Baju Songket Sulaman Kerawang Motif Bunga Lily Clara Dengan Kerawang Pagar.
Tempahan Sulam Baju Songket Kurung Moden.
Berikut adalah hasil rekaan sulaman goyang kerawang pada baju songket kurung moden untuk tempahan pelanggan butik sulaman kami pada kali ini, yang berasal daripada Cyberjaya. Tempahan sulam goyang ini dihasilkan dengan kerawang pagar.
Sulaman Goyang Kerawang Baju Songket Kurung Moden.
Tempahan Baju Songket Sulam Daripada Cyberjaya.
Bunga Lily sangat cantik dan menyejukkan mata yang memandang. Hal ini disebabkan warna dan keharumannya yang lembut menjadikan bunga lily mendapat permintaan yang tinggi di pasaran. Ya, pada kali ini, corak tempahan sulaman kerawang untuk pelanggan dari Cyberjaya ini dihasilkan dengan motif bunga Lily jenis Clara.
Motif Sulam Bunga Lily Clara.
Rekaan Baju Kebaya Songket Bersulam Goyang.
Walaupun terdapat pelbagai jenis bentuk bunga lily, jenis clara ini telah menarik perhatian saya untuk menghasilkan design sulaman kerawang pada baju songket ini. Idea menggunakan motif bunga lily clara ini dipengaruhi oleh latar belakang kain songket yang berwarna lembut. Bagi saya tentunya pelanggan ini mempunyai cita rasa yang sukakan warna-warna lembut dan pastel. Sebab itulah motif sulam yang menggunakan bunga lily clara ini dihasilkan dalam rekaan sulam kali ini.
Sulaman Dihasilkan Setebal 3 Inci.
Saiz Ketebalan Sulam Goyang.
Sulaman kerawang motif lily clara ini dihasilkan setebal hanya 3 inci. Ini kerana, bagi pelanggan butik kami ini, beliau mahukan design yang dapat dipakai ke pejabat dan juga majlis santai. Sebab itulah, ketinggian sulam yang sederhana menjadi pilihan pelanggan. Sulaman kerawang ini dihasilkan pada hujung kedua belah tangan dan juga pada keliling labuh baju.
Ketebalan Sulam Yang Sesuai Diperagakan Untuk Ke Pejabat atau Santai.
Ketebalan Sulam Goyang Yang Sederhana.
Oleh sebab bentuk tangannya yang runcing dan disokong dengan zip sorok, maka sulaman kali ini dihasilkan secara mendatar dengan ketebalan sulam hanya 3 inci sahaja. Ini bermakna, ketebalan sulaman kerawang pada kali ini adalah sederhana. Itulah yang menjadikan busana songket ini boleh diperagakan ke pejabat ataupun ke majlis-majlis santai mahupun separa formal. Begitu juga dengan ketebalan di hujung bawah baju yang mana sulam dihasilkan secara sederhana iaitu 3 inci.
Tiada Motif Sulur Dihasilkan.
Motif Sulur Sulam.
Oleh sebab motifnya menggunakan bunga lily clara, ini bermakna tiada sulur yang dihasilkan pada rekaan sulaman kali ini. Sebaliknya, dihasilkan motif sepertimana semula jadi bentuk bunga lily clara secara menegak lurus ke atas. Sebab itulah motif sulamannya, turut dihasilkan sepertimana bunga asli sebenar pada keseluruhan design sulaman baju songket ini.
Motif Kerawang Pagar Menambahkan Elemen Klasik.
Motif Kerawang Yang Dihasilkan.
Daripada segi motif kerawangnya pula, butik kami menghasilkan kerawang pagar agar ia menampakkan sedikit elemen klasik dalam hasil rekaan kali ini. Ia juga bersesuaian dengan teknik yang digunakan bersesuaian dengan fabrik songket. Jadi, gabungan elemen moden dan tradisi ini akan menghasilkan corak sulaman kerawang yang sangat cantik dan harmoni apabila siap nanti.
Pemilihan Warna Pastel Yang Harmoni.
Tona Warna Sulam Goyang.
Selain itu juga, pemilihan warna yang tepat turut menjadikan hasil sulaman kerawang goyang kali ini nampak cantik dan harmoni. Sebab itulah kombinasi warna-warna harmoni ini mampu menjadikan hasil rekaan sulaman kerawang goyang ini sentiasa sedap dipandang dan nampak mewah.
Teknik Ayak Sulam Goyang Yang Digunakan.
Teknik Ayak Sulam Goyang.
Bukan itu sahaja, teknik yang digunakan juga memainkan peranan penting dalam menjadikan rekaan sulaman kerawang motif bunga lily clara ini nampak mewah dan menawan.
Kesesuaian Motif dan Aplikasi Pada Design Sulam.
Sedap Mata Memandang.
Jadi, gabungan motif, warna, jenis kerawang dan ketebalan sulam dalam satu-satu busana memainkan peranan yang penting agar sulaman yang dihasilkan tidaklah nampak terlampau berat oleh si pemakai. Biarlah dengan kemewahan sulaman yang dihasilkan, si pemakai tetap nampak manis dan tidak puas mata yang memandangnya.
Alah Membeli, Menang Memakai.
Tempahan Sulam Baju Songket Dari Cyberjaya.
Justeru, design sulaman kerawang ini amat cantik walaupun tidak dihasilkan bersama sulur ataupun daun yang sentiasa sinonim dengan bunga. Kelainan demi kelainan dalam rekaan sulaman kerawang dapat menjadikan hasil sulaman lebih kontemporari dan natural. Malah, motif bunga lily clara turut menjadikan rekaan sulaman kerawang pada fabrik songket ini bertepatan dengan selera penempah kami dari Cyberjaya ini.
Hasil Sulaman Kerawang Eksklusif.
Tempahan Sulam Goyang Baju Songket Kurung Moden.
Jadi, terdapat pelbagai elemen bunga-bungaan dan gaya penyusunan harmoni dapat dilihat pada tempahan sulam Butik Sulaman Sri Classic pada kali ini. Rekaan sulaman kerawang kami berbeza, berlainan dan eksklusif daripada penyulam lain. Untuk pengetahuan anda, setiap tempahan sulam ayak kami menjanjikan hanya yang 1 design untuk 1 fabrik sahaja. Ingat Kerawang, Ingat Sri Classic.
Design Sulam Goyang Kerawang Baju Songket Kurung Moden.
Baju Songket Sulaman Goyang Kerawang Motif Bunga Lily Clara Dengan Kerawang Pagar.
Itulah sajian foto bergambar Design Tempahan Baju Songket Sulaman Goyang Kerawang Motif Bunga Lily Clara Dengan Kerawang Pagar yang telah dihasilkan untuk pelanggan butik sulaman kami dari Cyberjaya pada kali ini. Terima kasih di atas kesudian anda untuk melihat corak sulam goyang kerawang terkini yang menggunakan motif bunga Lily Clara dan Kerawang Pagar pada kali ini.
Jika anda berminat dengan Design Tempahan Baju Songket Sulaman Goyang Kerawang Motif Bunga Lily Clara Dengan Kerawang Pagar yang ditunjukkan di atas, jangan lupa untuk hebahkan post ini kepada kenalan anda. Anda juga boleh memulakan komentar anda untuk apa jua persoalan berkaitan dengan corak sulam ayak kerawang yang telah kami hasilkan pada kali ini. Terima kasih kerana singgah ke laman web kami.
Reaksi Pelanggan.
Apa Kata Pelanggan Sulaman Kerawang Butik Sri Classic Kami.
Ingin Menempah?
WhatsApp Kami Untuk Tempahan Sulaman KerawangLakukan Tempahan Anda Bersama Butik Sulaman Kami Hari Ini
WhatsApp Kami Sekarang Di 013-9854461