Baju Songket Pengantin Sulam Kerawang Bunga Ros Serat Timbul Dengan Kerawang Pagar.
Tempahan Sulam Baju Songket Pengantin
Berikut adalah hasil rekaan sulaman kerawang pada baju kurung Pahang songket untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini dari Melaka. Tempahan sulam ini dihasilkan untuk bakal pengantin.
Baju Songket Pengantin Sulam Kerawang Bunga Ros Serat Timbul Dengan Kerawang Pagar.
Tempahan Baju Songket Pengantin, Melaka.
Pada kali ini sulaman kerawang dihasilkan untuk bakal raja sehari yang berasal dari Melaka. Ia dihasilkan pada baju kurung Pahang yang diperbuat daripada fabrik songket.
Hasil Sulaman Bunga Ros Dengan Teknik Serat Timbul.
Rekaan Motif Sulam Dengan Teknik Serat Timbul.
Apa yang memberi impak lain daripada yang lain ialah ia menggunakan Teknik serat timbul pada kuntuman motif bunga ros agar ia menampakkan lagi seri sulaman kerawang tersebut. Sulaman kerawang ini dihasilkan pada bahagian hujung lengan baju dan juga hujung labuh baju. Di bahagian labuh baju ini, dihasilkan sulaman kerawang penuh secara keliling bukannya hanya tertumpu pada bahagian hadapan sahaja.
4 Inci Ketebalan Saiz Sulam.
Ukuran Ketebalan Motif Sulam.
Oleh kerana pelanggan ini seorang yang simple dan inginkan sulaman yang sederhana tinggi, maka sulaman kerawang dihasilkan setebal 4 inci sahaja. 4 inci ini menjadikan hasil sulaman ini tidak terlampau tinggi dan tidak terlalu tebal ataupun sarat. Ia amat sesuai dengan citarasa pelanggan yang inginkan design sulaman kerawang mewah tetapi nampak sederhana.
Rekaan Motif Sulam Sepadan Dengan Corak Bunga Fabrik Songket.
Motif Corak Bunga Ros.
Jika dilihat, motif fabrik songket ini adalah berbentuk motif bunga ros. Justeru, motif yang sama juga digunakan untuk menghasilkan sulaman kerawang ini. Dengan ini, ia akan nampak lebih sepadan kerana motif yang sama digunakan untuk menghasilkan sulaman.
Motif Kerawang Pagar Menjadi Pilihan Pengantin.
Motif Kerawang Baju Songket Pengantin.
Selain itu, untuk menampakkan rekaan klasik pada baju songket ini, kerawang yang dihasilkan adalah kerawang bebrebntuk pagar. Kerawang pagar ini, menjadikan ia nampak klasik dan kemas kerana susunan kerawangnya yang bersegi. Sebab itulah kerawang pagar sering menjadi pilihan pelanggan, khususnya bakal pengantin untuk rekaan motif kerawangnya.
Penggunaan Warna Komplimentari dengan Gold Keemasan.
Pilihan Warna Benang Sulam.
Dari segi pemilihan warna sulam juga memberi impak kepada kemewahan rekaan sulaman ini. Ini kerana, jika tersalah dalam pemilihan warna, ia akan menjadikan hasil sulaman tersebut tidak menjadi cantik. Di sini, warna yang digunakan adalah warna komplimentari yang menjadikan ia kelihatan senada dengan warna fabrik. Apa yang penting, ia nampak harmoni. Selain itu, warna gold kilat keemasan juga menjadikan hasil sulaman kerawang ayak ini nampak lebih berseri dan mewah.
Penggunaan Teknik Satin Ketika Mengayak Sulam.
Teknik Sulam Ayak Yang Digunapakai.
Melihat kepada teknik ayak sulam yang digunakan, keseluruhannya menggunakan teknik satin agar setiap olahan sulaman nampak timbul. Malah, penggunaan teknik serat timbul pada kelopak bunga ros yang kembang mekar, menjadikan hasil sulaman nampak lebih cantik dan unik. Tambahan pula, dengan penggunaan biku-biku kecil yang kemas sebagai sempadan hujung fabrik.
Rekaan Baju Songket Pengantin Bersulam Kerawang.
Rekaan Unik Tempahan Baju Songket Pengantin.
Jadi, bakal mempelai dan pengantin ini sangat berpuas hati dengan rekaan sulaman yang dihasilkan butik sulam kami pada kali ini. Harapan kami agar, dengan rekaan sulaman yang cantik ini, ia akan menjadikan penempah seorang puteri yang menarik perhatian ramai di majlis pernikahannya nanti.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Baju Songket Pengantin.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Kerawang Baju Songket Pengantin Kurung Pahang.
Baju Songket Pengantin Sulam Kerawang Bunga Ros Serat Timbul Dengan Kerawang Pagar.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Songket Pengantin Sulam Kerawang Bunga Ros Serat Timbul Dengan Kerawang Pagaryang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Melaka pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam kerawang terkini yang menggunakan motif bunga ros serat timbul pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Songket Pengantin Sulam Kerawang Bunga Ros Serat Timbul Dengan Kerawang Pagar yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461