Design Sulaman Kerawang Baju Nikah Kurung Pahang Dengan Motif Abstrak dan Burung Phoenix.
Baju Nikah Kurung Pahang.
Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang baju nikah kurung pahang dengan motif bastrak dan burung pheonix untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Ampang, Selangor.
Design Sulaman Kerawang Baju Nikah Kurung Pahang.
Tempahan Sulam Baju Nikah Kurung Pahang.
Rekaan baju nikah kurung pahang menjadi kegemaran pelanggan untuk digayakan. Ya, pada kali ini juga, rekaan baju nikah kurung Pahang di fabrik broket disulam dengan motif abstrak dan burung phoenix. Sulaman kerawang kali ini dihasilkan di bahagian hujung lengan baju dan keliling bawah baju. Rekaan ini ternyata lain daripada rekaan baju sanding bersulam sebelum ini.
Motif Abstrak berunsur Morocco.
Tempahan Sulaman Kerawang Baju Nikah Kurung Pahang.
Apa yang menariknya rekaan sulaman kali ini, amat berbeza dengan rekaan-rekaan sebelum ini. Hal ini kerana, motif abstrak yang diketengahkan sekilas pandang seperti burung phoenix. Malah, unsur-unsur Morocco diselitkan di sisinya apabila motif presly digunakan dalam menghasilkan rekaan sulaman kerawang pada kali ini.
Motif Sulam Abstrak dan Burung Phoenix.
Tempahan Sulaman Kerawang Dari Ampang, Selangor
Nyata, pada kali ini, rekaan yang ditampilkan sangat unik seperti menghasilkan 2 benda dalam satu masa iaitu abstrak dan bentuk phoenix. Itulah uniknya rekaan sulaman kerawang pada kali ini.
Olahan Rekaan Sulaman Sedikit Berbeza.
Inspirasi Rekaan Sulaman Kerawang Baju Nikah.
Daripada segi ketebalan sulaman kerawang, ia tidak dibuat secara melintang seperti bentuk bukit. Jika kebiasaannya, bentuk bukit akan menampakkan bahagian depan baju seperti segi tiga yang besar. Ia memberi tumpuan pada bahagian tengah hadapan baju tetapi kali ini, di bahagian hadapan baju dikecilkan bentuk sulamannya. Sebaliknya, di bahagian kiri ataupun kanan baju nampak lebih eksklusif apabila sulam disudut ini dibesarkan.
Corak Sulam Membentuk Segitiga Tepat Yang Tinggi.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Nikah Kurung Pahang.
Jika anda perhatikan di bahagian sisi hadapan baju nikah kurung pahang ini, ia membentuk segi tiga tepat yang lebih tinggi daripada bahagian tengah baju. Jika di bahagian tengah baju dibuat setinggi 4 inci, di bahagian sisi tepi bajunya pula dibuat 2 kali ganda lebih tinggi. Ini membuatkan gaya sulaman kerawang pada kali ini nampak lain daripada corak-corak sebelum ini. Dengan design ini, ia lebih kelihatan eksklusif berbanding dengan ketebalan yang melintang yang biasa dibuat pada kebanyakan baju bersulam kerawang.
Corak Sulur Umpama Seekor Burung Phoenix.
Tempahan Sulam Kerawang Baju Nikah Kurung Pahang.
Selain itu, corak sulur yang digabung jalinkan telah kelihatan seperti seekor burung phoenix. Ditambah dengan corak presley yang menampakkan unsur-unsur morocco. Sulur-sulur tersebut bersambung-sambungan dan dihasilkan secara bertingkat-tingkat seolah-olah ia seperti burung phoenix yang sedang duduk.
Gabungan Kerawang Air Mata dan Buih.
Corak Sulaman Kerawang Baju Nikah Kurung Pahang.
Sulaman ini tidak akan nampak cantik sekiranya tidak digabungkan dengan kerawang yang bersesuaian. Jadi, kerawang yang dihasilkan pada kali ini ialah kerawang air mata dan buih di kelilingnya. Kerawang-kerawang ini dihasilkan pada celahan sulaman kerawang. Ini menampakkan kerawang yang dihasilkan bertingkat-tingkat di setiap celahan motif sulam yang membentuk burung phoenix ini. Inilah yang menjadikan corak sulaman kerawang pada busana ini menjadi lebih cantik.
Padanan Warna Benang Perak Berkilat.
Warna Corak Sulaman Kerawang Baju Nikah Kurung Pahang.
Oleh sebab warna fabriknya putih, maka langkah untuk menaikkan lagi seri sulaman kerawang ini, benang perak berkilat telah digunakan. Selain itu, warna perak benang satin turut digunakan untuk menghasilkan kerawang baju nikah kurung pahang ini. Kombinasi perak dan putih menjadi cantik apabila dipadankan pada fabrik broket ini.
Teknik Sulaman Ayak Yang Diguna Pakai.
Teknik Menyulam Baju Nikah Kurung Pahang.
Dari segi teknik yang digunakan pula, semua motif didahulukan dengan bingkai agar motif sulam abstrak ini lebih kemas. Seterusnya gabungan zig zag dan layangan digunakan dalam keseluruhan motif ini. Dengan olahan teknik menyulam seperti ini, ia akan menjadikan rekaan sulaman kerawang lebih timbul dan cantik serta kemas.
Rekaan Sulam Baju Nikah Pada Fabrik Broket.
Tempahan Sulam Baju Nikah Dari Ampang, Selangor.
Jadi, kain broket yang sememangnya berkilat, amat cantik dan menarik apabila dihiasi dengan sulaman kerawang. Sulaman kerawang dengan motif abstrak ini berjaya memberi kelainan dalam corak sulaman kerawang baju songket kurung Pahang ini. Ia mampu menjadikan si pemakai lebih ayu dan anggun apabila memperagakannya.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Baju Nikah Kurung Pahang Bersulam Kerawang.
Jadi, terdapat pelbagai elemen motif abstrak dan fauna yangtelah dihasilkan secara harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Baju Nikah Kurung Pahang.
Tempahan Sulam Baju Nikah Terkini Butik Sulaman Sri Classic.
Itulah sajian foto bergambar Design Sulaman Kerawang Baju Nikah Kurung Pahang Dengan Motif Abstrak dan Phoenix yang telah dihasilkan untuk tempahan sulam kerawang pelanggan butik sulaman kami pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam terkini baju nikah kami pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Baju Nikah Kurung Pahang Bersulam Kerawang yang bermotif sulam abstrak dan burung phoenix di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461