Belanga Tradisional Sulam.

Berikut adalah hasil rekaan Baju Kurung Teluk Belanga Tradisional Sulam dengan corak bunga sakura, anggur dan dedaun dengan kerawang dedaun untuk pelanggan kami dari Singapura.

Baju Kurung Teluk Belanga Tradisional Sulam Kerawang - Bunga Sakura Kerawang Daun

Baju Kurung Teluk Belanga Tradisional Sulam.

Koleksi Baju Kurung Teluk Belanga Tradisional.

Sulaman kerawang pada kali ini dihasilkan pada baju kurung tradisional yang juga dikenali dengan baju kurung teluk belanga tradisional. Ia dihasilkan untuk tempahan sulam pelanggan kami dari Singapura. Sulaman kerawang yang dihasilkan adalah pada hujung tangan dan juga keliling labuh baju kurung teluk belanga tradisional ini.

Motif Sulaman Bersaiz Kecil.

Koleksi Kurung Teluk Belanga Tradisional.

Atas permintaan pelanggan yang inginkan saiz bunga sulaman yang kecil, maka terhasillah motif bunga sakura. Hal ini kerana, bunga sakura sememangnya bersaiz kecil. Sifat bunga sakura ini sendiri berkelompok atau bertangkai seperti jambangan. Oleh kerana itu, jika dilihat pada motif bunga sakura kali ini, ia disulam berkelompok dengan hasil sulaman setebal 8 inci.

Motif Sulam Sampingan Dihasilkan Bersama Motif Sulaman Utama.

Koleksi Sulaman Aidilfitri Sri Classic.

Walaupun motif bunga sakura ini adalah motif utama, terdapat motif yang direka sebagai corak atau motif sulam sampingan. Ia bertujuan untuk mencantikkan lagi rekaan sulam kerawang baju kurung teluk belanga tradisional pada kali ini. Motif sulam sampingan ini adalah motif anggur dan juga daun-daun kecil yang dihasilkan pada keseluruhan corak bunga sakura ini. Walaupun gabungan sebenar motif corak anggur, daun-daun kecil dan bunga sakura ini tidak boleh digabungkan secara semulajadi. Akan tetapi di dalam karya kreatif sulaman kerawang, penggabungan seperti ini menjadikan hasil sulaman kerawang nampak lebih unik. Asalkan penggabungan tersebut nampak tersusun cantik.

Ketebalan 8 Inci Saiz Sulam Kerawang.

Koleksi Sulaman Aidilfitri Sri Classic.

Untuk pengetahuan semua, tebal sulam kerawang pada kali ini adalah 8 inci. Ketebalan sulam ini meliputi kedua-dua lengan baju dan keliling labuh baju. Untuk ketebalan 8 inci di lengan baju, ia disulam sehingga mencecah ke siku. Keadaan ini memberikan hasil corak kerawang yang sangat eksklusif dan mencuri mata yang memandang.

Corak Sulur Kekacang.

Koleksi Sulam Aidilfitri Butik Sri Classic.

Pada kali ini juga, pemilihan sulur kekacang adalah pemilihan sulur yang paling tepat. Ini kerana sulur kekacang ini dapat menggabung jalinkan kedudukan kelompok bunga sakura dengan kelompok bunga sakura yang lain. Selain itu, ia diserikan lagi dengan kahadiran motif anggur yang bertangkai. Sebab itulah, sulur kekacang yang meliang liuk ini menjadi pilihan yang tepat untuk menghasilkan corak pada motif sulaman kerawang baju kurung tradisional pada kali ini.

Motif Kerawang Daun.

Koleksi Sulam Aidilfitri Butik Sri Classic.

Jika dilihat di celahan motif sulaman bunga sakura ini, bentuk kerawang yang dihasilkan adalah kerawang daun. Kerawang daun ini disulam secara sedikit besar di atas permintaan pelanggan dari Singapura ini. Di sini dapat dilihat, kerawang daun disusun cantik antara satu sama lain dalam pelbagai bentuk dan arah di setiap celahan motif sulam bunga sakura pada kali ini. Ia menjadikan hasil sulamnya sangat menarik.

Pilihan Warna Komplimentari Untuk Warna Lebih Harmoni.

Koleksi Baju Kurung Teluk Belanga Tradisional.

Oleh kerana latar belakang fabriknya adalah biru navy metallic, pilihan warna komplimentari adalah sesuai supaya hasil sulaman kerawang pada kali ini kelihatan lebih natural. Oleh itu, warna yang menjadi pilihan adalah hijau epal lembut, kuning, pink striking dan juga hijau lumut. Ia berjaya menjadikan hasil sulaman tampak harmoni apabila dipadankan dengan latar fabriknya iaitu warna biru navy metallic plain.

Teknik Sulam Ayak Yang Digunapakai Sewaktu Menyulam.

Koleksi Baju Kurung Teluk Belanga Tradisional.

Teknik sulam ayak yang digunakan pada hasil sulaman kerawang kali ini ialah teknik bukaan zig zag dengan Teknik sulam padu satin. Kesannya, kedua-dua teknik ini dapat menghasilkan rekaan sulaman yang lebih timbul dan tebal. Walau bagaimanapun, teknik cincang dihasilkan pada bahagian dalam motif daun dan motif bunga sakura. Ia bertujuan agar gabungan kedua-dua teknik ini akan menampakkan hasil kesuluruhan sulaman kerawang menjadi lebih natural.

Hasil Sulam Baju Kurung Teluk Belanga Tradisional.

Tempahan Butik Sulaman Sri Classic.

Untuk menjadikan corak sulaman kerawang ini nampak lebih timbul dan menarik, gabungan teknik, pemilhan corak yang sesuai serta benang, menjadikan hasil sulaman kerawang motif bunga sakura ini nampak mewah. Malah ia menarik dipakai apatah lagi dihasilkan dengan ketebalan 8 inci. Ini menjadikan hasil baju kurung teluk belanga tradisional sulam kerawang ini lebih menyerlah dan mencuri perhatian bagi sesiapa yang melihatnya.

Rekaan Baju Kurung Teluk Belanga Tradisional Sulam Menarik dan Menyerlah.

Tempahan Butik Sulam Sri Classic.

Jadi, rekaan sulam pada kali ini nampak lebih menyerlah dengan adanya penggunaan corak bunga sakura yang kecil yang digabungkan dengan corak anggur dan desaun yang menjadi asas kepada corak keseluruhannya. Kombinasi warna, teknik sulam dan motif sulaman menjadikan hasil sulaman kerawang pada kali ini nampak lebih mewah dan ia sesuai dipakai dalam apa jua majlis-majlis formal mahupun santai.

Fesyen Baju Kurung Sulam Terkini.

Tempahan Butik Sulam Sri Classic.

Hasil rekaan Baju Kurung Teluk Belanga Tradisional sulam ini nampak lebih kontemporari kerana penggunaan warna dan teknik yang berlainan dengan hasil corak sulaman kerawang yang banyak berada dalam pasaran terkini.

Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.

Tempahan Butik Sulam Sri Classic.

Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada fesyen Baju Kurung Teluk Belanga Tradisional sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.

Baju Kurung Teluk Belanga Tradisional Sulam.

Koleksi Baju Kurung Teluk Belanga Tradisional Terkini Butik Sulaman Sri Classic.

Itulah sajian foto bergambar baju kurung teluk belanga tradisional sulam yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini yang berasal dari Singapura. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam koleksi baju kurung teluk belanga tradisional kami pada kali ini.

Jika anda berminat dengan baju kurung teluk belanga tradisional sulam yang bermotif sulam corak bunga sakura, anggur dan dedaun di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.

Baju Kurung Teluk Belanga Tradisional Sulam Bunga Sakura & Anggur

Reaksi Pelanggan.

Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.

Ingin Menempah?

WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman Kerawang

Lakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini

WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461